Wednesday, January 27, 2010

ku pasti








ku tahu di saat ku terkenangkan dia...ku pasti dia juga begitu.....








Friday, January 22, 2010

Alhamdulillah

Sudah Jumaat hari ini. Esok boleh bangun lambat dan bermalas-malasan di rumah. Ops...

- baju tak lipat
- bilik air nak kena sental
- barang-barang lum abis kemas sepenuhnya
- nak basuh simen depan umah
- nak buat itu
- nak buat ini
- nak melahu kat shopping complex

Macam mana nak bermalas-malasan di rumah? Adoyaiii!!!!

Selamat berhujung minggu semua....

Malam tadi mimpi best, tapi di akhir mimpi tu ada adegan drama yang menyentuh hati...tapi tak sempat abis pun...

Aduss...baru pas kena panggil dek bos besauuuuu....macam2 hal!

Wednesday, January 20, 2010

TAG


Write at least 5 reasons why you love your mum and your dad.. (can be more if u have lots to say bout it)

Menjawab tag kak Nurul,

I do love them very much, but don't know why recently they don't love me anymore....

1. Memang benar, tanpa mereka siapalah saya kan....

2. Saya menyusu badan sehingga umur 9 tahun, di mana adik saya dilahirkan dan saya akan meminum sarapan dari ibu saya sebelum ke sekolah utk kurangkan 'bengkak susu'.

3. Saya bukan anak tidak mengenang budi bilamana setiap RM1k dari pTPTN akan diberikan kepada ibu saya dan saya adalah amat jarang meminta duit semasa belajar dan sehinggalah saya bekerja....ibu tetap senarai pertama portion gaji saya.

4. Ayah sangat tegas sehingga saya menjadi seperti saya sekarang.

5. Ibu saya sangat menyanyangi saya sehingga semasa lepas perkahwinan saya, ibu saya sakit kuat dan puncanya adalah berjauhan dari saya. Semasa saya di hostel di mana saya hanya menetap selama 20 hari sahaja, setiap kali solat maghrib mata saya akan bengkak kerana teringatkan aktiviti yang kami lakukan bersama di rumah dan ibu saya juga begitu.....Hasilnya saya tidak bersekolah di asrama penuh sedangkan sekolah itu hanya 10 minit perjalanan dari rumah saya.

6. Sehingga pada 20 September 2009, saya akan menelefon ibu saya setiap hari dan kadang-kadang 2 kali sehari.

7. Masakan ibu saya paling sedap di antara semua masakan yang ada di dunia ini, lebih-lebih lagi ayam masak asam pedas, pajeri terung, ikan tenggiri masak kicap dan byk lagi......

Banyak lagi yang mahu saya tuliskan di sini tetapi......emosi saya tidak stabil bila mengenangkan segala perkara itu...

SEKIAN.

Gadget baru ubby

Omnia II

Menteri kewangan rumah saya (ubby) mencari2 hp baru yang sesuai untuknya. Bajet cuma RM1,500 sahaja. Tapi sebab dia ada penasihat kewangan yang bagus, bajet itu telah terlajak menjadi RM 2,000. Hp lamanya sudah mula menunnjukkan perangai asyik 'hang' saja.....

Hasilnya sudah seminggu dan En. Menteri berpuashati....

Tuesday, January 19, 2010

Info

Baca-baca paper online terjumpa artikel ini.....

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20091230124823/Article/indexp_html

Syameel dah masuk 21 bulan tapi malas bercakap. Dia lebih suka tepuk saya dan tunjuk daripada memanggil ibu....Perkataan yang dia boleh cakap seingat saya : Air, keluar (kuar), naik(aik), ayah, ibu(abu), kakak(didi-mcm hindustan pulak),bird,tdo,nak....apa lagi ek...tetiba hilang pulak....tapi itulah antaranya....

Ni artikel tu:

ANAK saya berusia dua tahun tetapi masih belum bercakap. Bukan tidak boleh atau tidak faham percakapan orang tetapi apabila ditanya, dia hanya menjawab sepatah dua.

“Namun apabila sepupunya yang tua setahun daripadanya datang ke rumah, banyak juga perkataan keluar daripada mulutnya,” keluh seorang ibu bercerita mengenai anaknya.

Sebenarnya ada ramai kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat.

