Friday, March 29, 2013

Cuti Sekolah & Solid Food Syazwan

Cuti Sekolah dah bermula. Saya awal-awal lagi dah mohon cuti dari Isnin sampai Rabu. Saja temankan anak-anak kat kampung. Ubby kerja macam biasa. Rabu malam baru ambil saya di Melaka. Ayah hantar sampai Melaka je...separuh jalan..

Macam biasa aktiviti di kampung, makan dan bergosip. Lagi-lagi adik bongsu saya ada di rumah sebab belum dapat penempatan bertugas lagi.


 Ambil angin kat Taman Batu..

 
 Gambar Syameel n Sofea je, masa ni Syazwan tdo dalam kereta dengan atuk nenek.

Aktiviti lain, ke kebun atas bukit ayah saya. Dah setahun lebih tak dapat pergi sebab mengandungkan Syazwan....Lepas subuh dah gerak. Bukan buat kerja pun, sarapan, lepak2 dan balik...hehehee

 Bukti Syazwan dah sampai kebun atuk.


Ada pula rezeki nangka masak sebiji..

Solid food Syazwan

Syazwan dah mencecah umur 6 bulan 20hb yang lepas. Jadi, dah boleh makan!!! Percubaan pertama bagi makan bubur nasi. Hari kedua cuba lobak merah campur dengan nasi. Reaksi dia muka pelik dan mata kejip-kejip...

Hari ketiga cuba brokoli pulak. Terus Syazwan dapat satu ilmu baru. Ilmu geleng kepala....heheheh...kalau taknak je geleng-geleng. 


Balik dari kampung dah malam sangat, jadi tak sempat nak buat puree atau bubur nasi. Nak beli Cerelac ke apa pun tak sempat. Semalam hantar ke taska, pukul 3.30 petang cikgu Sayzwan dah call sebab susu dah sampai botol ke 7.

Nasib ubby cepat boleh ambil dari taska. Malam semalam terus ke JJ cari apa yang boleh dicuba. Jadi saya beli makanan ni perasa labu dan pisang. Bekalkan ke taska hari ni. tak tahulah dia nak ke tidak. Kat rumah tak sempat cuba sebab balik pun dah malam dan Syazwan pun dah nak tidur.

 




p/s: Macam baru jaga anak sulung, semua benda dah lupa...=D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...