Friday, February 29, 2008

Meeting SO Geng

Jumaat, akhir Febuari lepas kami adakan sesi perjumpaan kakitangan yang seangkatan. Ada cuma dalam 8 orang jek. Dulu ada 10, sekarang satu berhenti dan satu pindah, tinggallah 8....Saja jek membincangkan perkara2 berbangkit. Kami ada buat kutipan bulanan RM10 seorang setiap bulan. Banyak jugak duit ada. Dan saya le bendahari kehormatnya....so, enjoy the pict.....

Sebelum acara bermula...acara tinjauan dilakukan...


Mak yong-makyong yang datang awal...


khusyuk membaca edaran mengenai perbelanjaan...maklumler...bendahari kuat belanja...

antara ahli yang lain...




Thursday, February 28, 2008

Kenapa ye?

Kalau berenti kat traffic light, perasan tak mat2 motor kat depan tuh mesti toleh2 belakang tgk ke arah tayar ke apa ke kat belakang motor dia? Agaknya dia takut tayar da lari kot??

Kesedaran Sivik

Malam semalam kami anak beranak ke KL, hantarkan hadiah kawan ubby yang majlisnya akan berlangsung Sabtu ni. Kitorg tak dapat pergi sebab sepupu saya pun kahwinkan anak dia yang sulong di Kota Tinggi. So, taknak nampak tak adil, kami pun hantarkan hadiah dan jumpa pengantinnya dulu malam tadi, tapi tak dapat pulak jumpa isteri dia sbb 3 hari sblm nikah dah dapat beita kena daftar di KPLI...n now, lakinya tinggal le sorang. Esok baru nak jemput isteri untuk majlis sebelah lelaki Sabtu ni....

Sementara menunggu kawan ubby samapi, kami makan ler di satu kedai makan area Masjid Kg. Baru tuh. Kalau tak silap ada nombor *000. Saya dan ubby makan nasi goreng jek, Sofea pulak mintak keropok. Makanlah dia keropok sepinggan. Lepas minum air, batuk2 pulak, terus termuntah. Nasib sempat sambut ngan tisu. Kena jugak ler baju dia. Lepas cuci2 n salin baju dia, duduk ler lagi..... Datang le pulak 2 orang mamat nih duduk di meja belakang kerusi saya. Tak kisah ler kan. Tapi yang sakit hati tu, kawan depan dia boleh pulak isap rokok kat situ....Dan yang sorang lagi nih pun tgh ketuk2 kotak rokok dia...nak start ler tuh. Saya ngan anginnya saja cakap kuat2, "Hisap rokok ler pulak dia nih...." Dengan nada suara yang tak puas hati..... Memang mamat tu dengar agaknya sebab terus tak jadi merokok, kebetulan makanan diorg sampai. Lepas makan diorang terus blah agaknya terasa apa yang saya cakap tadi.

Sedar tak diorang nih dengan kepentingan orang lain? Saya kan wanita mengandung dan ada kanak2 lagi kat situ. Kalau nak membakar jantung sendiri jangan ler libatkan orang lain, betul tak? Nasib lah sape2 yang merokok tu kan. Next time kalau nak berasap tuh, pandanglah kiri dan kanan. Jangan nak pentingkan diri sendiri jek....Saya lum nak mati lagi...Amal ibadat tak cukup lagi....

Semalam lagi

Petang semalam hujan lebat sangat di area Putrajaya ni. Sampai2 di Bangi tgk lum hujan lagi, terus decide nak gi scan baby...again...Tak puas hati nak tgk jantina. Saya tak kisah anak lelaki or perempuan, tapi perasaan ingin tahu tu...Hasilnya semalam....kemungkinan besar, baby saya adalah baby boy....apa pun...doakan segalanya selamat ok....

Hari ni

Sis VP, sila tabahkan hati n kuatkan semangat...Semoga semuanya selamat...AMIN.....

