Friday, November 29, 2013

Cukupkah Vitamin yang kita ambil/makan seharian?


Petikan dari Utusan Malaysia;

Kepentingan multi vitamin

MENJELANG 2020, dianggarkan 10 peratus daripada penduduk Malaysia terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding hanya 900,000 pada tahun 2000.
Faktor khidmat perubatan yang lebih baik dikatakan antara penyumbang utama kepada pertambahan jangka hayat penduduk.

Namun bertambahnya umur tidak menjanjikan kebahagiaan andai terpaksa menderita dibebani penyakit di hujung usia.

"Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam," kata Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh pada pelancaran Wyeth Centrum Silver For Adults 50++ baru-baru ini.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya 'nilai untuk wang anda' tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan penyakit.

"Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya," katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multi vitamin.

Jelas beliau lagi, pada usia melebihi 50 tahun pengambilan nutrisi perlu berubah selaras dengan proses penuaan dan gaya hidup yang berlainan.

"Masalah fizikal, sosial dan emosi akan mengganggu selera atau mungkin menjejaskan keupayaan membeli dan menyediakan makanan seimbang seperti ketika muda," katanya.

Masalah psikologi turut menjadi penumbang kepada kurangnya penyerapan vitamin. Manakala masalah dental menyebabkan individu pada usia ini mula beralih kepada makanan lembut yang mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral secukupnya bagi memastikan kesihatan yang optimum.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap katanya, individu berusia boleh menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin. Tambahan pula katanya, kini lebih ramai individu semakin aktif di sebalik peningkatan usia seperti mula terlibat dengan perniagaan selepas bersara.

Artikel Penuh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bila kita fikir semula, apa yang kita makan seharian cukupkah memenuhi mineral dan nutrisi yang kita perlukan setiap hari?

Kadang-kadang kita rasa nak makan sayur banyak, kadang-kadang kita rasa nak makan ayam/daging/ikan sahaja....

Dan adakalanya juga kita tak berselera nak makan langsung...

Sedikit perkongsian tentang keperluan vitamin untuk tubuh badan kita yang saya jumpa di laman web;

KEPENTINGAN VITAMIN
Vitamin adalah zat gizi yang amat diperlukan tubuh bagi memudahkan kita melakukan aktiviti seharian. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada pelbagai penyakit yang menjejaskan tahap kesihatan.

VITAMIN A
Merupakan salah satu daripada keluarga vitamin larut lemak. Pengambilan vitamin A bertujuan untuk membantu tumbesaran, kesihatan gigi dan memelihara penglihatan. Kandungan vitamin ini boleh didapati dalam sayuran seperti bayam dan kangkung, buah-buahan, hati, susu, mentega dan telur.

VITAMIN B
Terdiri daripada 8 jenis iaitu B1 (Tiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niasin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Folat) dan B12 (Kobalamin). Vitamin B kompleks ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan. Ini kerana ia amat diperlukan bagi menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrien dan sistem saraf. Sumber vitamin B boleh diperoleh daripada sayuran seperti lobak merah, daging, ayam, ikan, kekacang dan bijirin termasuk gandum.

VITAMIN C
Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

VITAMIN D
Diperlukan bagi merangsang tumbesaran tulang dan gigi yang sihat. Pengambilan vitamin D juga dapat mencegah otot menjadi lemah. Antara makanan yang mengandungi vitamin D boleh didapati daripada hasil tenusu, telur, hati dan minyak ikan. Ia juga amat istimewa kerana terbentuk daripada tindak balas cahaya matahari pada kulit.
  
VITAMIN E
Memperbaiki peredaran darah dan tisu di samping mencegah dan menggalakkan kulit serta rambut yang sihat. Zat ini juga dipercayai dapat mencegah kanser dan penyakit katarak. Vitamin E mudah didapati dalam kekacang, ubi kentang, gandum dan rumpai laut.