Ibu bapa perlu tahu, perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan:
  • Kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)

  • Kemasukan percakapan (masalah pendengaran)

  • Pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)

    Dua jenis masalah lambat bercakap ialah kelewatan ekspresif (kesusahan menggunakan percakapan untuk meminta atau berinteraksi) atau kelewatan reseptif (sukar menafsir atau memahami percakapan orang). Ada juga kanak-kanak yang mengalami gabungan kedua-dua keadaan di atas.

    Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.

    Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif.

    Namun jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan), kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.

    Sesetengah kanak-kanak yang menunjukkan tanda kelewatan ekspresif hanya lambat bercakap dan kelewatan tersusun iaitu perkembangan pertuturan berlaku secara berperingkat.

    Perkembangan pertuturan dan penguasaan bahasa kanak-kanak ini akan menjadi normal dengan peningkatan umur tanpa sebarang rawatan.


    Malangnya sehingga kini tiada kaedah membezakan atau menentukan sama ada seseorang kanak-kanak mengalami kelewatan tersusun yang boleh bertutur dengan peningkatan umur dengan kanak-kanak yang memerlukan terapi.

    Masalah pendengaran juga boleh menyebabkan kanak-kanak lewat bercakap. Justeru, kanak-kanak yang disyaki mengalami masalah ini perlu dibawa menjalani ujian pendengaran.

    Jangan anggap mereka boleh mendengar hanya kerana kanak-kanak ini menunjukkan tindak balas kepada bunyi tepukan yang kuat, loceng atau datang apabila dipanggil dari bilik sebelah.

    Punca lain kelewatan bercakap termasuk masalah membabitkan otak seperti terencat akal dan autisme. Selain kelewatan ekspresif dan reseptif, perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali objek, bertindak balas terhadap mimik muka, mematuhi arahan dengan ditunjukkan pergerakan tangan) juga lambat.

    Bagaimanapun, keadaan ‘berat mulut’, malas bercakap atau mempunyai ramai adik beradik yang lebih banyak bercakap atau dibesarkan dalam keluarga bertutur dua bahasa tidak menyebabkan masalah kelewatan bercakap.

    Senarai di bawah adalah sebagai panduan terhadap perkembangan percakapan kanak-kanak. Kanak-kanak yang menunjukkan pencapaian 75 peratus, perkembangan pertuturan mereka boleh berlaku secara normal. Namun ini hanya panduan, dapatkan nasihat pakar kanak-kanak jika anak anda tidak menunjukkan perkembangan seperti disenaraikan. Kelewatan bercakap jika disebabkan kurang pendengaran perlu dikenal pasti seawal mungkin.



    Perkembangan percakapan

  • Bayi baru lahir — Boleh mendengar dan membezakan sama ada bunyi datang dari kiri atau kanan. Mereka akan menggerakkan kepala ke arah sumber bunyi. Bayi anda juga sepatutnya boleh memberi tindak balas kepada bunyi perlahan. Bayi mula senyum dan menunjukkan gerak balas kepada seseorang pada umur sebulan dan mengenali suara ibu bapa pada umur satu hingga 2½ bulan

  • Tiga hingga enam bulan — Bayi boleh meniru bunyi percakapan

  • Empat hingga lapan bulan — Bayi menyebut satu suku kata (contoh ba, da, ga, gu)

  • Lima hingga sembilan bulan — Bayi menyebut beberapa suku kata berulang-ulang (contoh bababa, lalala)

  • Enam hingga 10 bulan — Bayi mula menyebut perkataan mudah yang kerap didengar (emak, ayah, tak)

  • Lima hingga 10 bulan — Kebanyakan bayi boleh menyebut mama, dada — yang tidak hanya merujuk kepada ibu dan ayahnya

  • Enam hingga sembilan bulan — Kebanyakan bayi boleh mengikut atau mematuhi arahan pendek yang disertakan dengan pergerakan badan atau tangan. Contohnya meminta dia memegang objek atau tangan anda. Dalam lingkungan umur tujuh hingga 11 bulan, bayi sepatutnya boleh mematuhi arahan ringkas tanpa perlu ditunjuk dengan tangan

  • Tujuh hingga 12 bulan — Sudah pandai menggunakan perkataan mama, emak atau ayah dengan betul

  • Sembilan hingga 14 bulan — Biasanya sudah boleh menyebut satu patah perkataan (selain emak, ayah)

