Wednesday, April 28, 2010

Happy Birthday Sofea Nafeesa


Alhamdulillah...tercapai impian Sofea nak sambut harijadi di SR. Hari ni saya ambil cuti sebab taknak rushing dan perlu menyelesaikan beberapa perkara.... Sepatutnya nak buat esok, tapi esok Sofea ada school trip pula ke KLCC - Aquaria & Petrosains jadi terpaksalah diawalkan sehari.....Crown tu saya jahit tangan sepenuhnya....hasil dari bimbingan secara maya (sebab tengok contoh kat blog jahitan dia) oleh cik Tini. Boleh pakai lama sebab belakangnya adjustable.....

Cuma potong kek, lollichoc yang ditempah dari Ayin dan Vitagen

Malam sebelum.... kek tempah dari sis Ellie


Teacher kelas Sofea...


Lepas semua urusan selesai, singgah ofis sis Tulip dan ambik coklat ni. Pesan dari Langkawi tuh...TQVM.....lupa pulak nak ambil gambar fridge magnet....gambar helang...

Tuesday, April 27, 2010

Stupid

Saya budak baru belajar...
Hallu!
Please define 'stupid' query as what u said?
Macam B.A.G.U.S
S>A>B>A>R
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Thursday, April 22, 2010

Tak paham

Saya keliru dengan sikapnya, makin menjauhkan diri dari saya seolah2 kami adalah orang asing yang baru mengenali satu sama lain. Mungkinkah ada perbuatan saya yang menyebabkan dia terasa hati atau memang dia sengaja buat begitu. Mungkin juga dia ingin bercampur dengan kawan2 baru. Saya tertanya-tanya tetapi saya selalu beranggapan bahawa dia sedang sibuk untuk berbual-bual dengan saya seperti dulu. Sesungguhnya hati saya terbuku dengan sikapnya, andai ada kesalahan saya bagitau lah terus terang......Saya tak mempunyai kakak, jadi saya sayangkan dia sebagai kakak dan dialah tempat saya bermanja dan mengadu nasib selain kawan-kawan rapat yang lain. Mungkin dia tak mahu lagi berkongsi masalah dengan saya seperti dulu. Mungkin dia dah penat melayan karenah saya...semoga segala anggapan saya salah belaka dan dia adalah dia yang dulu juga.....

Wednesday, April 21, 2010

ZOO Melaka - 17 April 2010


Alamak cerita basi....takperlah...

Ingatkan tak ke mana-mana. jadi rendamlah budak2 ni dalam kolam yang sekangkang kera tuh. Masing-masing pun memang gian nak duk dalam tuh. Awal lagi masa tuh dalam kul 8 lbih. Ayah dia pun tengah beradu lagi, saya mcam biasalah kan...bergelumang ngan baju2 yang belum basuh, sedang basuh dan sudah basuh.

Ntah macam mana ubby bgtau SIL call ajak gi Zoo Melaka. Dekat jek pun....dalam sejam perjalanan dari umah. Jadi, kitorang pun on jek la....




Sampai zoo pun dah kul 11 lebih. Nasib la banyak pokok tak ler perit kena matahari, tapi bahangnya tetap terasa.

Baru sampai...

Jalan jangan tak jalan....naik pulak kete baru...wakakaka...

Seronok sangat sampai liat nak balik.


Naik kuda sampai dua kali. Kagum sungguh tengok Hana yang tak takut langsung....Sofea takut-takut gak, tapi tengok Hana rilek jek...dia pun ok. Syameel pulak, harammmmm....pegang kuda pun takut.


Yihaaaaaaa!!!!

Yuhuuuuuuuu!!!!!

Balik tu, singgah Serkam Pantai. Pekena ikan bakar. Punya lah lama tak pergi sampai dah berubah tempat tuh. Dah tak tahu kedai mana yang selalu kitorg makan. So, tibai jek la memana kedai. Tapi kecewa sket sebab tak pat makan kupang masak pedas.......

