Saya baru saja update entry berkaitan dengan stok susu untuk Syazwan. Bukan rezeki Syazwan bilamana semua stok ebm yang saya simpan cair.
Tragedi yang sangat tragis ni berlaku pada 12 April 2013/ Jumaat lepas. Selalunya sebelum keluar pergi kerja, saya akan periksa semua suis dan peti sejuk. Pagi tu entah macam mana saya cuma tengok dari pintu depan rumah, tak periksa dalam rumah pun. Hari tu juga saya tertinggal hp di rumah.
Petang, macam biasa ubby ambil saya. Dengan tenang dia beritahu yang BIL ada telefon beritahu yang peti sejuk sebelah atas tak tutup rapat. Masa tu memang saya panik sungguh. Terus telefon BIL tanya apa yang berlaku sebenarnya. Dia kata peti sejuk dah berbunyi kuat jugak masa dia balik pukul 4ptg, ada air mengalir kat bawah peti sejuk dan dia dah mopkan. Bila tanya bab susu, dia kata semua cair...... MasyaAllah....luruh semangat saya dengarkan. Tapi saya diam je.
Dalam perjalanan balik memang saya diam je. Kalau boleh nak '
orb' ke rumah je. Sampai rumah, tarik nafas dalam-dalam dan buka peti. Memang berpeluh habis dalam peti, puree Syazwan pun dah bercampur dalam bekas. Susu masih sejuk tapi memang 70% cair. Saya tenangkan diri, ambil gambar,
update status dalam fb sambil duduk di kerusi tepi peti sejuk. Peti tu macam tak panas, selalu kan rasa tepi dia macam panas sikit. Saya dah risau takut rosak je. Nasib baik peti bawah tak
effect apa-apa, masih sejuk seperti biasa.
Saya keluarkan isi dalam peti atas tu semua, saya lap air yang bertakung dan yang berpeluh tu, dan saya tutup pintunya. Saya
off dan
on semula suis peti sejuk dan saya duduk semula tepi peti sejuk. Baru macam ada bunyi enjin dan makin lama rasa suam-suam tepi badan peti sejuk. Syukur peti sejuk tak meragam.
Ni semua stok beku ebm Syazwan. Saya kira ada 24 pek x 9oz. Yang dalam bekas tu puree dan bubur beku.
Setelah dikeluarkan dari storage bag.
Ubby yang siram kat pokok-pokok depan rumah malam tu. Sofea temankan dia, saya memang tak sanggup nak tengok. Ada hikmah di sebaliknya, saya positif saja. Taknak fikir-fikir sebab saya ada misi yang perlu diteruskan. Jadi minda dan fizikal kena gembira tak boleh sedih-sedih.
Semoga Allah murahkan rezeki Muhammad Syazwan Nasree dan izinkan saya teruskan perjuangan menyusukan dia sampai umur 2 tahun. Amin...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambar ni diambil di pagi Sabtu selepas kejadian tragis tu. Depan SOGO dengan maksu (adik saya) dan bakal suami dia.
Ya, adik saya akan bernikah (nikah khitbah/gantung) pada hujung minggu ini. Jadi, sedih tak sedih saya kena bantu dia beli barang-barang hantaran dan persiapan untuk majlis nanti. Adik saya sudah mendapat penempatan sebagai Jururawat di HKL dan akan melapor diri dalam waktu terdekat. Sebab tu bakal suami dia bercadang untuk bernikah lebih awal walaupun terpaksa menjadi pasangan jarak jauh. Tapi, bagi saya baguslah sebab nanti dah halal nak datang pun ibu bapa saya dah tak risau2 lagi.
p/s : Sekarang kena bangun malam pam susu jugak nak cukupkan demand Syazwan ke taska. Nasib baik kena hujung minggu, kalau tidak memang kelam kabutlah saya. Tengok, Allah nak uji pun bagi diskaun lagi masa yang sesuai. Saya 'follow the flow' dan teruskan berusaha dengan izinNya. =)