  • 10 hingga 15 bulan — Sepatutnya bayi boleh menunjuk ke arah objek yang dikehendakinya

  • 11 hingga 20 bulan — Anak anda seharusnya boleh menyebut empat hingga enam perkataan (selain emak, ayah atau nama adik beradik)

  • 14 hingga 21 bulan — Si kecil boleh mematuhi arahan dua langkah tanpa bantuan pergerakan tangan (contoh ‘Duduk di sini dan makan’). Pada umur 14 hingga 18 bulan, dia seharusnya boleh menunjukkan dua atau lebih anggota badan dan meningkat kepada enam anggota badan pada umur 22 bulan

  • 16 hingga 20 bulan — Kanak-kanak boleh menyuarakan kehendaknya dalam satu perkataan (jus, susu, lagi, banyak)

  • 18 hingga 22 bulan — Si kecil sudah boleh menggabungkan dua perkataan atau ayat mudah seperti ‘hendak susu’ atau ‘mahu lagi’

  • 16 hingga 24 bulan — Kanak-kanak seharusnya sudah boleh menguasai lebih 50 patah perkataan

  • 19 hingga 26 bulan — Menggunakan perkataan saya, awak walaupun kadangkala terbalik. Kebanyakan kanak-kanak boleh menyebut perkataan dengan baik apabila berumur 30 bulan

  • 24 bulan — Percakapannya boleh difahami separuh oleh orang lain atau individu yang jarang berjumpa kanak-kanak berkenaan

  • 24 hingga 32 bulan — Boleh menamakan empat gambar

  • 26 hingga 32 bulan — Boleh bercakap dalam dua hingga tiga ayat mudah

  • 27 hingga 34 bulan — Boleh memahami dua arahan dalam satu ayat contohnya ‘Letak cawan di atas meja atau sebelah buku’

  • 29 hingga 34 bulan — Boleh menamakan dan kegunaan sekurang-kurangnya dua objek. Kanak-kanak seharusnya boleh mengenali satu warna pada umur 2½ hingga 3¼ tahun dan empat warna pada umur tiga hingga 4½ tahun

  • Tiga tahun — Hampir 75 peratus pertuturannya boleh difahami orang yang jarang bertemu kanak-kanak ini. Pada umur ini mereka boleh menguasai lebih 250 perkataan. Pada umur empat tahun, percakapannya seharusnya boleh difahami sepenuhnya dan mampu menguasai 600 perkataan

    Saringan pendengaran boleh dilakukan pakar kanak-kanak melalui satu ujian mudah (audimetri) apabila mereka boleh memberi kerjasama (biasanya selepas umur empat tahun). Kanak-kanak (dari dilahirkan hingga empat tahun) perlu berjumpa pakar pendengaran untuk ujian selanjutnya.

    Jika anda fikir anak anda lewat bercakap, bawa si kecil untuk jalani ujian pendengaran. Pada masa sama kanak-kanak yang ada masalah lewat bercakap juga perlu dirujuk kepada pakar terapi pertuturan atau pakar psikologi jika perlu secepat mungkin.

    Pada masa sama ibu bapa juga boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan:

  • Membaca buku kepada anak, terutama buku bergambar di mana anda boleh mengajaknya untuk menunjuk atau menamakan objek

  • Gunakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak badan atau tangan. Tanya banyak soalan kepada anak. Pastikan anda ‘bercakap’ dengan si kecil dan bukan memberi arahan

  • Beri tindak balas segera apabila anak bercakap untuk memberi dorongan kepadanya

  • Ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lagi bagi memanjangkan ayat berkenaan

  • Sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan. Beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya

  • Jangan paksa anak bercakap.

  • Sofea & Syameel

    Sofea dah ke tadika. Seronoknya bukan main.....i'm 5 years old ibu! Teacher kata kalau nak ke toilet kena cakap macam ni, "Excuse me teacher, may i go to toilet please?" huhuhuhu... Sofea seronok dapat naik van balik ke Taska Teacher Ros (transit)...

    Sofea,Sofea and Sofea...

    Syameel pulak suka join kakak dia buat projek makan roti bersama mayonis di dapur....Pantang jek Sofea keluarkan mayonis dari peti sejuk, si adik pun sibuk jugak nak tolong.....