Tuesday, April 20, 2010

Friday, April 16, 2010

Team Building

Isnin sampai Rabu yang lepas ke KursusTeam Building di MARDI anjuran DOS. Penceramah adalah dari UPM. Overall kursus ni ok. Termasuk lah menawaf di Pavillion.Lot 10 dan Berjaya Time Square....hehehe....dapat lah rasa sate dari Serai yang diwar-warkan JJCM haritu. Serai blended dia memang sedap.



Gambar ahli kumpulan


Dah lama tak pergi kursus, Syameel tak berapa sihat. Balik jek, bukan main lagi melekap kat ibu dia. Nasib demam tak berlarutan.

Konon nak EL semalam tapi kesian pulak kat 'kakak' saya yang kena pergi buat perbincangan di N9 sorang-sorang, maka saya batalkan saja hasrat itu. Dan hari ini juga tak jadi EL sebab lepas perbincangan semalam, ada pulak tugas susulan.

Dah hujung minggu, SIL dari Penang balik kampung, jelesnya sebab minggu ni ubby ada gotong-royong hari Ahad, jadi tak dapat kami menyusul meramaikan umat di kampung. Saya rindu umah mak saya......

Wednesday, April 14, 2010

Syameel


2 mlm saya pergi kursus, syameel demam. Ubby kata merengek juga la mlm2. Dia nampak ok,tp bdn suam2 jek. Baru ingat nak EL esok, tugas memanggil pulak. 
Tgk la tu, bkn main relax lg duk dlm kete. Siap nyanyi2 lagi...

Tuesday, April 13, 2010

Team Building - day 2


Lama giler xnaik bas awam. Today,our task kena ke area Pavilion, Lot 10 dan Berjaya Time Square. Antara tugasnya, jual buku, interview pelancong Jepun dan Korea serta melawat kedai2 tertentu dan membuat perkara yg diarahkan. Masa sehingga jam 3ptg ini. Adakah akan berjaya? Semoga dipermudahkan...

Sunday, April 11, 2010

Karnival Naza KIA - SHAH ALAM

Sabtu

Pagi-pagi dah bangun n keluar. Konon-konon nak sertai konvoi ke Shah Alam. Ingatkan dah lewat, rupanya ada yang lagi lewat. Ntah cemana....my exofismate kat MOA dulu pun ada....wah....nombor kete lagi canggih...hahahha...Walaupun hujan, konvoi berjalan lancar....

Kumpul di BHP Damansara...

Shah Alam....mendung...so, belum ramai orang lagi...

Tengah lukis lakaran muka anak beranak, pastu layan pakai inai....


Dalam kul 12 tgh dah gerak ke OU. Jalan-jalan cari pasal. Tak pasal-pasal Syameel dapat stroller baru, Sofea pau mainan doktor.....



Syameel punya kaler biru muda...kopak ayah....hehehe.....konon nak beli juicer tgh offer...tapi lain pulak yang dah beli...extend lagi....So, Mr. Juicer....wait...nanti beli...hahahah.....


Ahad

Tak ke mana-mana....bangun pun lambat. bfast kat luar, beli barang nak masak.....masak yang simple jek...as request....ikan jaket goreng cicah kicap, asam rebus sayur-sayuran....

Buat keje ofis sket petang sambil ubby melayan 'madu'ku itu...basuh la, sapu itu lah...sapu ini lah...masakkkkk.....

Esok keje, petang gi kursus team building sampai Rabu. So, mula lah balik rutin biasa....cepatlah weekend lagi....bestnya duk umah, jalan-jalan cari makan....bila lah ubby nak jadi jutawan nih...wakaka....verangannnnnnnnnnnssssssssssssss...........

Thursday, April 08, 2010

Akhirnya..

Lepas penantian satu penyeksaan....baru nampak kete depan mata......Cek, jangan tak cek....




Ni dia idaman hati ubby...akhirnya diperkenankan untuk dimiliki....Syukran ya Allah.


Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan ubby.....sayang tumpang gembira jugak....


Syukran ya Allah...

