Friday, March 29, 2013

Budak Gonek!



Cuti Sekolah & Solid Food Syazwan

Cuti Sekolah dah bermula. Saya awal-awal lagi dah mohon cuti dari Isnin sampai Rabu. Saja temankan anak-anak kat kampung. Ubby kerja macam biasa. Rabu malam baru ambil saya di Melaka. Ayah hantar sampai Melaka je...separuh jalan..

Macam biasa aktiviti di kampung, makan dan bergosip. Lagi-lagi adik bongsu saya ada di rumah sebab belum dapat penempatan bertugas lagi.


 Ambil angin kat Taman Batu..

 
 Gambar Syameel n Sofea je, masa ni Syazwan tdo dalam kereta dengan atuk nenek.

Aktiviti lain, ke kebun atas bukit ayah saya. Dah setahun lebih tak dapat pergi sebab mengandungkan Syazwan....Lepas subuh dah gerak. Bukan buat kerja pun, sarapan, lepak2 dan balik...hehehee

 Bukti Syazwan dah sampai kebun atuk.


Ada pula rezeki nangka masak sebiji..

Solid food Syazwan

Syazwan dah mencecah umur 6 bulan 20hb yang lepas. Jadi, dah boleh makan!!! Percubaan pertama bagi makan bubur nasi. Hari kedua cuba lobak merah campur dengan nasi. Reaksi dia muka pelik dan mata kejip-kejip...

Hari ketiga cuba brokoli pulak. Terus Syazwan dapat satu ilmu baru. Ilmu geleng kepala....heheheh...kalau taknak je geleng-geleng. 


Balik dari kampung dah malam sangat, jadi tak sempat nak buat puree atau bubur nasi. Nak beli Cerelac ke apa pun tak sempat. Semalam hantar ke taska, pukul 3.30 petang cikgu Sayzwan dah call sebab susu dah sampai botol ke 7.

Nasib ubby cepat boleh ambil dari taska. Malam semalam terus ke JJ cari apa yang boleh dicuba. Jadi saya beli makanan ni perasa labu dan pisang. Bekalkan ke taska hari ni. tak tahulah dia nak ke tidak. Kat rumah tak sempat cuba sebab balik pun dah malam dan Syazwan pun dah nak tidur.

 




p/s: Macam baru jaga anak sulung, semua benda dah lupa...=D

Thursday, March 21, 2013

Celebrity Ke?

 Balik Klinik singgah ofis, habis kena kerumun dengan aunty2...hehehe...Layan gambar je lah...


 








Wednesday, March 20, 2013

Di suatu petang...

Tengah asyik menikmati Nasi Mandy Kambing, dengar satu suara, " Orang diet tak makan nasi utk dinner...."

Yang tengah makan ni sentap tak???

Huhuhuhu....







p/s: motif - sila ikut menu diet sihat anda dengan berdisiplin. Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 19, 2013

Dulu dan sekarang

Dulu-dulu,
Kalau gaduh mesti nangis-nangis, merajuk dan sentap.
Kalau merajuk mesti nak kena pujuk baru ok.
Kalau tak puas hati tarik muncung 2 jengkal.

Sekarang,

Kalau gaduh cakap lepas tapi perlahan-lahan asal dapat lepas perasaan.(tu yang macam merempan kat dapur sorang-sorang masa basuh botol anak)
Kalau merajuk pujuk hati sendiri supaya tak lebih melarat.
Kalau tak puas hati bangun buat sendiri sambil pujuk hati orang lain pun penat jugak.(sambil hempas barang kalau boleh nak hempas diri jugak)

p/s: ni cerita orang lain bukan cerita saya ;p

Monday, March 18, 2013

Weekend

Sabtu - Kebetulan Sofea ada sekolah ganti dan ada perjumpaan dengan guru di Smart Reader Kids, maka panjanglah langkah sampai ke IKEA.

Jalan dah tengah hari maka parking pun penuh, terpaksa parking di The Curve. Takde masalah, lagi panjang lah langkahnya kan...

Pertama-tama sekali cari tempat makan, pusing punya pusing akhirnya ke Chicken Rice Shop jugak. Tekak Jawa kalau tak jumpa nasi memang tak sah...hahaha...marahlah orang Jawa kang! Dah lepas isi perut barulah ada tenaga nak berjalan. Terus ke IKANO solat Zohor dan terus ke IKEA. Tak beli barang apa pun, cuma cari tempat nak letak baju anak bujang kecil ni dan terjumpa pulak meja belajar yang sesuai untuk Sofea. Memang tengah survey meja untuk Sofea buat homework, asyik lah buat kerja kat ruang tamu.

SNILLE Kerusi pelawat IKEAIKEA PS Almari pakaian yg kemas IKEALAIVA Meja IKEA

Beli 3 barang utama ni dan terambil beberapa barang-barang kecil...

Siap beli barang yang dicari, terus ke Chocolate Lounge...Minum petang sambil bersantai katanya....

  Hikmat tangan berbayang!!!
 







 Memang dah lama nak makan benda ni, dulu rasanya ada di One Utama. Tapi masa kami cari tu dah takde pulak atau kami yang tak jumpa.

