Ahad pagi saya ke rumah mak ayah saya, masa tu air di laman dan di longkang memang penuh. Tapi biasa lah kan dah hujan tak berhenti-henti memanglah ada air. Saya start mengemas rumah mak dengan mengangkat karpet-karpet naik ke tempat tinggi, meletakkan barang-barang di bawah ke atas katil. Petang tu dalam jam 5 petang saya pulang semula ke rumah mertua untuk mengambil beg pakaian kerana cadangnya mahu tidur di rumah mak ayah saya malam tuh. Lagipun mak ayah saya dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mulanya saya mahu tinggal saja di rumah dan ubby pulang ke rumahnya mengambil beg pakaian, tapi ubby marah sebab takut banjir dan tak lepas ke rumah saya pula. Masin mulut dia, lepas maghrib kami ke keluar dari rumah mertua ke rumah mak ayah saya dah tersangkut di tengah bandar kerana air sudah melimpah dengan derasnya di jalan raya. Maka tak dapatlah saya pulang ke rumah mak ayah saya. Masa tu mak ayah baru sampai di Gemencheh.
Mak ayah tak lepas balik sebab air Sungai Kelamah dah melimpah ke jalan. Nak ikut jalan Bahau pun tak boleh kerana ada tanah runtuh. Terpaksalah mak ayah tidur di dalam kereta semalaman di Stesen minyak Shell Gemencheh. Esoknya, Isnin - 31 Januari 2011, ayah cuba juga mencari jalan ke Segamat. Dan terpaksalah melalui jalan jauh sehingga ke Muadzam dan patah balik ke Segamat. Petang baru selamat sampai ke rumah mertua dalam keadaan letih kerana berjalan jauh dan tidur tak selesa.
Selasa, 1 Februari 2011 - Lepas subuh mak dah ajak ayah balik ke rumah. Saya tak sampai hati nak biar diorang pergi berdua terus ajak ubby ikut. Anak-anak tinggal je dengan mak mertua saya. Sampai di bandar, masih belum boleh lalu untuk ke rumah mak saya. Tapi kenderaan seperti Hilux dan seumpamanya dah boleh lalu. Terus call bapa mertua saya, kebetulan nak dijadikan cerita bapa mertua saya baru tukar Merc dia dengan Hilux. Kami pun meredah lah air di jalan. Tinggalkan kereta ayah saya di bandar. Akhirnya selamat merempuh air dan terus ke rumah. Sepanjang jalan memang teruk sangat pemandangan.....sedih, sayu...semua ada....
Masa mula-mula sampai rumah....
Sebab dah pernah kena sebelum ni...dah dapat bayangkan betapa penatnya nak mencuci rumah.....
Depan rumah...
Nasib baik saya masukkan motor ayah ke dalam kawasan ni, kalau tak....tak tahu lah ke mana hanyutnya....
Buaian di tepi rumah, tersangkut kat tunggul kayu kalau tak...bye-bye...
Kawasan belakang tepi rumah.
Paras tingkap ke tiga...paras dada...
Ruang tamu
Ruang tengah ke dapur
Bilik 2...barang atas katil tak basah pun...ajaib kan...mungkin tilam tu floating kot....
Bilik mak ayah.....barang atas katil basah sume...tilam ni tak pandai floating...
Dapur...basuh pinggan mangkuk, periuk pion...macam kenduri....
Garaj kereta.
Aktiviti mendobi
hari ke -4 ...
Masih lagi banyak barang bertimbun tak kemas!
Tilam sume buang dan bakar....pasni pakai toto jek
Barang-barang yang sudah di cuci.
Separuh langsir dah siap dicuci...tunggu untuk dilipat..
Pinggan mangkuk macam kenduri
Saya sambung cuti kecemasan selama 3 hari. Badan pun tak tuned lagi nak kerja nih...malam jek seram sejuk demam....Ini adalah kewajipan saya membantu mak ayah saya. Yang penting nyawa selamat. Barang-barang hilang/rosak boleh diganti. Puas hati saya dapat tolong mak ayah sehingga selesai....
3 comments:
motor tu ok lg tak?
nauzzubillah. Sabar jer la. Bila tengok gambar2 nih, dpt lah bayangkan betapa teruknya banjur tuh. Minggu lepas akak pergi parit raja, kat hiway nampak lagi air yang belum surut..isk
teruk giler..gambar sblm cuci rumah and gambar luar rumah nampak mcm bkn kwsn umah dah..worst kan.. bila dah bersih blk baru nampak ok.. mmg penat laa..patut lah akak demam
Post a Comment