Tuesday, December 11, 2007

Bangkok 2




Awal pagi lagi saya sudah terjaga untuk solat subuh. Walaupun tidur lewat semalam, hari ini rasa segar mungkin disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk mengikuti hari pertama. Sarapan saya makan ala kadar sahaja. Semankuk cereal dan roti bakar bersama segelas jus jambu batu. Think positif okay. Jam 9 pagi baru bas datang mengambil kami di lobby. Ingatkan saya jek yang speakong...rupanya org lain lg berterabur....huhuhu...tak baik mengata orang. Saya sekadar berkenalan dan berbasa-basi saja di situ.

Selepas mengenali beberapa peserta yang lain, kami bertolak ke Universiti Kasetsart di mana terletaknya AFSIT iaitu tempat worksyop. Sesampainya disana, seperti biasa terdapat sedikit orientasi, kata-kata aluan dari penganjur dan minum pagi. Selepas minum pagi, barulah kuliah pertama dimulakan. Itupun cuma penerangan tentang tajuk utama worksyop. Disampaikan oleh org Jepun. Terpaksa memberi sepenuh kosentrasi kerana cuba memahami loghatnya yang agak pekat.

Selepas sejam, makan tengahari di ruang belakang kelas. Memang banyak seafood dan ikan....tu je yang saya berani makan. Lauk ayam pun, kami yang Muslim tak sentuh. Masa rehat sejam cukup untuk saya solat dan berborak2 sebentar dengan peserta dari Brunei. Selepas rehat, kelas ditukar di tempat lain. Kali ini, kemudahan yang ada adalah komputer dan yang paling penting...internet. So, bila mata mula mengantuk, sempatlah saya check e-mail dan berym dengan kakak ipar saya di Bangi.Kelas berlanjutan hingga ke petang jam 5.

Memandangkan hari pertama, kami dijemput ke 'Welcome Dinner' di Siam Niramit dimana terdapat juga pertunjukan kebudayaan di situ. Lawat lamn web www.siamniramit.com....enjoy...Balik ke hotel semula lebih kurang jam 10 mlm. Bersih2kan diri kemudian...debummm...tak sedar diri....

baru masuk gambar sikit, nanti upload lagi....tunggu....


3 comments:

tulip said...

SEHARI SUNTUK KE CERAMAH? NGANTUKNYA. SIB BAIK BOLE BER YM. AKAK DH BG TAU KAMAL. PASAL TESTI YG KO BG KAT FRNDSTER. ala huruf besar pulak. kamal kata dia dh ym ko. minggu lepas akak cuti 2 hari. gi honeymoon. hehe

Mrs.A said...

salam adeq...wah seronoknya berjalan yea... bila nak letak gambar lagi...

Aku Bukan Bidadari said...

biler nk balik mesia nih??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...