Friday, April 26, 2013

Rutin Sekarang

Sejak Syazwan dah mula makan ni, rutin bangun pagi dah berubah.Saya bangun jam 5.45pagi atau lebih awal. Selagi mampu ingat nak masak jugak. Selain tu berazam jugak nak sediakan makanan pagi untuk Sofea dan Syameel.

Masak bubur Syazwan senang je sebab saya dah blend siap-siap beras yang dah dibasuh dan dikeringkan. Masukkan air, letak serbuk beras tu dalam 2 sudu pastu biar dia masak. Dah kembang baru masukkan puree lobak merah atau brokoli dan kentang. Kadang-kadang saya masukkan juga serbuk ikan bilis dari ikan bilis yang dah dibasuh, dikeringkan dan dikisar.

Minggu depan baru nak cuba letak ayam dan ikan selain sayur-sayuran. Labu dan kledek pun saya belum cuba lagi.

  Guna periuk kecil turun temurun dari mak saya

 Puree yang dah buat awal-awal dan bekukan. (kentang/lobak merah dan brokoli)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dan yang akhir sekali tengoklah peti sejuk beku saya yang lengang....Baru dapat kumpul 5 pek x 6oz. Sekarang ni perah hari ni, minum esok. masih maintain bekalkan 6 botol x 3oz. Selalunya habis, kadang-kadang je baki satu botol.







Budak gonek yang dah cecah umur 7 bulan Sabtu lepas. Alhamdulillah....

Selamat berhujung minggu semua!!!!





p/s: selesai satu masalah, datang pula masalah lain. Lumrah kehidupan, tak lekang dari cabaran...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...