Nyum, nyum! 

Anak-anak seronok, ibu lagi lahhhhh... 

 Saya dan ubby kongsi je....



 Sesambil tu bagi Syazwan rasa nikmat buah limau....berkedip2 mata tahan masam...padahal taklah masam sangat...



 

Sebelum balik, cuci mata tengok kereta Ford Focus dan Sofea main kamera ambil gambar sana-sini.



p/s : dah lama tak keluar jalan sehari suntuk macam ni. Tangan semua sengal-sengal, ada hati nak singgah Uptown segala, tapi nasib baik tak dapat parking. Adakah ni faktor2 penuaan???  huargghh...


Thursday, March 14, 2013

Perihal Susu Ibu

Dari petang semalam hasil perahan selalunya 4 ke 5 oz, tapi sentap sket sebab hasil jadi 2oz je. Perah dalam kereta on the way dari ofis ke taska anak-anak, dalam hujan ribut tapi ubby yang drive. Stress kah???

Pagi ni, pam pada waktu biasa juga hasilnya 2 setengah oz. Takpe, jam 11pg saya pam lagi dapat almost 4oz. Maka hari ni saya berazam untuk pam 2 jam sekali setiap sesi 20 minit. Tgh hari nanti nak buat 'pam berkuasa'

Saya redha dan tawakkal. Semoga susu untuk Syazwan cukup sehingga 2 tahun nanti...=)

Wednesday, March 13, 2013

It's 9 Years!

13.3.13

Bangun pagi-pagi, kemas beg Doraemon, jumpa satu kotak asing tak pernah nampak. OMG!!! dapat hadiah 
anniversary...HOORAYY!!! 


Oh, tak ada hadiah pun takpe, tapi dah belikan tu memanglah suka kan! Terima kasih ubby, sudah 9 tahun usia pernikahan ini. Semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa. Terima kasih juga kerana menjadi pelengkap hidup ini. 

Tetiba tak pandai nak buat ayat...hahaha..

 Dengan rakus sopan hadiah dibuka...comeinya...comeinya!!!

 tak senonoh, baru lepas mandi tu, tak sabar2 nak cuba kan... menitik2 air ada kat tangan


p/s: harus lebih mithali lepas ni...=p. Jom candle lite dinner!

Monday, March 11, 2013

Akikah

 Nak cerita pasal akikah Syazwan, tapi sebelum tu...

JANGAN TIRU AKSI INI!!! (baca ala-ala Abg Aaron di Fear Factor)

Nak jimat masa kononnya. Masa ni kena drive sendiri gi kerja sebab ubby nak Work From Home katanya...Jadi, saya kena hantar anak-anak ke sekolah dan taska/tadika. Malam pulak Syazwan menyusu sebelah jek, maka cik B sebelah rasa berat je. Tak boleh jadi ni, lepas hantar Syameel di SRK, saya terus pasang pam dan drive ke ofis. Dapatlah sebotol 5oz , campur dua-dua belah....=)
 
 Seat belt pakai tau...kalau ada polis tinggal tarik ke dada je...

Pandu dengan berhati-hati...=)



AKIKAH MUHAMMAD SYAZWAN NASREE

Pengertian Akikah 
Menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
Hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar

Sebaik-Baik Akikah:
                                        2 ekor kambing untuk bayi lelaki
                    1 ekor kambing untuk bayi perempuan

Akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri

      Syarat-Syarat Akikah
  - niat akikah ketika menyembelih
  - menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
 - menyembelih binatang yang cukup umur
  -   memenuhi syarat-syarat sembelihan

          Daging Sembelihan Akikah
  - tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
  - sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
 - sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
-     mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
 - dilakukan hari ke7 kelahiran bayi

     Hikmah Akikah
  -  tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat
  - mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
- mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
- menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah


Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Semua telah dapat di akikahkan masa bayi lagi. Semuanya juga menumpang Majlis Maulud Nabi yang setiap tahun di adakan bersebelahan halaman rumah saya sebab ayah saya orang kuat dalam Kumpulan Yassin kampung. Jadi 2 in 1, tak payah nak jemput2 orang lagi, memang ramai orang kampung dah hadir. Cuma tak buat bercukur je sebab rambut Syazwan memang sikit sangat.

 Kambing ni tunggu giliran..

 Atuk yang sembelih.

 Beramah mesra...ni lah kawan-kawan saya =)

 Selingan

 Gotong royong bermula
 Anak-anak dara/bujang seronok tolong basuh pinggan


 Makan tengah hari lepas siap gotong royong. Lauk ayam goreng dan sayur kampung

 Makan malam sebelum ceramah. Masa ni baru makan lauk akikah dan nasi beriani.


 Mak makan kat dapur je...SIL temankan.

 Berbaju Melayu Abang Syameel punya...=) Gigih maksu belikan walker murah nak suh Syazwan naik.

Atuk bagi ucapan aluan dan lepas tu ceramah pun bermula.


p/s: seronok duduk kat kampung. Ada gotong royong, masak ramai-ramai.... sehati-sejiwa je...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...