VITAMIN K
Amat bermanfaat kepada penghidap osteoporosis. Ini kerana ia dapat membaiki pertumbuhan tulang selain membantu pembekuan darah. Vitamin K juga berupaya meningkatkan daya tahan jangkitan kepada kanak-kanak dan menolong mencegah kanser. Khasiat vitamin K boleh diperoleh daripada bijirin, sayuran seperti asparagus dan kubis bunga serta hati.


Nak sihat dengan produk SHAKLEE??

Email :navygal842004@yahoo.com
Sms/whatsapp : 019-2469010.
ID shaklee: 968170

Penghantaran ke seluruh Malaysia

COD/Self Pick-up untuk anda yang berhampiran Seri Kembangan, Balakong, Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

Tuesday, November 19, 2013

ESP anyone??

Saya mula kenal dengan ESP masa lepas pantang anak ke tiga. Oleh kerana saya bertekad untuk memberi susu ibu sepenuhnya, maka saya pun mencari ilmu bagaimana untuk menambahkan susu. Dan di antara yang saya jumpa ramai mengesyorkan ESP ni.



ESP adalah sumber Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

SHAKLEE

ESP ni untuk siapa?


  • Orang yang ingin kekal sihat.
  • Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
  • Kanak-kanak bersekolah.
  • Ibu-ibu mengandung dan menyusukan anak. (seperti saya, membantu mendapatkan kulit yang cantik juga!)
  • Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.
  • Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik, dan lain-lain.
  • Ahli sukan dan bina badan.
  • Energizing Soy Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat .
  • Mereka yang inginkan kulit yang cantik dan berseri.

  • Protein sangat penting untuk

  • MEMBINA sel-sel baru
  • MERAWAT sel- sel rosak@cedera
  • MENGGANTIKAN sel-sel lama@tua  

  • Sel adalah unit asas dalam badan kita.Sel yang sihat lebih mudah menyerap zat yang diperolehi sama ada daripada makanan atau suplemen yang kita ambil

    Kelebihan ESP berbanding protein lain :

    • Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, 
    • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga 
    • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol 
    • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif
    • Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. 
    • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. 
    • Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. 
    • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
    Credit

    Dos Cadangan ESP  
    Bancuhkan 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein mudah larut ini ke dalam segelas susu, jus, air atau apa sahaja minuman kegemaran anda. Pengambilan Energizing Soy Protein perlulah diambil dengan air suam tetapi TIDAK BOLEH dengan air panas kerana akan menyebabkan zat protien itu mati. Kalau nak sedap lagi, boleh cuba mana-mana resipi kat bawah ni

    Antara resipi2 cara bancuh ESP yang saya dah cuba:


  • ESP + Fresh Milk nak perisa boleh tak berperisa pun boleh
  • ESP + Twister Orange
  • ESP + Milo (ada orang tak suka, tapi saya suka)
  • ESP + air masak biasa/sejuk
  •  
    Ada banyak lagi resipi yang boleh anda cuba. Ikut selera masing-masing, cuba jaya kan. Jangan campur ngan air Coke dah lah...hehehe

    Satu lagi JANGAN bancuh dengan teh atau kopi yer....kenapa? Sebab pengambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh badan kita.Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral  dari tubuh badan.

    Jadi, apa tunggu lagi? Jangan malu dan segan untuk hubungi saya jika ada yang berminat untuk mendapatkan ESP sebagai pemakanan tambahan.

    Nak kuruskan badan pun boleh, ada gabungan vitamin/produk yang sesuai dengan ESP untuk tujuan itu. Maklumlah sekarang semua orang nak kurus. Bukan untuk cantik sahaja tapi untuk menjaga kesihatan.


    Nak cuba produk SHAKLEE??

