Wednesday, January 20, 2010

TAG


Write at least 5 reasons why you love your mum and your dad.. (can be more if u have lots to say bout it)

Menjawab tag kak Nurul,

I do love them very much, but don't know why recently they don't love me anymore....

1. Memang benar, tanpa mereka siapalah saya kan....

2. Saya menyusu badan sehingga umur 9 tahun, di mana adik saya dilahirkan dan saya akan meminum sarapan dari ibu saya sebelum ke sekolah utk kurangkan 'bengkak susu'.

3. Saya bukan anak tidak mengenang budi bilamana setiap RM1k dari pTPTN akan diberikan kepada ibu saya dan saya adalah amat jarang meminta duit semasa belajar dan sehinggalah saya bekerja....ibu tetap senarai pertama portion gaji saya.

4. Ayah sangat tegas sehingga saya menjadi seperti saya sekarang.

5. Ibu saya sangat menyanyangi saya sehingga semasa lepas perkahwinan saya, ibu saya sakit kuat dan puncanya adalah berjauhan dari saya. Semasa saya di hostel di mana saya hanya menetap selama 20 hari sahaja, setiap kali solat maghrib mata saya akan bengkak kerana teringatkan aktiviti yang kami lakukan bersama di rumah dan ibu saya juga begitu.....Hasilnya saya tidak bersekolah di asrama penuh sedangkan sekolah itu hanya 10 minit perjalanan dari rumah saya.

6. Sehingga pada 20 September 2009, saya akan menelefon ibu saya setiap hari dan kadang-kadang 2 kali sehari.

7. Masakan ibu saya paling sedap di antara semua masakan yang ada di dunia ini, lebih-lebih lagi ayam masak asam pedas, pajeri terung, ikan tenggiri masak kicap dan byk lagi......

Banyak lagi yang mahu saya tuliskan di sini tetapi......emosi saya tidak stabil bila mengenangkan segala perkara itu...

SEKIAN.

2 comments:

Nurul said...

love them forever..tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak2..mungkin ada perkara yang membataskan mereka utk mendekati shida sekarang ini..hmmm..harapnya semua akan kembali seperti dulu :)

tulip said...

1st time akak makan ayam asam pedas mak ko masa kita ada kursus kat ayer hitam. mmg best la! semoga semuanya kembali kepada asal. jgn sedih2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...