Wednesday, September 26, 2007

Weekend

Sabtu tak ke mana pun, lepak2 di rumah saja. Petang keluar berbuka di luar. Hari Ahad pulak, pukul 12 tgh kami dah berada di One Utama. Kononnya nak shopping raya...tapi yang dapat Sofea punya jek. Ubby punya T-shirt tak beli lagi....Petang berbuka di Ani Sup Utara, Bangi.

MC

Semalam saya gi buka buku merah di Klinik Putrajaya. Seawal 7.50 pun dah ramai orang. Bayangkan jam 9 pagi baru selesai mendaftar. Lepas daftar terus ke makmal untuk pemeriksaan air kencing dan pengambilan darah. Tu sekejap jek dalam 15 minit macam tu. Lepas tu tunggu lagi depan bilik 28 pulak untuk pemeriksaan. Tak lama sangat tunggu. Tapi dalam bilik tu lama gak sebab nak timbang berat, ukur tinggi, cek leher, b**h d*d* dan perut. Cuba nak dengar degupan jantung tapi tak berjaya sebab mungkin baby kecik lagi. Lepas tu saya kena jumpa doktor pulak di bilik 9 sebab morning sickness yang teruk. Lagipun ni kali pertama pemeriksaan. Bab menunggu doktor ni memang mencabar kesabaran....Lama tunggu...sampai dekat pukul 11 baru dapat jumpa. Yang bestnya doktor siap tanya nak gi keje tak petang nanti. Dan saya tanya dia balik, kalau tak pegi boleh tak doktor? hehehe...terpaksa lah nurse kat sebelah tulis mc lpeas doktor dah bagi signal....

Petang semalam berbuka di rumah abang sebab saya teringin nak makan nasi lemak SIL. Dulu dia ada buat jual, dan saya selalu order untuk bagi sedekah kat ofis. Memang sedap, dia pandai masak sambalnya. Teringin bukan main, makan seciput aje. SIL tapaukan suh bawak balik umah. Dan sahur pagi ni tu yang saya makan, ubby pulak saya dah masakkan sambal udang kegemaran dia.

Pagi ni tak muntah sangat, tapi loya tekak tu memang lah sangat tak selesa. Sabar...dugaan tu...


Sofea

Sekarang bukan main lai ragamnya.....hari isnin lepas, masa nak berbuka di RASA, Alamanda....dia menangis2 sebab nak makan aiskrim sampai muntah. Mula2 tu muntah sikit jek, masih dapat saya tampung dengan tisu, tak lama lepas tu dia muntah dengan banyaknya. Abis baju dia n baju saya kena muntah dia. Saya apalagi, memang lah geram yang amat terus jerit panggil ubby dan ajak balik. Benggang gak ubby sebab saya buat macam tuh....tapi nak buat macam mana....saya kan garang....Dah naik kete tak pasal2 saya yang kena marah ngan ubby sebab marah dia depan orang ramai. Mana lah saya marah dia. Sampai umah, saya protes, tak berbuka pun, berkurung dalam bilik solat n tdo. Lantak lah apa jadi kat luar. Ada gak ubby ketuk sekali dua suruh buka pintu, tapi saya buat tak tau jek. PROTES!

Tapi hari semalam dah ok dah...sekejap jek..Biasalah tu kan...

Ok lah selamat bekoje sume! Puasa-puasa ni jangan malas-malas pulak.

2 comments:

tulip said...

hehe.. ko ni garang betul lah.
takpe gaduh2 sayang.

Mrs.A said...

Sabar..
nak wat cemana kan... dalam keadaan sekarang... dah la badan kurang bertenaga.. Sofea plak mahukan perhatian... Hilang sabar kan... cian abah sofea... jadi mangsa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...