    Email :navygal842004@yahoo.com
    Sms/whatsapp : 019-2469010.
    ID shaklee: 968170

    Penghantaran ke seluruh Malaysia

    COD/Self Pick-up untuk anda yang berhampiran Seri Kembangan, Balakong, Bandar Baru Bangi,Sungai Merab,Bandar Baru Salak Tinggi,Kota Warisan,Jenderam,Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

    **Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu. 

    Monday, November 18, 2013

    Hari Anugerah Cemerlang

    Alhamdulillah, tahun ni Sofea dapat lagi Anugerah Kepujian PBS untuk Tahun 2. Maklumlah sekarang dah guna KSSR, belum sempat nak tengok kertas-kertas Penilaian dia di pejabat sekolah. In Sha Allah, ada kelapangan nanti boleh pergi.

    Cepat sungguh masa berlalu, rasa macam baru je masuk darjah satu. Tahun depan dah nak masuk darjah 3. Cikgu tawarkan Sofea jadi Pengawas Perpustakaan, jadi tahun depan kena ada extra baju sebab pagi dah pakai kemeja dengan skirt dan petang baju kurung dan kain coklat untuk KAFA.

    Tu pun sibuk nak join Taekwando bagai. Rumah kita jauh sikit ye anak...kalau dekat memang ibu layankan.
     
     Ibu, baju kena bersih dan kemas tau.

     Sofea Nafeesa dah set benchmark tinggi untuk Muhammad Syameel Nuqman


     Tahniah anak bertuahku! Semoga menjadi insan berguna di dunia dan di akhirat.



     SELINGAN
    Permata hati, pengarang jantung, pinjaman dari Nya. Sofea dah selamat balik kampung. Nenek memang tunggu cucu cuti sekolah, buat bising rumah katanya. Buat teman pergi kebun. =) 





     Gigi 6 batang....suka buat macam comel jek...heheh




    p/s: Boleh buat azam 2014 dah kot...

    Thursday, November 14, 2013

    Dinner 2013 - Bangi Golf Resort

    Saya hampir-hampir tak dapat sertai acara yang dianjurkan. Mana taknya, masa ni lah kena demam denggi. Syukur masih diberi kesembuhan dalam tempoh yang cepat. Baju memang kitorang dah beli awal. Jadi mahu tak mahu kena kuatkan diri juga. Tema colour block.


     Photo booth kononnya tapi terkeluar frame pulak...=)

     
     Dengan ofismate. Dia ni suka gigit pipi Syazwan.

     
     Sofea menyumbangkan persembahan. Solo lagi kau! Lagu Tegar

     
    Urusetia suruh naik bagi sokongan. Masa ni Syameel tengah makan

    Secara keseluruhannya majlis berjalan lancar. Ada jugak dengar desas desus tak cukup makanan lah apa lah, tapi tengok berlebih-lebih jek makanan.

    Kata ubby pun, sedangkan event yang grand2 kat tv pun orang banyak komen, inikan pula event yang comel disamping kesibukan tugas hakiki ni. Tahniah pada ahli jawatankuasa kelab tahun ni. =D


    Wednesday, November 13, 2013

    Kepentingan Air Terhadap Kesihatan Tubuh Badan



    429796_10151159275709105_2087005716_n


    Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Dan semua orang sudah sedia maklum mengenainya. Dan saya pasti anda pun tahu 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air bukan?

    Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

    1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
    Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
    Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
    Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

    2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
    Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
    Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

    3. Air mampu mengurangkan stres.
    Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
    Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
    Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

    4. Bentuk otot anda dengan air.
    Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
    Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

    5. Mencantikkan kulit anda.
    Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
    Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
    Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
    Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

    6. Air melancarkan proses penghadaman.
    Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
    Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

    7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
    Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
    Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

    Adakah anda minum air dengan cukup?
    Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
    Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

    dipetik dari: http://psipum.org/

    Jadi bila kita mengambil pemakanan tambahan untuk menurunkan berat badan, kita mesti minum banyak air supaya perjalanan lemak dapat disingkarkan melalui air kencing dan peluh. =)

    Disiplinkan diri untuk minum air, guna botol yang cantik supaya kita lebih cenderung untuk minum. Saya sentiasa akan cuba pastikan sebelum waktu makan tengah hari, saya mesti dah habiskan paling minimum 1.5 liter air.

