Thursday, December 06, 2007

Pulang..letih...

Saya sudah pulang....Letihnya badan, fikiran dan segala-galanya....Dan satu berita lagi kena pergi worksyop di Bangkok pula pada 10 Disember ni. Aduh...takkan nak tolak pulak. Ubby dah bising asyik kena tinggal jek. 1st day masuk ofis memang blur sungguh. Banyak benda nak kena absorb sampai tak tau nak buat apa. Kelmarin dah siapkan passport, buat di Shah Alam. Singgah sekali di pejabat KWSP, hantar borang nak keluarkan duit. Sudah pilih taraf berpencen. Duit tu nanti nak bekukan kat Tbg Haji ngan ASB. Rumah baru dah nak siap, tu lah modal nak renovate apa yang patut....

Sekarang ni tgh prepare paper untuk presentation. Lantak ler Labu.....saya redah kan ajer. Seronok sepanjang di Terengganu tapi letih mental melayan emosi dan karenah pakcik2 staf di bawah saya. Tapi Alhamdulillah...semuanya selesai seperti yang dirancangkan.

gelek keropok...dushh...masuk dalam kawah!

ni ikan mentah yang sudah diproses jadi isi ikan sahaja...

mesin yang diguna untuk membancuh tepung dan ikan

jalan-jalan dan makan nasi kukus di Paka...24 hrs kedai ni tau

Sata lum bungkus


Himpunan sata-sata...nyum...

Posing ibu mengandung nak turun buat kajian.

Kambing ni buat kopok gak ke?? kambing Kuala Ibai...

Ni sedap...sotong,udang,ikan celup tepung. Makan banyak dibelanja oleh tuan kedai sebab saya dtg naik kete jabatan. Lokasi, Kg. Rhu 10, Setiu.

Peladang Agro Resort, Setiu

Diorang panggil kutu beruang...baunya kuat dan sangat banyak di kawasan tepi Kuala Besut.


Sofea sekarang langsung takleh berenggang dengan saya dan ubby. Hilang je salah sorang, mula lah dia mencari....sampai nangis2 kadang2 tu. Tahap manja dan 'berlemak' tu memang la maksimum. Biasanya dengan nenek selalu je dapat apa yang dia nak. Dengan ibu....sori la...perintah berkurung tau!

My SIL dah melahirkan baby gurl seberat 3.2kg pada 29 November yang lepas. Alhamdulillah....semuanya selamat. Sekarang dia dijaga oleh MIL dia di Pendang sebab mak dan abah ada di Mekah. Sedih gak sebab MIL dia tak biasa nak jaga org dalam pantang. Nasib saya dapat dtg dan tunjukkan apa yang patut. Nak mandikan baby pun MIL dia takut. Masa nak balik ke Putrajaya semula rasa macam kesian sgt. Kalau say tak kena gi Bangkok, memang dah apply cuti nak uruskan SIL tu.

Nur Ain Farhana


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...