Sabtu lepas, pagi masuk melapor sekejap ke ofis. Siapkan kerja sehingga tengah hari. Dalam jam 2.30petang ubby dan anak-anak datang dan kami terus ke Shah Alam. Perancangan minggu ni, layan bola di stadium. PDRM vs JDT.
Sampai stadium, beli tiket dan terus ke Giant Shah Alam. Makan tengahhari dan jalan-jalan cuci mata. Terus ke Seksyen 7. Terjumpa lah kawasan yang dinamakan Laman Seni 7 ni.
Seronok sangat masing-masing posing termasuk si kecik. Selepas solat Asar dalam jam 6 lebih petang, kami terus ke stadium. Solat Maghrib di surau stadium. Surau perempuan selesa, sejuk. Surau lelaki je sesak sikit dan agak panas.
Keluar stadium dekat jam 11 lebih malam. Terus ke KL cari makanan sambil pusing-pusing jalan TAR tengok 'aweks'. Singgah di Kg.Baru, minum air buah gelas besar baru balik ke rumah. Esoknya masing-masing pengsan sampai jam 11pg!!!
p/s: Perancangan untuk penuhkan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak setiap minggu tahun ni dan tahun-tahun seterusnya, In Sha Allah....
Tuesday, February 17, 2015
Monday, February 02, 2015
2015
Aktiviti yang baru bagi tahun 2015, masak sendiri
bekal untuk anak dan suami.
Saya selalu kemaskini di instagram dan fB, jadi
saya kongsikan di sini. Setakat ni saya akan bangun jam 5.00 pagi untuk masak
dan siapkan semua. Jam 6 pagi mesti dah siap basuh periuk kuali dan lap dapur.
Minggu lepas je rasa pening-pening sebab nak
biasakan diri bangun awal. Tapi minggu ni Alhamdulillah nampaknya, senang je
bangun dan tak lah kelam kabut sangat. Rasa seronok sangat sebab suami pun
dapat makan apa yang saya masak.
Semoga saya terus istiqomah dalam perkara
ini.Seronoknya masak-masak di pagi hari. Bila petang tunggu anak feedback.
Ada sekali tu balik je terus kata " Sedapnya mee goreng ibu... kalah satu
dunia!" Over tak anak bertuah ni! Ibu dia terus kembang je dengar....=)
Ni lah rupa depan pintu pagi-pagi sebelum pergi
kerja. Semua beg dan barang-barang nak masukkan dalam kereta dah siap beratur.
Syukur parking depan rumah je. Kalau pindah naik apartment ni acaner??
Nasiblah, masing-masing bawa barang sendiri lah jawabnya. =)
p/s: Last week ice skating, this week badminton, next week?
Subscribe to:
Posts (Atom)