    Jadi, anda mahu sihat, kurus dan cantik? Jom kita amalkan minum air yang mencukupi untuk tubuh kita.

    Berapa Banyak Kita Kena Minum Air?
          
    Formulanya:
     
    1) Jumlah air kosong yang perlu diminum dalam sehari = (40 X berat badan anda)+ 500ml

    Contoh:
    Berat badan saya ialah 70 kg
     (40 X 70) + 500 =3300ml
    Bermakna saya perlu minum 3.3 liter air kosong dalam sehari

    2) Minum air kosong sekali ganda dengan air manis yang diminum

    Contoh:

    Kalau anda minum teh tarik segelas, jadi anda kena tambah segelas lagi air kosong untuk seimbangkan berat badan, kiranya neutralkan balik.
     
    Jika anda amalkan, in sha Allah anda akan dapati;
    1) Kurang rasa lapar, yang paling penting selera makan pun berkurang, walaupun ayam golek depan mata
    2)Buah pinggang dapat air yang cukup untuk proses pembakaran gumpalan lemak (penting nii!!)
    3)Berat badan jadi seimbang, tidak terlalu kurus dan tidak telalu gemuk.





    Tuesday, November 12, 2013

    Demam Denggi

    Akhir bulan Oktober 2013 dengar khabar jiran kena demam denggi. Kena tahan ward juga la beberapa malam. Alhamdulillah tak melarat dan dah sembuh jiran saya.

    Khamis, 30 Oktober 2013 saya pergi kerja macam biasa tapi badan dah rasa seram sejuk. Saya abaikan saja sebab selalunya dah macam-macam kerja di ofis, automatik terus baik. Tapi, sangkaan saya meleset. Saya terus demam, sakit kepala dan rasa tak larat sangat. Petang tu juga ubby datang jemput di ofis dan terus ke klinik.

    Bermula lah episod demam tak larat dan tak boleh bangun sampai hari Ahad. Dengan sakit tekak, tak lalu makan, lemah badan. Ubby lah yang setia bagi makan ubat tengah-tengah malam lap dahi saya sebab badan panas sangat. Isnin tu tak sedap hati terus ke klinik kerajaan ambil darah. Hasilnya memang bacaan platlet darah ada turun sikit. Selasa cuti, jadi ulang semula amik bacaan darah hari Rabu berikutnya.

    Pagi Rabu pula, badan dah naik macam ruam tapi tak timbul, penuh satu badan. Risau sangat terus ke kecemasan Hospital Putrajaya. Kena drip sebotol setengah air sambil tunggu result darah. Bacaan 100 tapi dibenarkan balik dan sambung ambil darah esok di klinik kesihatan sahaja.

    Rutin Khamis dan Jumaat memang ke klinik dan ambil darah je. Badan lemah, sakit sendi dan ada rasa gatal di tapak kaki dan tangan. Ambil tekanan darah pun tinggalkan kesan macam kena cubit kuat kat kulit.

    Walaupun dah mula bekerja Isnin lepas, tapi kepala masih pening-pening dan selera makan belum pulih sepenuhnya. Kadang-kadang rasa badan macam menggigil dan seperti di awang-awangan....

    Penangan demam denggi ni jangan buat main....

    Nak kongsikan sedikit info yang saya jumpa:


    Pengenalan
    Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

    Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

    Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
    Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

    Tanda dan gejala
    • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
    • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
    • Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai "breakbone fever".
    • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
    • Muntah dan kurang selera makan.
    Pemastian diagnosa penyakit

    Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).
    Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
    NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
    Rawatan
    • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
    • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
    • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
    • Mandi jerlum.
    • Antibiotik tidak diperlukan.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...