Thursday, October 25, 2007

My 2nd baby...


Ok kawan-kawan, mari kite tgk gambar ini. Hehehehe....seronoknya tgk baby dalam perut. Dah sempurna nampaknya.....masa scan ni, doktor tu citer lah macam2. Yang bestnya dia speaking slang kelantan...Kak PB sori...memang bergerak2 perut ni menahan ketawa cara dia cakap...well....i ikutkan ajer...

Sofea pulak, bila ayah dia kata tgk baby tu kat skrin... Dia boleh balas tu bukan adik, tu hantu....hehehe sebab gambar tu gelap black n white jek...kelakar betul.....

Wednesday, October 24, 2007

Raya...Raya...Update

Semua orang dah buat en3 hari raya. Saya yang tak bergerak-gerak lagi nak menaip. Penyakit M menguasai nampaknya. Banyak yang hendak diceritakan tetapi tangan ini sungguh malas untuk menaip. Lagi pulak ada kerja yang perlu di settlekan terlebih dahulu.

Raya tahun ini dimulai di rumah ibu bapa saya. Seronok sangat sebab beraya di rumah mak sendiri kan. Juadah nya pula mestilah sangat sedap di makan tidak kira walaupun muntah, saya makan jugak. Antara juadah yang disediakan di rumah saya adalah; kuah kacang (wajib ni sampai saya dan SIL songlap dan bekukan untuk dibawa pulang ke KL), rendang cili padi, lodeh, sambal goreng babat (jawa punya), serunding , kari daging dan ayam goreng berempah bersama ketupat segera.


Petang Ramadhan ke 30 tu dah sibuk terima dan menghantar 'monjong' ke rumah jiran dan saudara mara terdekat. Ada jugak yang hantar di pagi raya. Mana-mana lauk yang nampak best tu, saya masukkan dalam peti sejuk dulu untuk dimakan di pagi raya. Sampai penuh peti sejuk dengan lauk pauk. Berbuka pula makan masakan mak disertai doa selamat dan sedikit sebanyak lauk pauk yang dihantar oleh jiran.



Raya Pertama

Pagi raya siap2 panaskan lauk, siapkan diri dan Sofea pastu tunggu org lelaki balik sembahyang raya. ayah balik jek, terus salam mintak ampun dan maaf dari ayah, mak, suami, abang, kakak ipar n adik. Siap bersalam-salaman, barulah acara memenuhkan perut bermula. Selagi belum sudah sembahyang raya mak tak bagi sesiapa makan, tu peraturan mak dari kecik sampai lah sekarang nih. Bagus jugak sebab bila masa makan tu memang semua berselera dan meriah sekali.

Jom makan....

Sebelum diserbu oleh sanak saudara sebelah ayah, kitorang dah cabut ke rumah ubby pulak untuk besalam-salaman dengan keluarga ubby. Rumah dekat katakan....memang kelam kabut sikit n macam biasa my mom akan call2 kata sedara ni datang, sedara tu datang sampai tak menyempat2 kitorang nak makan umah mak ubby. Tapi selalunya buat tak tau jek, lepas salam, makan lagi dengan keluarga ubby baru lah kitorg balik semula ke rumah mak saya.



Kakak ipar saya yang sporting...

Selalunya kitorg akan round ke rumah jiran dan saudara mara terdekat sebelah ayah pada hari raya pertama. Tapi, tahun ni tak sempat sebab diorg terlebih dulu dah serbu rumah kami. Memamng tak cukup tangan melayan teteamu. Sekali datang, gelap umah. mesti ajak makan sebab lauk memang banyak pada hari raya pertama. So, saya ngan SIL memang tak kering tangan di dapur. Lepas Asar, kami tutup pintu dan kemas2 untuk bertolak ke Melaka. Keluarga sebelah mak ramai di Melaka.

Maghrib baru tiba di Melaka. Selepas solat barulah bergerak ke rumah makngah di Taman Kesidang. Malam tu dapat satu umah jek, pastu balik umah che Da balik n tdo Kg. Hulu.

Raya Ke-2

Pukul 10 lebih kami dah siap n bergerak ke Limbongan, umah Pak Long, pastu umah adik tiri mak di Bukit Baru, umah Pak Uda di Bukit Baru jugak, umah kawan mak di Duyong (dulu ada umah Pak Long kat situ, sekarang dua2 dah meninggal) dan terus ke Sg. rambai, umah Pak Ngah. Kat Sg. Rambai ni lama sikit sebab dah kekenyangan dan keletihan so, kitorg pakat2 mintak bantal n landing dulu. Lepas tdo, makan then baru balik ke Melaka semula n singgah di rumah anak adik tiri mak di Bukit Katil. Mak n ayah dah start puasa 6, so berbuka di sana sebab dah maghrib masa tu. Makan mihun goreng jek. Umah terakhir lepas tu adalah umah anak buah mak di peringgit. Kat sini makan besar...dengan lauk asam pedas dan singgang...sayur campur lagi...memang full betul malam tuh.


