Tuesday, July 30, 2013

I'm not a SUPERWOMAN!

Hari baik, bulan baik, tapi tak dapat dimanfaatkan sepenuhnya..
Adakah saya mengeluh?
Tidak, kerana saya memilih jalan ini

Tapi...

src

Saya insan biasa,
punya banyak kelemahan,
saya bukan robot juga,
rasanya kalau robot pun boleh rosak.

Dunia, dunia...
Dulu, masa mak ayah besarkan saya,
diorang sama lah di situasi saya,
Sekarang saya pulak yang sedang mengalami situasi yang sama.
Berdasarkan pengalaman,
sampai sekarang pun tanggunggjawab tu takkan selesai.
Dah jaga, didik dan asuh,
Kena kahwinkan.
Dah berkeluarga, bermasalah, balik ke mak ayah jugak.

Amal ibadat ibarat setitis air di lautan luas...
Ya Allah jadikanlah segala tanggungjawab ini,
Amal ibadat yang diredhai olehMu.
Sesungguhnya...
sayalah hambamu yang lemah...

 








p/s: jiwa kacau....orang lain yang punya onar, orang lain jugak yang terbabit sama

Tuesday, July 23, 2013

~_~

Puasa tahun ni memang tak produktif langsung. Rasa tak cukup masa, masa cepat sangat berlalu. Buka memang setakat ni beli je hari-hari. Sekali je kot masak spaghetti utk Sofea n Syameel.

Sampai rumah dah pukul 6.45 ptg paling awal, paling lewat 7.15ptg. Sampai jek memang kelam kabut nak hidang atas meja dengan Syazwan yang melalak tak boleh nak letak langsung. mencabar keimanan sungguh. Solat maghrib bergilir lepas tu sibuk kemas-kemas, masak lauk sahur, tengokkan kerja sekolah anak sambil ubby memang kena jaga Syazwan.

Keletang keletung dah pukul 10 malam, Syazwan nak mengempeng tidur pulak. Solat Isyak (kadang-kadang solat waktu bangun sahur sebab dah terlena) pastu tidurkan Syazwan. Solat terawikh sempat buat hari pertama je, pastu cubaan semua gagal. Niat dalam hati, tapi tak mampu... Pukul 4pg dah bangun siap-siapkan makanan, masak sayur, portionkan susu Syazwan dan kemas beg anak-anak. Skrg pukul 4.30pg baru bangun, terus tak tidur lagi. Sofea n Syameel makan mesti bersuap kalau tak memang lambat dan makan sikit lah. 

Kemas-kemas semua dah terus mandi dan solat Subuh. Ubby dapat tidur sekejap pun jadilah. Pukul 6 kejutkan anak-anak dan ubby yang mandikan diorang. Siap-siap semua, pukul 6.55pg terus keluar rumah.

Setiap hari macam tu. Masa untuk sahur jek. Orang lain boikot PARAM, tapi saya hari-hari PARAM.

Dugaan-dugaan lain pun datang bermacam cara, dengan tayar FORTE koyak dan botak, kena ganti 4 sekaligus. Kopak RM1k, baru berangan nak shopping baju raya....kena tangguh dulu. Last minit preparation lah jawabnya...

Baju raya anak-anak yang penting, kita yang dah tua ni tak kisah sangat....



p/s: fuh kanan fuh kiri....cepatlah hilangkan emosi yang stabil ni....kalau tak asyik sentap je mak!




Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan 1434

Alhamdulillah, semalam Syameel dapat puasa penuh. Nampak lebih bersabar sebab mungkin dah bertambah usia dah faham macam mana puasa tu. Hari ni pujuk untuk puasa lagi.

Semalam layankan dia n Sofea nak Slurpee. Buka makan nasi dagang saya suapkan dua-dua orang sekali, saya dan ubby makan nasi lemak sorang sebungkus dengan apam Malaysia sorang sebiji. Ada juga beli donut dan rebus mini sosej. Tambah dengan air ribena sejuk. Saya minum air kurma merah segera tu. Buat suam-suam.

Masak malam tadi dah pukul 10mlm, garam pulak lupa nak beli. Ubby pulak dah tidur sebab macam tak berapa nak larat. Nak tak nak terpaksalah jugak suh dia beli garam. Kalau tak, sama ada tak masak atau masak tanpa garam.

Menu sahur pagi ni kentang+suhun+carrot+telur tumis air. Sambal cili padi+ikan bilis dan ikan jaket goreng. Suapkan Sofea n Syameel bukan main berselera lagi. Saya cuma makan lauk dan minum ESP je pagi ni. Tak rasa nak makan nasi.

Syazwan pun sibuk bangun jugak. Aduhai...kalau bangun tu nak main-main sendiri takpe, ni dok la nak melekap ngan kita. Keje sikit jadi banyak....Haru-biru jugak la...