Wednesday, April 07, 2010

My 'kakak' tak sihat pulak. Ofis adalah sangat lenggang. Sejak dua menjak ni, saya telah membenarkan / mengkawankan diri dengan mereka-mereka dari ofis saya ini di FB. Nampaknya selepas ini tak boleh lah saya mengstatuskan diri dengan ayat yang bukan-bukan. Padan muka saya.

Seperti kena waktunya, mungkin esok hadiah untuk kami sekeluarga lebih-lebih lagi Syameel dan Sofea bakal diterima. Mana taknya sebab mencari nahas pada bulan kelahiran anak-anak ini, jadi saya anggapkan ia sebagai hadiah untuk mereka dan ubby yang lama mengimpikannya. Untuk saya, syukurlah kerana Allah masih mengurniakan kami rezeki.....

Banyak keje perlu dibuat sebenarnya di ofis, tapi sejak seminggu dua ini....tidak tahu apa yang saya runsingkan/ susah hati, keje-keje semua tak menjadi dan saya rasa amat malas untuk membuat satu kerja apapun. Lagi pulak hari ni, 'kakak' saya tak masuk ofis. Dengar khabar macam sakit mata. Adoilah...banyak la nak menjawab pasal CDT 2008 nanti....

Dan sejak bermula kemalasan kerja itu, tidur saya juga tidak puas....asal bangun pagi liat semacam dan bila tiba di lobi ofis rasa mahu saja suruh ubby berpatah balik pulang ke rumah. Saya kuatkan je diri ke ofis sedankan hati ini bergelojak macam nak pecah. Mungkinkah saya terlalu rindu untuk pulang ke kampung? atau saya jek yang suka melayan perasaan yang entah apa-apa dan menjadikannya alasan untuk saya bermalas-malasan?????

Saya amat perlukan satu anjakan yang boleh menaikkan motivasi dan semangat saya untuk meneruskan hari-hari yang akan datang di ofis......Apa yang perlu saya buat? bercuti panjang dan memulakan semula hari2 di ofis? or just take a short break?

Saya perlu membawa Sofea ke klinik gigi kerana gerahamnya ada sedikit lubang. Saya taknak nanti dah rosak teruk baru menyesal. Anak dara tu....kang muka lawa tapi gigi rongak....

Ntah apa-apa saja lah yang saya bebelkan di petang hari ni.....

Monday, April 05, 2010

Jumaat, Sabtu dan Ahad

Jumaat - 2 April 2010

Sambutan hari lahir Syameel yang ke-2 diadakan di taska secara kecil-kecilan sahaja. Cuma potong2 kek dan menyepah taska dengan krim yang hijau tu....jenuh jugak melayan budak2 walaupun cuma makan kek saja. Apapun, enjoy!


Besday Boy yang excited, tapi tak dapat tiup lilin sebab rendah...lagipun dah dikerumun kanak2 yang ramai...

Konon-konon nak buat peace...tapi tak angkat cukup jari....



Cerita weekend

Sabtu, Sofea terlibat dengan aktiviti di KUMON - Recognition Day 2009. Sofea cuma sertai fashion show jek, tak dapat apa2 sijil sebab pengiktiraan sehingga 2nd quater 2009. Sofea joined KUMON September 2009. Saja suka-suka tapi macam biasa lah...ibu dia yang terlebih sudah.... Oleh kerana tidak dapat menyewa dewan, maka ibubapa tidak dapat turut serta semasa majlis tersebut. Student jek dekat 200 orang. Saya sampai jam 12.30 tgh utk jemput Sofea pun tengok huru-hara jek budak2 ramai....

Gambar sebelum pergi...senang bangun pagi sebab nak pakai baju lawa...

Pasal posing...tak payah suruh pun....


Ahad

Ubby melayan F1 sorang-sorang sebab takde sape nak teman dia tengok....hehehe....tiket mahal oooo....daripada pegi anak beranak sampai RM600, baik makan2 di Penang...kan kak kan....next time ada peluang dapat tiket promotion(murah sket) baru kite gi anak beranak k....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...