Pertengahan Jun haritu Syazwan demam. Demam kuat jugak lah nak dibandingkan sebelum ni dia belum pernah demam. Cuma sakit mulut (dalam mulut ada putih-putih) dan batuk berkahak.
Mula demam hari Khamis dan berlarutan hingga hari Ahad. Jumaat petang tu dah dibawa ke klinik selepas ubby balik dari kerja luar.
Selalu kan, masa suami takde lah anak demam lah...itu lah...ini lah...
Hari Selasa dah hantar ke taska sebab takde penyakit berjangkit dan demam memeng dah betul-betul sembuh, cuma bintik-bintik merah tu je yang masih berbaki.
Penuh bintik merah satu badan
Sabtu lepas pula,
Sekolah Sofea buat temasya sukan tahunan. Sofea masuk satu persembahan ke apa ntah macam senamrobik tu. Lagu Bara-bara ko...kemain lagi. Tapi, tapi, tapi.....yang tak bestnya tak pakai tudung. Nak kata tak bagi masuk, budak dah excited. So nasihat je lah, sekali ni saja. Lepas ni kalau nak sertai apa-apa make sure aurat kena jaga.
Persiapan..
Aksi di padang.
Penyokong setia...
Budak ni macam kembar Sofea, sebaya tapi dia besar sikit dari Sofea.. sekelas pagi dan petang. Diorang kata cikgu dan ustazah pun ingat diorang adik-beradik.
Lepas je persembahan Sofea, kami tak dapat nak tunggu sebab kena balik kampung. Makcik dah jemput kenduri kahwin anak bongsu dia, dah lah anak perempuan je sorang. tak pergi kang tak baik pulak. Jadi dalam kesemputan jerebu dan poket, kami gagahkan jua pulang ke kampung.
p/s: Mood update blog lambat masi jadi asyiklah update cerita basi....
No comments:
Post a Comment