Perihal BF

Sekarang ni memang bekalkan fresh EBM 16oz  ke taska. Sehari dapat pam kat ofis paling banyak 12oz, paling sikit 10oz. Nak cukupkan demand, kat rumah akan tandem pam lagi 2 kali sampai cukup 16oz atau lebih.

Stok susu ada dalam 80oz++ awal minggu ni. Tapi, sampai hari ni dah curi 4oz sebanyak 2 kali nak cukupkan bekalan ke taska. Selalu turunkan 12oz, dan naikkan yang baru 8oz. Jadi walaupun curi stok, dapat jugak rotate stok baru. Pam pagi dan pp tgh hari selalunya dapat lah 4 oz, kalau nasib baik dapat lebih.. Petang meang akan dapat dalam 2 -3 oz je. Tapi saya pasrah je, malas nak stress sgt.

Dah dapat exclusive bf 6 bulan dah bersyukur sangat. Lagipun sekarang dah makan macam-macam, jadi kalau sehari campur sebotol ngan susu formula ok je. Badan sendiri nak kena jaga jugak, kang nak kejar semua yang dikendong berciciran pulak. Pada saya, selagi saya dapat kekalkan menyusu badan walaupun campur dengan susu formula dah sangat bersyukur. Saya masih pam 3-4 kali di ofis, balik pun pam jugak dan kalau cuti hujung minggu pun memang kerap bagi susu dan tandem pam lagi.





p/s: macam-macam dugaan bulan puasa ni, semoga saya dapat hadapi dengan sabar....

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kali ini...

Salam Ramadhan untuk semua yang singgah baca blog saya....

Sana sini tengok semua update pasal persiapan hari raya...Saya pulak, eh puasa belum lagi!!!

Lagipun mood raya belum mari. memandangkan raya ni bertembung dengan due date data kena keluar, memang lambat lah balik kampung. Bermalam raya di ofis dulu baru balik kampung. Lagi malas, balik kampung pagi raya. 

Terpikir nak hantar budak-budak balik kampung dulu buat meramaikan rumah mak ayah dulu. Syazwan, masih dalam pertimbangan...hehehe...berdua-duaan pulak karang kitorang laki bini. Lagi sayu kot..hahahaha..

Tahun ni Sofea tak sabar-sabar nak tunggu bulan Ramadhan, dia memang takde masalah bab-bab puasa ni. Tahun ni jugak kena latih Syameel belajar berpuasa. Tahun lepas berjaya puasa 2 hari penuh saja. Tahun ni harapnya dapat mengikut jejak langkah Sofea yang mula berpuasa penuh pada umur 5 tahun.

Sahur pagi tadi nampaknya ok saja bangun dan makan. Saya suapkan dua-dua sekali. Pukul 4.15pagi saya dah bangun. Masak bening sawi dan goreng ayam. Nasi dan sambal terung+ikan bilis dah siap masak waktu malam.

Lepas sahur, diorang tidur semula, saya pulak kena lah siapkan apa-apa yang patut. Dapat lelapkan mata dalam kereta masa nak ke ofis. Syukurlah ubby dapat hantar pergi kerja buat masa ni.

Semoga Ramadhan kali ini dapat saya manfaatkan dengan amal ibadat yang lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Semoga Ramadhan kalian juga begitu. Amin...









p/s: Dapur lebih banyak berasap dalam bualn ni dari bulan-bulan yang lain. Chef pening nak fikir menu...=D






Monday, July 08, 2013

Result Exam

Keputusan peperiksaan KAFA Sofea. Alhamdulillah, walaupun dapat nombor 4, tapi peratus meningkat. Bab Sirah je lemah sikit. Masa periksa haritu saya berkursus, jadi ulangkaji versi ayah agak longgar sedikit. Heheheh... Lupa nak ambil gambar result akhir tahun lepas.

Berdebar-debar nak tengok keputusan anak. Sampai mimpi-mimpi....Rupanya si anak bertuah ni dah tahu keputusan dia, cuma nak bagi surprise kat ibu ayah dia, dia diamkan sampai hari ni...Bertuah betul! Sekolah pagi tak best sangat jumpa cikgu sebab bukan boleh tengok report card macam ni. Kali ni fight sikit sebab dah ada pembahagian kelas ikut keputusan peperiksaan tahun lepas. Alhamdulillah, Sofea di kelas pertama. =)

 



 p/s : Belajar pandai-pandai anak ibu, untuk masa depan kamu bukan untuk siapa-siapa. Bila jadi orang pandai pula, jangan suka cakap besar tapi habuk pun tara.....

Tuesday, July 02, 2013

FREE!!!




Belajar dari kesilapan,

Belajar dari pengalaman,

Bermaksud juga, kena terhantuk jugak dulu baru nampak ada halangan rupanya di depan.

Tapi kalau dah terhantuk berkali-kali tak serik jugak, saya rasa ada sesuatu yang bermasalah di situ....

Selepas pengalaman-pengalaman berharga ini, saya sudah belajar apa yang sepatutnya.

Lesson learned!



 src




p/s: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
       bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...