Tuesday, March 21, 2006

Welcome

Dah beberapa minggu ni aku kurang busy di ofis. Hari2 hanya buat2 sibuk sebab kerja aku belum sampai lagi. Sejak bekerja di sini, hampir 2 tahun, aku hanya akan mula busy start bulan Jun dan ke atas. Aku perlu memasukkan data dan mengemaskini buku untuk dicetak sebelum bulan Ogos dan publish pada bulan Oktober. Setakat aku bekerja di sini, buku yang sekarang menjadi tanggungjawab aku tak pernah lagi dapat dipublishkan on time. Selalunya akan terlewat beberapa bulan. Jadi, salah satu azam aku tahun ini adalah untuk memastikan buku ini dapat dipublishkan pada masa yang ditetapkan oleh Bos aku. Aku suka dengan kerja ni tapi bila ada tukang sibuk yang suka mencampuri urusan aku, aku jadi bengang dan meluat dan menyampah. Bukan berpengalaman sangat pun dia tuh, tapi nak tunjuk macam bagus pulak. Kenapa ek? Aku rasa setiap ofis mesti ada satu makhluk manusia yang bersifat mcm ni. Sunguh menyakitkan hati, jiwa dan raga. Apa yang harus aku buat supaya orang2 macam ni dapat di ignore kan dalam proses kerja aku tiap2 hari?

p/s: Jangan lah kita bersifat suka menyibuk dengan kerja org lain sedangkan kita mmg tak diperlukan pun untuk kerja tu.

1 comment:

tulip said...

apa kata ko bakar tempat duduk dia.. hahaha..

jahatnya saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...