Alhamdulillah...setelah lama bercerita tentang 'keindahan' di dalam bilik di Klinik Pergigian, akhirnya semalam berkesempatan membawa Sofea membuat pemeriksaan gigi. Siap beli berus dan ubat gigi sebab rawatan untuk kanak-kanak adalah pada waktu petang Selasa dan Jumaat. Bila petang, mestilah lunch sume kan, sebelum jumpa doktor kenalah bersihkan gigi dulu.
Sebenarnya dari pagi dah pergi dah, tapi sebab kanak-kanak memang dah dijadualkan petang, terpaksalah saya saja yang menjalani pemeriksaan. Kononnya nak time off saja, berkesudahan terpaksa amik EL sebab kena berulang-alik ke Hospital Putrajaya (Pakar Bedah Mulut). Kes saya telah di rujuk ke Klinik pakar kerana minor surgery akan dijalankan untuk mengeluarkan gigi bongsu saya yang tumbuh baring. Dan telah dijadualkan pada 4 November ini....Lepas surf internet pasal pembedahan ni, rasa ngeri pulak nak buat. Tapi, kalau tak buang lagi menyusahkan pulak kan......Harap-harap semuanya berjalan lancar la.....
Berbalik pada cerita Sofea tadi, awal-awal kami dah tunggu depan pintu klinik sebab nak rebut nombor cepat. Dapat lah jugak nombor awal sebab masuk jam 2 ptg, 2.30 ptg dah siap. Duduk jek Sofea atas kerusi tu, dia pun dengan rela hati buka mulut untuk doktor periksa. Geraham dia ada lubang. Saya memang dah lama nak bawa gi klinik gigi dari nampak kaler coklat2 kat geraham dia tu sikit, sampai dah merebak besar. Teruk lah saya asyik tangguh-tangguh......
Dan penyelesaiannya doktor terpaksa buat tampalan, ikut saya, saya suruh doktor tu cabut jek biar tumbuh baru. Tapi doktor tu kata nanti lambat nak tumbuh. Nanti dalam umur 10 - 12 tahun, tercabut lah sendiri.....Tu pun dapat tampal satu jek sebab doktor taknak rawat lama-lama, taknak bagi kanak-kanak fobia....ada lagi satu lubang kecil sebenarnya di geraham lagi satu, tapi doktor suruh datang lagi lain kali. Kena cepat gak tuh, takleh tunggu lelama. tengoklah kalau ada kelapangan saya suruh ayah dia pulak bawa.
Sebab tak sakit, Sofea dengan seronoknya bercerita pada ayah, teacher di taska,kawan-kawan dia pasal pergi klinik gigi. Harap-harap sampai besar lah dia rajin nak jumpa doktor gigi. pasni Syameel pulak nak kena biasakan gi klinik gigi.....
5 comments:
Salam Syida,
Muaaahh!...muaahhhh...!!!!
Harap semua baik-baik saja.
Beraninya Sofea tuh...Kak Yan yang tua ni kalau nak jumpa dentist, terus seram sejuk.
huhuhu...ni nak buat minor surgery ni kak...ngeriii............doakan semua ok eh....
dah lama tak bersiaran ye,
hari tu geraham bongsu akak tumbuh baring jugak, puas doktor dok cabut sampai akak pun naik takut
dah buang dua-dua yang kat atas, ni nak buang yang kat bawah pulak :)
syameel punya gigi ok tak? damya dah start berlubang takut akak takut jadi mak nenek tak ada gigi :(
Huhuhu....atas saya ada satu lagi tak buang, senget sket tapi so far tak lah mengganggu. Yang bawah ni ha...
Syameel punya gigi ok, masih elok, tu pun nanti nak pujuk2 ajak gi klinik gigi...akak try lah main check2 gigi ngan damya, pastu ajak dia gi klinik untuk check. Nanti dah rosak rugi lah kak....
akak besa buat minor surgery..rasanya bulan 5 ke bulan 6 ari tuh..
x sakit, cuma lepas ubat bius hilang, baru rasa berdenyut2..2 hari gak ulang alik amik mc..mak akak pesan gak, kalo nak cabut, jgn time sakit..biar reda dulu, baru cabut..huhuhu..
last month, dah buang satu gak gigi geraham bongsu..kali nih cabut jek, no surgery..so, takde mc :P
tapi nih sakit plak dah gigi sebelah yg kena cabut tu...huhuhu..
Post a Comment