Friday, June 30, 2006

1/2 tahun.

Pejam celik,pejam celik, dah 1/2 tahun masa berlalu untuk 2006. Masa terlalu cepat berlalu sampai tak sedar apa yang aku dah buat 1/2 tahun yang lepas tu.
Ubby balik harini. Tq pada
cik tulip n imankirana yang sudi menemaniku semasa ketiadaan ubby.

Kerja-kerja di ofis seperti biasa,cuma aku bengang tunggu data yang tak sampai2. Puas dah calling2 sana sini. Tapi apa nak buat dah org kata belum lengkap, takkan aku nak naik antu pulak. Date line ujung bulan 7 ni. Risau bangat aku. Nanti tak tercapai pulak azam aku tahun ni.

Aku nak kuruskan badan, tapi dalam masa yang sama aku kuat makan. Tak dapat nasi macam tak selesa rasanya. Agaknya perut ni dah mengembang kot?? sebab tu nak kena makan nasi jugak. Allegic baru tahun ni, tak boleh makan ayam. Kalau makan jugak, puas lah aku meggaru pelipat tgn n kaki ni sebab naik gatal2. Tak dapat lah makan KFC lagi....Chicken foldover....Ayamas...ooohhh....ruginya....

Oklah aku dah nak start buat2 sibuk ni....selamat bercuti hujung minggu...Minggu ni aku nak rehat puas2!!

Wednesday, June 28, 2006

Tinggal

Hari ni kena tinggal. Ubby kena gi outstation ke Perak, Kedah n Penang. Dah lah Sofea dengan perangai baru, kuat menangis, kuat merajuk. Rasa macam tak mampu nak handle sorang diri. Ikutkan hati aku, nak jek ambik cuti dan ikut ubby. Tapi keadaan tak mengizinkan, lagipun aku kena simpan cuti sbb adik ipar aku nak kawin ujung tahun ni. Dan kalau ada rezeki dalam pertengahan bulan tujuh ni nak gi Langkawi. Tu nak kena cuti lagi tuh. Tak masuk lagi kalau Sofea demam ke, ada emergency kat kampung ke...banyak nak kena pikir tuh.
Aku ajak tulip ngan imankirana teman sebab aku ni penakut.hahahaha..ketawakan aku!Nasib baiklah diorang setuju menemankan aku selama 2 malam. Kalau tidak...tak tau lah aku.
Baru-baru ni aku balik kampung. Ayah aku demam panas n tonsel bengkak. Kesian ayah aku sampai kena cucuk kat klinik sebab badan panas sangat. Kalau gaji aku banyak, aku suruh jek ayah tinggal keje dia, biar aku tanggung belanja kat umah. Tapi, tulah kalau...
YA Allah, selamatkan lah perjalanan suamiku. Semoga selamat pergi dan selamat pulang. Aku yang tinggal ni usah dirisaukan. Pandai lah aku menjaga diri.

Wednesday, June 14, 2006

Chicken pox

Genap setahun sebulan, Sofea kena chicken pox...tak sempat nak ambik suntikan chicken pox pun. NAsib baik tak teruk sangat sbb kat muka tak kena, cuma kat belakang jek banyak n celah2 pelipat kaki n tangan. Dalam mulut pun ada jugak. 2 hari taknak mkn n minum sgt sbb sakit dalam mulut. Aku pun dapat mc jugak 2 hari. Memang aku tak berapa sihat masa tu. Terus balik kampung sebab aku risau Sofea asyik menangis sepanjang malam. Kat kampung, mak n ayah aku sibuk la sebab cucu kesayangan dia sakit. Kesian jugak tapi mana lagi nak mengadu.
Aku terpaksa tinggalkan Sofea kat kampung seminggu sebab parut dia belum baik lagi, takut berjangkit dengan budak2 kat taska pulak. Rindunya kat anak aku. Nasib mak mertua aku hantar cepat, hari Khamis 8hb tu dia dah sampai kl hantar Sofea.
SOfea balik, tapi aku pula sibuk ngan sukan. Hari Jumaat pagi dah kena pergi Shah Alam. 3 hari 2 malam kat sana. Tapi aku balik jugak sabtu malam lepas game sebab kesiankan Sofea.
Lepas dinner penutup Ahad tu aku terus balik umah. Hari Isnin tak kerja n abiskan masa puas2 ngan Sofea.

Monday, June 12, 2006

Happy Birthday - 24

Tua dah aku rupanya...Hepi besday to me. Aku sekarang sudah berumur 24 tahun dan mempunyai seorang suami,29 dan seorang anak berusia setahun ++. Seorang isteri yang bekerja.Kadang2 masak, kadang2 makan kat kedai je.( nasib ubby tak kisah ) tapi sentiasa make sure rumah kemas, bersih dan teratur sebab aku ni cerewet. Tq pada mak,ayah,abang,kakak ipar,kawan baik aku Aien, yang wish besday kat aku.Tq jugak pada cik tulip n en.D yang bagi aku bantal comel sbb diorg kata aku kuat tdo,kak nurul bagi coklat n teddy yg comel,makcik sorg ni bg aku tudung n keronsang.
Tahun ni tahun ketiga sambut besday dgn suami dan tahun kedua sambut besday dgn anak. Ubby belanja dinner kat Secret Recipe. And,surprise!!!!ubby belikan rantai berloket gabungan 3 jenis batu dari koleksi 'Diamond n Platinum'. Seronok lah jugak, bukan selalu dapat surprise2 mcm tu.hehehehe. Aku gumbira..lalalala....nanti senang aku upload gambar rantai tuh k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...