Mak Su Ct (adik bongsu saya)

Balik ke Kg. Hulu, kemas2 dan beraya di rumah2 berhampiran (sume sedara mara mak gak) kul 11 lebih balik semula ke Segamat sebab turn family ubby pulak esoknya. Ingat kitorg jek yang nak balik, rupanya mak ayah n abang pun ikut balik jugak.....

Raya Ke-3

Memang sadis hari ni. Pagi2 lagi kami dah bertolak ke Rengit. Umah nenek ubby sebelah mak. Dan MIL n FIL bergerak dari Mersing sebab raya kedua diorg beraya di family sebelah abah di Mersing. Pertengahan jalan, betul2 dekat ngan signboard LAM LEE, dari Segamat kereta tak leh masuk gear n ubby terus berhenti di tepi jalan. Haru betul, dah ayu2 kereta rosak pulak. Kebetulan ayah saya pun hantar kereta ke bengkel untuk tukar 'timing belt' dan servis. Call ayah, dia kata tunggu nati dia cari ikhtiar n pegi tempat kitorang berhenti. Call abah ubby jugak bgtau yang kereta kami dah rosak tengah jalan. Nak start pun tak boleh. Memang lah merisaukan. Dalam tunggu menunggu tu, tiba2 abang call tanya kenapa berhenti tepi jalan, Sofea muntah ke? Ubby pun cerita lah yang kereta rosak dan abang pun kata nanti dia patah balik. Abang on da way ke JB bersama mertua dia.

Calling-calling minta bantuan....

Kete nilah yang tarik kereta saya

Ni ada apa losak, kasi baik cepat! mau jalan laya ooo...


So, kitorg pun call lah ayah, tak payah datang sbb abang dah ada. Abah ubby pun kitorg bgtau dah dapat bantuan. Abang pun tarik lah kereta kitorg dengan tali yang kebetulan ada kat dalam bonet abang. Masa dah kena nilah baru nak beringat nak sediakan benda2 remeh macam tu kat dalam kereta. Tarik lah sampai ke Yong Peng, adalah workshop yang buka. Nasib hari Isnin kan. Abang tinggalkan kami kat situ lepas jumpa mekanik dan dia bgtau boleh betulkan apa yang patut. Lega...tengok punya tengok rupanya 'fuel pump' yang ubby baru ganti masa pertengahan puasa haritu yang rosak. Mak aih! pening gak, tanya2 harga dalam RM500 macam tu. Nak buat macam mana terpaksalah tukar. Masa mekanik tu tengah baiki kereta, MIL n FIL pun sampai.... Legalah sikit....lagi pulak MIL kata jangan isau nanti mak bayarkan. hehehe....duit memanglah ada kan, tapi kalau dah dipelawa macam tu apa lagi syok ah. Tapi kitorang nak ganti gak duit tu nanti. Tak best pulakkan, kete sendiri rosak, mak abah bayar pulak.

Dalam pukul 2 lebih baru settle semua dan kami meneruskan perjalanan ke Rengit. Sampai umah nenek ubby, lepak2 jap then sambung raya kat kawasan2 sekitar umah makcik2 n pakcik2 ubby barulah balik ke Segamat semula....

Raya Ke-4

Lepak di rumah mak abah ubby seharian dan adik ubby request saya masak nasi ayam. Rehat2 jek sambil tunggu tetamu datang.



Raya Ke-5

Patutnya balik umah mak saya tapi tak jadi sebab abah ubby ajak gi Pekan,Pahang....umah Mak Lang ubby. Kitorang on jek. So, kereta saya direhatkan dan bawa kereta abah n kereta SIL jek. Sampai umah Mak Lang, dijamu dengan nasi dagang (saya dah muak sbb masa mengidam dah makan) dan soto nasi. Petang makan goreng pisang pulak. Memang penuh perut hari tu. Lepas asar baru gerak balik ke Segamat. Hujan di sepanjang jalan. Pukul 10 malam baru sampai umah.

