Friday, November 29, 2013

Cukupkah Vitamin yang kita ambil/makan seharian?


Petikan dari Utusan Malaysia;

Kepentingan multi vitamin

MENJELANG 2020, dianggarkan 10 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 900,000 pada tahun 2000.
Faktor khidmat perubatan yang lebih baik dikatakan antara penyumbang utama kepada pertambahan jangka hayat penduduk.

Namun bertambahnya umur tidak menjanjikan kebahagiaan andai terpaksa menderita dibebani penyakit di hujung usia.

"Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam," kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh pada pelancaran Wyeth Centrum Silver For Adults 50++ baru-baru ini.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya 'nilai untuk wang anda' tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan penyakit.

"Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya," katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.

Jelas beliau lagi, pada usia melebihi 50 tahun pengambilan nutrisi perlu berubah selaras dengan proses penuaan dan gaya hidup yang berlainan.

"Masalah fizikal, sosial dan emosi akan mengganggu selera atau mungkin menjejaskan keupayaan membeli dan menyediakan makanan seimbang seperti ketika muda," katanya.

Masalah psikologi turut menjadi penumbang kepada kurangnya penyerapan vitamin. Manakala masalah dental menyebabkan individu pada usia ini mula beralih kepada makanan lembut yang mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral secukupnya bagi memastikan kesihatan yang optimum.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap katanya, individu berusia boleh menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin. Tambahan pula katanya, kini lebih ramai individu semakin aktif di sebalik peningkatan usia seperti mula terlibat dengan perniagaan selepas bersara.

Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bila kita fikir semula, apa yang kita makan seharian cukupkah memenuhi mineral dan nutrisi yang kita perlukan setiap hari?

Kadang-kadang kita rasa nak makan sayur banyak, kadang-kadang kita rasa nak makan ayam/daging/ikan sahaja....

Dan adakalanya juga kita tak berselera nak makan langsung...

Sedikit perkongsian tentang keperluan vitamin untuk tubuh badan kita yang saya jumpa di laman web;

KEPENTINGAN VITAMIN
Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
  
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.


Nak sihat dengan produk SHAKLEE??

Email :navygal842004@yahoo.com
Sms/whatsapp : 019-2469010.
ID shaklee: 968170

Penghantaran ke seluruh Malaysia

COD/Self Pick-up untuk anda yang berhampiran Seri Kembangan, Balakong, Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...