Thursday, January 19, 2012

Aduhai si anak dara..

Saya terlalu control dia kah atau memang budak-budak berperangai begitu? Saya cuma mahu dia hidup berperaturan dan tersusun. 

Setelah dua hari tak ke sekolah, hari ni saya teragak nak pergi. Ajak Kakak 2.  Sebab malam tadi Sofea ada cerita sesuatu yang mencurigakan saya. Dia kata dia makan sosej beli dari kantin. Saya cuba hadamkan cerita dia betul-betul tapi jadi berbelit-belit pulak. Saya syak ada sesuatu nih.

Kebetulan masa sampai tu, dia dah kat kantin. Nampak dia minta aiskrim kawan dia sket, ok fine tu memang kanak-kanak. Pastu Kakak 2 datang kat dia dulu sebelum saya datang kemudian, saja nak tengok reaksi dia. Lepastu borak-borak je macam biasa. 

Sekali terkeluar pulak, asyik makan aiskrim jek Yasmin ni. Yasmin kata Sofea yang suruh beli, eh...

Putri pulak menyampuk semalam Sofea makan aiskrim sampai  3 kali....mak ai....

Terus lah soal siasat berlaku sambil menahan hati. Sofea dah merah hidung dah. Sofea beli aiskrim guna duit Yasmin rupanya. Padanlah selalu kira dan tanya duit dia cukup je. 

Saya bukan bagi banyak pun macam yang pernah saya cerita sebelum ni lah.

Anak daraku....cemana lah ni. Baru semalam pesan. jaga duit sendiri tapi duit kawan jangan sesekali ambil/minta.

Terus ganti semula duit Yasmin dan sms mama dia. Alahai...Yasmin tu ada semput rupanya. Sebelum balik ke ofis pesan lagi kat Sofea, rehat nanti makan bekal tadi. Jangan beli-beli kat kantin. Yasmin tak boleh makan aiskrim kalau tak nanti dia sakit. 

Ulang dan ulang dan ulang lagi....

Sofea nangis pulak. Tenangkan dia dan pastu balik ofis. Kakak 2 nasihatkan sabar...sabar...learning process tu...

Sebab tulah rasa macam nak pasang CCTV jek kat sekolah...aduhai lah anak!

3 comments:

tulip said...

baca risau ko ni , akak pun jadi risau. cam mana la bila si nabil dh sekolah nanti... budak lelaki lagi la lain macam sikit perangai dia.. huhu

Nurul said...

hmm..budak2..sabarlah shidah. Insyaallah, lepas nih tak berani buat kot sebab rasanya sofea nih jenis dengar cakap.Mungkin masa tu dia seronok sebab boleh makan apa saja tanpa ibu dia sukat. Terasa bebas.

Irfa said...

awak..
anak saya bagi rm4 abis
bagi rm3 pun abis

sekali saya test sbb mmg xde duit kecik.sy bg rm5 pun abes..

tapi sy perasan makanan kat kantin skolah mahal..macam rega kat kafe saya keje je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...