Thursday, March 25, 2010

Serius aku jadi kuih seri muka!

Macam mana nak cerita situasi saya yang samgat rumit kali ini. Pagi-pagi lagi sudah kena panggil dengan 'mak'. Macam sesi luahan perasaan pun ada.

Saya ni kalau ikut carta organisasi memang betul2 di bawah 'kakak'. Dan 'kakak' saya adalah 'orang buku'. Apa benda pun mesti nak bukti, dan selalu nasihatkan kitorang jangan tulis apa2 tangkap diri sendiri. Tapi, itulah yang dia selalu buat sampai 'mak' dah bengang dengan dia. Dan baru-baru ini, 'kakak' membuat statement bahaya yang melibatkan 'mak'. Apa lagi 'mak' pun sangat bengang dan pagi ni menasihati saya ekoran dari perbincangan petang semalam.

'Mak' suruh saya kaji variable yang sesuai kerana tidak mahu nanti bila buat pembentangan, jika ada soalan

"Mengapa awak memilih variable ini?"

dan tidak mahu 'kakak' menjawab sudah membuat perbincangan dengan 'mak' dan 'mak' yang setuju.

Jadi sekarang ini saya terpaksa menerima arahan dari 2 orang yang berkuasa dan saya adalah mangsa yang tersepit di tengah2.

Apa yang harus saya lakukan kerana jika ada orang bengang dengan 'kakak' saya, maka saya juga akan mendapat tempiasnya.

'Mak' juga mengakuinya, jadi selama ini memang benar telahan saya yang 'mak' buat tak tahu pada saya kerana bengang dengan sikap 'kakak'.

Saya sangat keliru dan sekarang ini saya juga membuat kerja syok sendiri seperti kata 'kakak' kepada 'adik-adik kakak' atas saya.

ARRRRRRRRRGGGGGGGGGHHHHHHH TENSI DIBUATNYA!!!

3 comments:

Hani said...

ahhh ahhhh sensitif dengar perkataan variable... ahhh last week belajar statistik terus ingat awak.. nak suh aje awak ambik exam statistik... biasa la wak.. adat kerja opis.. semua nak MENANNGGGGGG... mana mana sama ajeeeee

Ummi said...

tak faham, pening :)

tulip said...

faham.. faham..
ko ikut la yg mana satu betul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...