Friday, August 16, 2013

HARI RAYA AIDILFITRI 1434H/ 2013

Alhamdulillah, selesai sudah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Kita umat Islam meraikan pula hari kemenangan di bulan Syawal.

Sedikit sedih kerana Ramadhan tahun ini sedikit sangat amalan yang dapat dilakukan kerana kesibukan tugas duniawi sebagai hambaNya yang lemah. Semoga amalan yang sedikit itu diterima.

Tahun ni giliran beraya di rumah saya. Terus-terang saya memang takde nafsu nak beraya tahun ni. Mana taknya, bulan puasa yang dirasakan terlalu cepat berlalu, terkejar-kejar dengan urusan dunia, dapatkah saya sambut Ramadhan lagi pada lain kali??? Astagfirrullahhalazim... 

Sambutan secara bersederhana,bermaaf-maafan di pagi raya. Cuma abang saya saja yang beraya di rumah mertua. Memang selang seli macam ni supaya mak ada pembantu di pagi raya. Saya dan adik bongsu takpe, umah mertua dekat sekangkang kera je.

Ada orang tanya kenapa mesti isteri letak tangan atas perut suami, dan rata-rata memang saya nampak gambar macam ni....kebetulan kot..hehehe

Sofea belum cakap apa-apa lagi dah mengalir air mata...huhuhu

Giliran Syameel pula.

Syameel minta maaf, kakak..


Ibu jangan garang-garang lagi yer...hahaha

9 tahun beraya bersama baru kali ni bermaaf-maafan secara tertibnya...


Peluk kiri,peluk kanan...oh bapa mertuaku!!



=)



Adik bongsu dan suami dia


Giliran mak ngan ayah pulak.



I dapat duit raya tahun ni....=)





Giliran cucunda dan anak buah salam pulak.

Semoga bahagia selalu..



Dan akhir sekali, juadah di pagi raya.








p/s: Raya tahun ni menguruskan 3 anak...letih mak! Nasib takde drama swasta...eh!


4 comments:

1na said...

syidah,

seronok la tgk gambar raya korang...

Selamat Hari Raya utk syidah sekeluarga

Kartini said...

seronoknya tngk gmbr raya akak...kite tahun ni tak de lansung gmbr raya..rumah sgt suram di pagi raya..

Nurul said...

tangan letak kat perut suami sebab biasanya perut suami lebih menonjol berbanding isteri. Suami leh letak tgn kat perut isteri hanya bila isteri tengah mengandung jer..ahahaha

tulip said...

shida, akak x penah letak tangan kat perut en din time gambar bersama. pas ni kena try la... hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...