Monday, March 23, 2015

Ulangtahun Perkahwinan ke 11, Bulanmadu ke Phuket - Part 1

13 Mac 2015 

Alhamdulillah....Syukur sangat! Tahun ini adalah tahun ke sebelas kami sebagai suami isteri dan bertanggungjawab ke atas 3 anugerah dari Allah untuk di bimbing. Sesungguhnya sekejap betul masa berlalu. Tiada sambutan besar-besaran cuma makan-makan sekeluarga di Umai, Putrajaya.

 
 Permata hati, pengarang jantung, teman bergaduh, bergurau. Doakan kami bahagia sehingga ke hujung nyawa!




19 Mac 2015

Ubby merancang percutian bulan madu katanya. Buat pertama kali kami bersama akan ke luar dari Malaysia.Ubby memilih Phuket sebagai destinasi kali ini. Tempahan semua di atas pilihan ubby. Saya ikut sahaja. =D


 Seawal jam 4.30 pagi kami sudah berada di KLIA2

 Jam 7.30pg waktu Thailand, kami dah berada di Lapangan Terbang Phuket.

 Dugaan pertama, beg pecah. Buat laporan di kiosk Air Asia. Nasib tak terbarai terus barang di dalam.




 Setelah selesai buat aduan kerosakan, kami terus beli tiket ke Patong. Kami naik minibus sahaja, THB180 seorang. Tapi, kena tunggu sampai van penuh la. Jangkamasa penantian tu dekat sejam juga. Minibus ni akan berhenti di satu kedai untuk menawarkan pakej ke pulau-pulau ataupun aktiviti yang boleh kita buat di sini. Tapi harga dia agak mahal. Tak beli pun takpe, nanti boleh cari di sekitar bandar Patong. Lebih murah dan banyak pilihan.



Beli tiket island hopping kat area Patong. Kami amik tour pakage yang ke Maya, Loh Samah Bay, Pileh Lagoon, Viking Cave, Monkey Beach, Lunch di phi Phi Don Island, Snorkelling, Khai Island & Bamboo Island.
Naik Tuk-tuk dari Patong ke kawasan masjid sebelum check-in


Lunch di salah satu restoran muslim di kawasan masjid

Dah kenyang makan terus ke hotel, check-in

Kami menginap di Thavorn Beach Village n Spa, 10 minit dari Patong Beach





View bilik
















  Pemandangan sekitar kawasan hotel
 
Memang tak cukup rasanya 3 hari 2 malam kat sini. Ada banyak lagi gambar-gambar nak kongsi betapa indahnya ciptaan Allah!

Nanti kita sambung lagi k.



4 comments:

Irfa said...

bestnya bulan madu berdua wpun hati tetap rindu anak2 tambah2 bila waktu tido

teruknya beg tu
sebenarnya lebih baik beli beg material kain dr plastik gini, kalau campak pun tak pecah kecuali tersagat, mgkin koyak

~adeQ~ said...

Betul lah kak, nak bawa semua tak cukup duit. Jadi lepaskanlah diri sendiri dulu...heheheh...Ada rezeki diorang esok besar sampailah kan...

Tu lah kak, belajar dari pengalaman. lepas ni mmg akan beli beg kain je lah..=)

~adeQ~ said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

snapchat for pc
mobogenie for pc
mobogenie pc
snapchat pc
uc browser for pc
xender for pc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...