Raya Ke-6

Balik umah mak saya dan melayan tetamu yang datang. Malamnya beraya ke rumah jiran2 dekat. Tahun ni tak abis round sebab masa tak cukup.

Raya Ke-7

Siap2 kemas baju n barang. Lepas sembahyang Jumaat, balik ke KL. Mak ayah ikut sekali sebab nak beraya di rumah sedara mara kat KL pulak.

Raya Ke-8

Panjang betul beraya. Hari ni beraya di Kl. Patutnya ada 4 buah rumah tapi 2 rumah kensel sebab diorang takde kat umah. So, pagi ke Selayang Baru, umah sewa lama dulu, tuan rumahnya dah jadi saudara angkat kami sebab baik orangnya. Lepas lunch bagai baru dilepaskan balik. Ke Klang pulak umah abang kandung mak yang dijaga oleh orang lain sejak kecil. kena tahan makan2 jugak...Petang baru balik. Ingat nak singgah umah mak cik Tulip pun tak sempat sebab ada agenda lain pulak. Che Da n mak nak ke Nilai3. Nak beli apa ntah sampai tak pasal2 aku yang terbeli tikar buluh.huhuhu....

Hari Ahad tu mak bali awal sebab adik saya nak periksa hari Isnin. Dan kitorang pun melepaklah sampai ke malam. Dengan beg balik kampung pun lum berkemas lagi sampai hari ni.... Ada 3 beg, tinggal satu lagi lum kemas.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya

Create your own banner at mybannermaker.com!
Dalam seminggu ni bermula dari end of last week, saya dah kena ragam lain pulak. Ragam penuh air liur dalam mulut, keje nak meludah jek. Sampai penuh bakul sampah dengan tisu.....sampaikan tukang ambik sampah tanya, sakit ka? hehehe...dahsyat sungguh penangan ank kedua ni. Tak caya, tgk gambar ni...

Penuh tong sampah....

Tisu gemuk tak sampai tgh hari dah kurus



Nasib Ramadhan bakal berakhir...sedih sungguh sebab rasa tak dapat bersungguh2 puasa pada tahun ni.




Semalam petang kami berbuka lagi di Royale Bintang...sebenarnya menghabiskan voucher klien ubby yang tak dapat dtg masa ofis dia buat majlis berbuka dengan supplier.
So, ni gambar2 yang sempat di ambil....

Orang lum buka, Sofea dah makan aiskrim dulu...

Ubby khusyuk makan

Antara makanan yang ada

Pinggan saya..makan sikit2 tapi rasa semua...

Posing ngan Sofea

Tuesday, October 09, 2007

Ramadhan

Ramadhan tahun ini benar-benar mencabar bagi saya. Macam sebelum-sebelum ini, Ramadhan adalah bulan paling bertenaga bagi saya untuk menunaikan ibadah puasa dan ibadah yang lainnya. Berlainan tahun ini, mengaji pun baru sampai suku jek. Mana taknya kalau sehari cuma dapat baca 4-6 muka sahaja selepas maghrib. Solat terawikh pun cuma pada awal ramadhan sahaja, tu pun berselang seli sebab ada ketikanya saya memang seperti kehabisan tenaga selepas solat maghrib.

Dah lama tak timbang berat badan agaknya dah turun ke angka 60++ agaknya. Sebelum ni berat saya meintain jek 72-74 kg, tak turun-turun. Bagus jugak kalau macam ni. Saya dah pasang angan-angan nak berpantang dengan bersungguh-sungguh lepas bersalin anak kedua nanti...
Masa anak sulong dulu, mak kata jangan tambah nasi, saya tambah jugak. Mana taknya, org kata lobak putih dipanas dalam nasi tak sedap, pada saya enak sungguh lagi pulak lawan dengan ikan masak kicap lada hitam. Bertambah saya makan. Teruk betul. So, kali ni, kena disiplin sikit. Tak mau main-main. Ubby pun dah janji nak hantar ke pusat rawatan menguruskan badan (kononnya....hehehe) untuk menghapuskan segala lemak yang tak sepatutnya nanti.
********************#######################******************
Last week
Jumaat lepas kawan saya masa menyertai PALAPES NAVY di UiTM ajak berbuka beramai2 di Sunway Pyramid. (Nasib tak terserempak ngan sisTiara...). Batch saya intake 4 cuma ada seramai lebih kurang 21 orang sahaja di mana terdapat 4 sahaja perempuan dan selebihnya lelaki. Lama tak jumpa, walaupun tahun2 sudah saya ada menjemput mereka ke rumah terbuka semasa hari raya, tapi tak dapat berbual panjang kerana kesibukan menjadi tuan rumah.