Next week

Auntie YAN akan mula berblog semula selepas kembali dari cuti operation lutut dia minggu depan.....BESTnya!!!!

Wednesday, February 27, 2008

Jangkitan virus sakit mata dah kena pada ubby, Isnin dan semalam dia MC. Semalam dapat lah saya pandu 'org baru' ke ofis. Tgh hari, balik bawak nasi untuk ubby. Kesian dia, dah le sakit mata, demam,selsema dan batuk jugak. Cukup lengkap pakej dia. Saya dan Sofea cuma batuk2 saja.

Pagi ini, ubby sepatutnya mula bekerja. Tapi mata yang sebelah lagi pulak mula merah dan bengkak. Nampak gaya sakit tu tak menghalang dia ke ofis setelah 2 hari berhibernasi di rumah. Keje jugak dia, biarkan satu ofis berjangkit, saya dah bagi amaran.

Malam tadi, sangat lah kejadiannya....Saya ingat dah nak bersalin dah. Mana taknya, perut senak, pinggang n punggung sakit teramat. Saya terus ke bilik air, lepas buang air kecil perut yang senak pun kurang....Saya lepak lagi kat dalam bilik air.....nasib baik rasa nak buang air besar pulak datang...ni semua mesti gara-gara makan kundang 5 biji malam tadi.....sedap ooo.....hasilnya....itulah...nasib tak tercir-bir.....

Monday, February 25, 2008

Rajinnya....





Ni gambar budak rajin. Angin nak membaca n menulis sudah datang. Layankan ajer lah....Yang bestnya bile baca buku cerita, "Pada suatu hari.....bla,bla,bla (ikut suka dia jek)" pastu buka muka surat sebelah, start lagi ngan pada suatu hari......
Dah boring sket, anjak ke belakang, tgk tv pulak....budak,budak.....

Sepetang di Sunway Pyramid

Dan akhirnya, jalan-jalan tanpa tujuan petang semalam di Sunway Pyramid, dapat jugak melepaskan apa yang di idamkan...tu ler sis VP n sis Tini asyik ler tunjuk pasal donut nih....kan dah terliur mak yong....


Ada 4 biji, tapi Sofea dah makan yang coklat tuh....

SELINGAN.....

Pisang ni beli masa Rabu lepas, tapi atas masak, bawah tak masak lagi. So, yang atas dah botak kena ngap, tinggal yang bawah...sabar jek lah tunggu masak sebiji, sebiji.....

Friday, February 22, 2008

Enjoy!!

Menunaikan janji memasukkan gambar2. Gambar-gambar sejak 1 Febuari 2008 hingga yang terkini.

Baru balik dari kenduri di Chemor, Perak. Singgah di Subang Parade.


Depan Fitness Centre di Subang Parade.


Sofea ngan pose special...

Sayang ibu....

Majlis perkahwinan sepupu ubby di Mersing. Tdo di Seri Malaysia Mersing.
Jom berenang....

Kuak dan kuak!!

Ubby bertungkus lumus tolong hias bilik pengantin. Ada mandur belakang tuh...


Ibu mertua, mak n saya...
Sepetang di Rock Garden, Segamat.

Ayah jgn lah pegang....

Tunggu turn dengan sabar...

Pose sebelum menggelungsur...panjang que kat belakang tuh!!
Last week (17 feb 2008) Naik train dari Segamat ke KL.....

Bye atuk2 n nenek2 n maksu.....

Bye Sofea.....

Senyum....

Dalam train ada lcd tv.....citer Rambo lagi tuh!

Anak beranak layan citer Rambo

Naik bas ke rumah. Jakuns sket sbb first time dapat naik. Selalu kena naik teksi 11 hinggit sebab bas takdok nak ke Presint 1*....

Saya gemuk!!!!

Wednesday, February 20, 2008

Adui....

