Pejam celik dah sampai hari ke 14 berpuasa. Alhamdulillah, saya masih berpuasa penuh. Sofea pun sama. Bulan puasa ni, dapur saya lebih banyak berasap berbanding bulan tak puasa. Berkat bulan mulia ni, dapatlah ubby n Sofea makan makanan hasil air tangan saya. Walaupun sekadar telur goreng simbah kicap...=)
Persediaan berhari raya satu apapun tak buat lagi. Saya cuma tempah kuih 2 jenis untuk umah mak dan MIL, dan 2 jenis kek. Baju, kasut, semua pun tak beli lagi. Ntah bila nak shopping pun tak tau. Mood raya tak mari lagi agaknya. Tahun ni beraya umah PIL. Tapi yang tak bestnya SIL tak dapat balik pulak. Dia balik masa hujung minggu raya tu. tapi sempatlah jumpa sebab pastu dia cuti lama. Kalau saya terbersalin masa tu pun bagus jugak sebab ramai ada.
Semalam
Semalam filter buruk saya pecah. Dah lah air tak bersih. Selalunya kitorang akan ganti benda dalam tu tiap-tiap minggu walaupun sebenarnya baru pasang pun dah kotor. Saya guna yang jenis ni je dulu menggantikan filter hijau tu pecah jugak.
Dahlah saya memang tak suka kalau tadah air warna kuning macam tu, rasa tak bersih je buat mandi. Nasib baik lah air kat dapur untuk memasak memang guna Dr. Azimuth. Sebelum balik kerja tu, 4-5 orang jiran call cakap air bocor keluar dari main paip. Saya ingatkan sikit jek, rupanya padanlah diorang call, memancut-mancut airnya. Panik jugak, nasib call buat aduan kat SYABAS, cepat jek ada orang datang betulkan. Buat sementara ni mandi dan air tangki memanglah air kuning tu.....
Tak boleh nak beli filter sekarang sebab nak beli baju raya semua. Bonus pun bonus jugak tapi dah ada cagarannya.
No comments:
Post a Comment