JANGAN TIRU AKSI INI!!! (baca ala-ala Abg Aaron di Fear Factor)
Seat belt pakai tau...kalau ada polis tinggal tarik ke dada je...
Pandu dengan berhati-hati...=)
AKIKAH MUHAMMAD SYAZWAN NASREE
Pengertian
Akikah
Menyembelih binatang
ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah
Hukumnya sunat
muakkad dan wajib jika bernazar
Sebaik-Baik
Akikah:
2 ekor kambing untuk
bayi lelaki1 ekor kambing untuk bayi perempuan
Akikah afdal
dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika
sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri
Syarat-Syarat
Akikah
- niat akikah ketika
menyembelih
- menyembelih binatang
ternakan yang halal dan tidak cacat
- menyembelih binatang
yang cukup umur
- memenuhi
syarat-syarat sembelihan
Daging
Sembelihan Akikah
- tidak wajib
disedekahkan kepada fakir miskin
- sunat dimasak manis
dan dibuat jamuan
- sunat tidak
mematah-matahkan tulang akikah
- mencukur rambut bayi
selepas penyembelihan binatang akikah
- dilakukan hari ke7
kelahiran bayi
Hikmah Akikah
-
tanda kesyukuran
kepada Allah atas kurniaan zuriat
- mengeratkan
silaturahim di kalangan masyarakat
- mendekatkan bayi
yang baru lahir dengan penghayatan Islam
- menghebahkan kepada
anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah
Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua telah dapat di akikahkan masa bayi lagi. Semuanya juga menumpang Majlis Maulud Nabi yang setiap tahun di adakan bersebelahan halaman rumah saya sebab ayah saya orang kuat dalam Kumpulan Yassin kampung. Jadi 2 in 1, tak payah nak jemput2 orang lagi, memang ramai orang kampung dah hadir. Cuma tak buat bercukur je sebab rambut Syazwan memang sikit sangat.
Kambing ni tunggu giliran..
Atuk yang sembelih.
Beramah mesra...ni lah kawan-kawan saya =)
Selingan
Gotong royong bermula
Anak-anak dara/bujang seronok tolong basuh pinggan
Makan tengah hari lepas siap gotong royong. Lauk ayam goreng dan sayur kampung
Makan malam sebelum ceramah. Masa ni baru makan lauk akikah dan nasi beriani.
Mak makan kat dapur je...SIL temankan.
Berbaju Melayu Abang Syameel punya...=) Gigih maksu belikan walker murah nak suh Syazwan naik.
Atuk bagi ucapan aluan dan lepas tu ceramah pun bermula.
p/s: seronok duduk kat kampung. Ada gotong royong, masak ramai-ramai.... sehati-sejiwa je...=)
1 comment:
tak jemput pun kak pB
hu hu hu
Post a Comment