    Mari makan roti untuk kesihatan badan!



    Baru-baru ni, kami ke KL. Saja jalan-jalan cari pasal. Sofea pulak sibuk nak naik monorel. Tempat dituju, Pavillion. Park di Bukit Nanas dan naik monorel ke Bukit Bintang. Penat jugak menapak, dah lama tak jalan kaki...selalu terus parking jek. Pergi semata-mata untuk window shopping n makan-makan.....


    Semalam

    Dekat setengah lori gak....ada barang yang kena let go sebab ada kenangan yang menyakitkan

    Tahun baru, azam pun baru, umah pun nak nampak susunan baru, jadi mari kita buat projek takde keje cari keje. Saya telah memanggil 2 tauke kedai barangan terpakai untuk menilai barang2 saya yang nak let go....

    Kebanyakannya barang-barang baby ; baby cot,walker, buaian dan barang2 bilik Sofea.....katil saya yang baru setahun jagung pun saya let go jugak sebab dah kriuk,kriuk...apa buat tatau kan...heheheh

    So, dalam 10 barang tu dinilaikan dalam RM400...Saya dah tanya tauke satu lagi, dia cuma nak bagi RM300 je..Jadi rasanya ok lah ni. Semalam penatlah saya megemas barang-barang yang tinggal. Barang-barang sumenya tip top kualitinya dan tauke tu pun hairan kenapa saya nak jual.

    Heheheh...saya ada projek untuk bilik Sofea sebenarnya, tapi semuanya melibatkan kos, jadi kena lah buat step by step.


    Malam tadi penatlah saya mengemas, hasilnya sume kena tdo ala-ala Jepun sebab sume frame katil sudah dijual....Sofea suka jek kalau saya ubah susunatur rumah....

    Nanti siap projek saya baru saya upload gambar sume k....Projek depan umah, dalam umah cuma belakang umah jek tak mula lagi sebab tak cukup bajet....

    Monday, January 18, 2010

    BUKIT GAMBANG RESORT CITY

    Sekali lagi, cuti-cuti malaysia bidan terjun. Khamis abah call cakap nak booking BGRC nak bawak cucu2 main air. Jumaat petang SIL dari Utara n PIL dari Selatan sampai. Sabtu pagi anak-beranak dah berangkat ke Gambang.







    Enjoy the pictures....takleh tulis pepanjang.....banyak benda nak buat!

    Wednesday, January 13, 2010

    Update

    Mula sibuk sampai tak cukup masa nak buat keje....
    Sambil-sambil tu merancang cuti2 Malaysia again....
    Sambil-sambil tu jugak, macam2 renovation nak buat kat rumah yang comel itu....

    Wednesday, January 06, 2010

    Kerja 2010

    Sudah 3 hari saya menunggu masa yang sesuai untuk berbincang dengan bos saya. Tapi nampaknya, dia masih pada tahap kebizian yang terlampau sehingga saya tak sanggup untuk datang ke tempatnya. Last week kami dah merancang untuk membuat kerja tersebut, pada saya ia adalah satu permulaan penting supaya saya dapat mengkaji dan mempraktikkannya bagi kerja-kerja yang terlibat. Jangkaan saya, minggu ini saya akan menjadi sangat sibuk...Saya memang sibuk, tapi bukan sibuk yang saya jangkakan, sibuk saya cuma meneliti data dan query mana-mana data yang tidak sesuai. Dalam pada meneliti data, terdapat juga masalah yang perlu saya bincangkan dengan bos saya tapi, yang dapat saya buat cuma mencatatkannya sahaja supaya saya tidak lupa bila tiba masanya bos saya sudah tidak bizi.

    Sangat seksa menunggu...SABAR...dengan mata yang tidak selesa sebab ada macam bintil tumbuh dengan gatalnya....Semalam sudah ke klinik dan oleh kerana azam saya mahu mengurangkan cuti sakit pada tahun ini, tidak tergamak untuk saya meminta MC dari doktor.

    Kesimpulannya, saya sangat tidak bermaya untuk membuat kerja kerana otak saya terpaksa dituned semula.......

    Saturday, January 02, 2010

    1-2010

    apa nak tulis? no idea!
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Happy New Year!

    ..
    ..
    ..
    ..
    ..
    ..
    ..
    i'm not happy..:-(
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...