Thursday, August 28, 2014

Kakaks, eh Mama 1,2 dan Umi 3

Hujung minggu yang lepas, kehidupan kembali normal. Selepas minggu sebelumnya (11-12 Ogos 2014) berada di kampung menjaga mak saya yang sakit di hospital. hanya ubby di rumah Sepang mengurus anak-anak bersekolah manakala Syazwan mertua yang jaga beberapa hari.Alhamdulillah, mak pun semakin pulih dari hari ke hari.

Perancangan nak makan-makan dan masak-masak untuk kakak 1,2,3 ni memang lama dah buat. Cuma tak berkesempatan je. Masing-masing pun dah tukar title dah jadi mama n umi. Perancangan dah cantik dah, tapi masih juga tak dapat nak kumpul semua sebab last minit Hariz, anak mama 2 pulak kena demam campak. Nak taknak teruskan juga sebab mama 1 nak datang dari Sungkai nun. Jadi malam tu cuma ada mama 1 dan Umi 3 sahaja. 

Alhamdulillah walaupun tak cukup korum, masih meriah dengan anak-anak kecik yang tak reti penat. Sempat lagi bbq di depan rumah. Puaslah makan. Saya cuma masak ketupat segera, lodeh dan sambal santan ayam.Ada yang bawa tembikai dan kek sebab rancangan awal nak sambut harijadi budak-budak kecil. Naufal - 11 Ogos, Syazwan - 20 Sept, Hadif - 25 Sept dan Hariz - 28 Sept.

Kebetulan ada jamuan raya lorong rumah saya ni, makanan memang lah meriah. Tapi, masih juga berbbq di depan rumah. Ubby kejap ke jamuan jalan, kejap di rumah. Saya pun sama.


 Tugasan menghidupkan api hingga membakar biarlah suami-suami yang buat. Dibantu oleh Sofea dan Syameel

 
 Sambil.... menghabiskan baki bunga api yang Pak Long bagi haritu.

 Makan, gosip, makan, gosip, makan, gosip...sambil kejar anak-anak kecik nih!

 3 orang missing....

Kek sponsored by umi Naufal. =)


Thursday, August 07, 2014

AIDILFITRI 2014 - Hari kedua dan ketiga

Hari raya ke dua, memang dah merancang nak ke Mersing. Ada 2 rumah adik beradik abah di sana. Lepas bersarapan, dalam jam 10pagi dah bertolak.

 
 Mari membaca kawan-kawan. Nenek asah skill cikgu tadika Kemas tu.

Dalam pukul 12 lebih jugak baru sampai. Lepak, makan dulu rumah makcik baru check in Seri Malaysia.





Petang lepas Asar terus ke rumah Pak Ngah atas bukit.



Balik dari rumah Pak Ngah, rasa macam nak makan nasi pulak. So, apa yang ada?? Ke Marrybrown la kita...


Fine, orang berjalan raya, korang bermandi manda yer...

Sambil menyelam minum air katanya....

Budak ni tak padan kecik, suh naik tak mau!



Yang ni tak usah cakap lah kan...



Esoknya lepas check out, terus singgah Pekan. Rumah Mak Lang. Again, aktiviti makan-makan dan bergosipan...


Puding raja, my favourite!!

Nini, kucing kami bela masa baru kahwin dulu. masih hidup sampai sekarang. lebih tua dari Sofea ni...
Balik ke Segamat, Syazwan memang suka kalau main-main dengan nenek...

Tak banyak berjalan tahun ni. Mak saya kurang sihat. Jadi, esoknya balik ke rumahmak saya cuma lepak di rumah dan tunggu tetamu datang. Sabtu pagi dah gerak balik ke Sepang. Mak dan ayah saya ikut sekali.


Wednesday, August 06, 2014

HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum!!!

Kasi up gambar raya dulu...Caption kemudian.

Selamat Hari Raya Semua!!!!

My buah hati pengarang jantung


Tahun ni beraya di rumah mertua. Tapi, takde masalah pun sebab pagi raya memang akan jumpa dua-dua belah parents punya. Jadi, bersalam-salaman dulu di rumah ubby sebelum bergerak ke rumah saya.




Keluarga saya...Syukur Alhamdulillah...
Penat posing ngan budak kecik ni. Kena banyak 'take'

Ayah dan ibu mertuaku!!!

Tahun ni sebelah ubby 2 beradik je. Adik perempuan dia giliran utara, tahun depan balik selatan. Saya pula ke rumah mak saya. Almaklumlah adik beradik tak ramai. Jadi tahun ni umah mak saya cuma ada abang dan isteri serta adik ipar saya. Adik saya bertugas tahun ni.


Ke rumah mak ayah saya pula,




Anak kat belakang sibuk simpan duit raya...


Tengoklah gambar yang macam-macam ni...hehehhe




Yang ni lagi best!
Sebelum jadi gambar di bawah. =)



Habislah raya pertama. Lepak di rumah mak saya lama sikit sambil melayan saudara-mara yang datang. Lepas Asar baru gerak ke rumah kawan ubby dalam perjalanan nak balik semula ke rumah mertua.


p/s: Mak saya tak sihat, gastrik agak teruk. Doakan kesihatan beliau....terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...