Akhirnya sampai last minit, dapat jugak lah berkumpul 10 orang termasuk seorang dari intake USM. Ladies pun tak cukup lagi sorang. Tapi ok lah jugak sebab memang seronok sangat ditambah lagi dengan telatah Sofea berkenalan ngan pakcik2 n makcik2 dia. Kami berbuka di "Chicken Hartz". Sempat jugaklah kami bershopping di Jusco memandangkan ada yang baru menyambut kelahiran anak lelaki sulong....Saya belikan sepasang baju untuk anak dia. Dan Sofea pun dapat jugak sepasang baju pink dari uncle Am dia.....Memang seronok, kalau ada kelapangan boleh jumpa lagi.
Ok, sekarang kite layan gambar laks....


Royot, Sue and Am (sudah boroi sekarang)

Royot, saya, Sofea n Sue....ada sorang lagi patutnya...Naya....


2 dah kawin, 2 lagi masih bujang....(Am, Ustaz, Pascal n Nuar)

Antara makanan yang diorang ambik. Serious...saya duduk aja masa nih...

Sofea berjaya menghabiskan 2 pinggan spaghetti....nyum,nyum...

Macam kata Royot..."we still hav each other"

Saturday, October 06, 2007

Entry Bergambar


Hari ni kena OT. Keje banyak. Tapi sebelum buat keje, meh nak update blog dulu. Ni adalah gamabar2 beberapa hari yang lepas sepanjang minggu bulan September. Enjoy!!!


Sofea dari tangga nak ke Taska, dan dalam kete tunggu ayah beli makanan di Bazar Ramadhan Bangi.


Sofea n Aimi masa mak ayah saya datang ke KL.

Berbuka di Restoran Nelayan dengan abang, mak ayah, n member2 abang


Ni lah Restoran Awea, yang tomyamnya amatlah sedap sekali....tapi masa ni makan sup ekor ngan ikan sweet sour jek...



Dan ini hasil masakan ku di hari Khamis, malam Jumaat. Sup tulang n jagung rebus....

Gasaklah korang tgk gambar makanan jek pose2 ni kan....Oklah nak start buat keje....Nanti update lagi. Semalam gi berbuka ngan member masa Palapes di UiTM dulu....Nanti akan diupdate kemudian k. Selamat berhujung minggu dan beramal ibadah. Petang ni nak berbuka di Royal Bintang, KL. Jom!

Thursday, October 04, 2007

110

Saya sedih hari ni, rasa semua benda serba tak kena. Apa nak buat. Hatiku gundah gulana. Takde mood rasanya....Saya takut nanti terbuat keputusan di luar kawalan minda yang waras. Nanti, menyesal pun tak guna. Ntah lah...SABARLAH HATI....

Tuesday, October 02, 2007

kampungKU ke kampungMU?

Pagi ni awal sikit. Dengar le ERA, tajuk pagi ni pasal balik kampung. Yang baru-baru berumahtangga tu ,mesti pening nak balik mana dulu kan? Masa saya dulu pakai kuasa veto suami, balik umah dia dulu....heheheh..tapi yang bestnya tu ada yang saya dengar siap nak cabut undi lagi...

Kalau macam saya satu daerah jek suami isteri. Jarak umah pun cuma beberapa kilometer jek. So, beraya umah sape2 pun tetap dapat jumpa dua-dua belah family masa pagi raya tu. Dan tahun ni beraya di rumah saya dulu, yang bermaksud malam sebelum raya sehingga hari raya ke dua atau ketiga di rumah saya. Tu pun pagi raya pertama akan singgah ke rumah sebelah ubby untuk bersalaman dan makan sama. So, kitorg akan makan besar 2 kali...Naya perut tau pagi raya tuh...Abang sekeluarga pun akan beraya umah mak saya jugak, so memang meriah lah tahun ni.

Ada gak cadangan supaya kitorg bergilir, tapi nanti tak meriah pulak...memang lah umah mak sentiasa ada yang balik, tapi kurang satu family pulak.

Apapun, yang penting tahun ni beraya umah mak saya dulu.....haraplah selera ni dah ok masa raya nanti sbb sekarang ni, nak makan apa pun tak tahu. Semua benda tak menyelerakan......Sahur pun nak tak nak je. Buat syarat je cedok nasi dalam pinggan tapi tak makan pun. Susu pun tak lalu....Macam mana ni??

Ok, lah, raya raya jugak. Keje melambak2 nih. So, selamat bekerja....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...