Nak upload gambar, camera masih ubby pakai....nak update, malas pulak. Ni update ler jugak...Saya sebenornya tak berapa sihat ni...sejak awal minggu ni, penyakit baru datang pulak, sakit kepala sebelah kiri yang berdenyut2 kalau di layan. Puas dah buat tak layan, tapi tak boleh. Kalau sujud waktu solat tuh, rasa sangat sakitnya. Satu lagi, macam nak kena asma pulak, malam2 tdo tekak ni bunyi semacam jek. kiut, kiut....bior betul, saya tak pernah kena asma sebelum ni. Masa mengandung ni ada sekali la guna nebulizer masa krismas haritu sbb batuk seharian dan doktor kata kahak pekat tak keluar. Itu ler pun sekali jek...takkan pembewakan budak kot. Atau environment umah saya yang banyak habuk, sbb ubby pun dua tiga menjak ni batuk jugak.

Sejak dua menjak ni rasa macam perut ni mendadak besarnya. Saya pun dah start solat duduk sbb bila dah duduk, susah nak bangun.Pinggang toksah cakap lah, memang selalu sakit....Pergerakan baby alhamdulillah...sangat lah aktifnya sampai ubby pun ngeri bile letak tangan kat perut.

Sofea sangat suka lah cakap2 ngan adik dia ni. Adik, dah malam lah...adik jom jalan lah...memacam lah. Siap kata, nak bagi adik pakai baju princess la...anak,anak...kelakar pun ada.

Tuesday, February 12, 2008

Buat apa cuti lama???

Cuti CNY yang lepas, rasa macam saya yang lelebih cutinya. Mana taknya, last week je saya tak ke ofis seminggu.


4 Feb 08

Nak dijadikan cerita, pagi tu Sofea mcm nak kena sakit mata. Saya pun cuti la, kebetulan memang ada check up kat Klinik Putrajaya hari tu, kena la bawak dia sekali. Tapi pukul 10 pg tu mata dia tak la merah. Pagi2 je tahi mata bertempek2 sampai tak leh buka. Balik dari klinik, lepak2 jek kat rumah. Malam tu mata dia dah start merah, terus la ke klinik dan saya pun tak berapa sihat mintak le mc dr doktor untuk esok.

5 Feb 08

Best sungguh cuti2 Malaysia ngan Sofea. Ubby bukan main cemburu lagi. Gi keje, tapi dalam tengah hari dah balik sbb dia kata ofis dia half day. Kitorg pun bersiap la n terus balik kampung. Esok ngan Isnin depan saya mmg apply cuti sbb ubby pun cuti.

6 Feb 08

Pagi2 dah bangun, hari ni kena gerak ke Mersing sebab sepupu ubby buat kenduri kahwin. Kitorg ni kena lah meramaikan majlis kan...bukan tolong banyak pu, tolong sibuk jek ngan perut terboyot2 nih. Ubby jek kena tolong banyak2 sbb double saya tak dapat nak tolong...huhuhu....Malam tdo di Seri Malaysia je sbb malas nak bersesak2 kat umah makcik ubby.

7 Feb 08

Hari langsung majlis tu. Saya tolong sikit2 jek, pastu duduk jaga anak kat dalam umah. Sepupu ubby pun buat simple jek, belah lelaki katakan, just makan beradab jek. Takde pelamin2 nya....By 2.30 org sebelah dah berangkat balik ke Perak. Tinggal la melayan tetamu jemputan aja.....Dalam pukul 6 kitorg pun balik semula ke Segamat....Lepak jugak la....

Hari-hari seterusnya saya melepak jek kat umah mak n MIL. Jalan2 dalam bandar, gi shopping2 apa yang tak patut....Dan Isnin 10hb baru la balik ke Putrajaya semula. Tu pun subuh2 hari kitorg balik sbb plan asal nak balik petang Ahad, tapi keadaan jalan raya tidak mengizinkan.....

Dan hari ni baru lah saya mula masuk ofis dan menjalankan tugas seperti biasa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...