Thursday, December 27, 2007

Bangkok 3

Sudah kasi tulis panjang2, hilang ler pulak...so, kasi penuh dengan gambar jek la....

Ni masa opening ceremony.....

Ni pulak sesambil dengar ucapan pembukaan.....

Ni malam upacara pembukaan...dinner di Siam Niramit. Makan dulu pasni nak tgk show....



Spring roll sepiring ngan minced pork with prawn....alamak....tobat saya tak sentuh.....

Ini lah tomyam kung (udang)

Mak yong kasi posing sama itu actress...nasib tak masuk kolam.

Ngan anak gajah pun jadilah...gajah betul ngeri pulak....

Tuesday, December 11, 2007

Bangkok 2




Awal pagi lagi saya sudah terjaga untuk solat subuh. Walaupun tidur lewat semalam, hari ini rasa segar mungkin disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk mengikuti hari pertama. Sarapan saya makan ala kadar sahaja. Semankuk cereal dan roti bakar bersama segelas jus jambu batu. Think positif okay. Jam 9 pagi baru bas datang mengambil kami di lobby. Ingatkan saya jek yang speakong...rupanya org lain lg berterabur....huhuhu...tak baik mengata orang. Saya sekadar berkenalan dan berbasa-basi saja di situ.

Selepas mengenali beberapa peserta yang lain, kami bertolak ke Universiti Kasetsart di mana terletaknya AFSIT iaitu tempat worksyop. Sesampainya disana, seperti biasa terdapat sedikit orientasi, kata-kata aluan dari penganjur dan minum pagi. Selepas minum pagi, barulah kuliah pertama dimulakan. Itupun cuma penerangan tentang tajuk utama worksyop. Disampaikan oleh org Jepun. Terpaksa memberi sepenuh kosentrasi kerana cuba memahami loghatnya yang agak pekat.

Selepas sejam, makan tengahari di ruang belakang kelas. Memang banyak seafood dan ikan....tu je yang saya berani makan. Lauk ayam pun, kami yang Muslim tak sentuh. Masa rehat sejam cukup untuk saya solat dan berborak2 sebentar dengan peserta dari Brunei. Selepas rehat, kelas ditukar di tempat lain. Kali ini, kemudahan yang ada adalah komputer dan yang paling penting...internet. So, bila mata mula mengantuk, sempatlah saya check e-mail dan berym dengan kakak ipar saya di Bangi.Kelas berlanjutan hingga ke petang jam 5.

Memandangkan hari pertama, kami dijemput ke 'Welcome Dinner' di Siam Niramit dimana terdapat juga pertunjukan kebudayaan di situ. Lawat lamn web www.siamniramit.com....enjoy...Balik ke hotel semula lebih kurang jam 10 mlm. Bersih2kan diri kemudian...debummm...tak sedar diri....

baru masuk gambar sikit, nanti upload lagi....tunggu....


Bangkok

Akhirnya jejak juga kaki saya di bumi Bangkok ini. Komunikasi amatlah payahnya....macam ayam ngan itik. Speaking pun tak paham, usahkan kedai, receptionist pun tak paham . Tak pun saya yang speaking kong kot.....Nasib le Labu.....Esok start kumpul di lobi hotel jam 8.30 pagi. kat sini untung sejam. Nanti ada transport akan bawa ke tempat worksyop. Esok acara pembukaan. Sesi suaikenal jek kot. Apapun, esok saya update lagi. Nak tdo awal...so, esok fresh sket.

Already miss ubby n Sofea......kalau diorang ada sekali kan bagus.....

dapat berita, kampungku naik air. Mak dah duduk umah MIL sebagai langkah berjaga-jaga, takut air masuk umah. Hopefully semuanya selamat....jangan lah banjir rumah saya lagi....

Thursday, December 06, 2007

Pulang..letih...

Saya sudah pulang....Letihnya badan, fikiran dan segala-galanya....Dan satu berita lagi kena pergi worksyop di Bangkok pula pada 10 Disember ni. Aduh...takkan nak tolak pulak. Ubby dah bising asyik kena tinggal jek. 1st day masuk ofis memang blur sungguh. Banyak benda nak kena absorb sampai tak tau nak buat apa. Kelmarin dah siapkan passport, buat di Shah Alam. Singgah sekali di pejabat KWSP, hantar borang nak keluarkan duit. Sudah pilih taraf berpencen. Duit tu nanti nak bekukan kat Tbg Haji ngan ASB. Rumah baru dah nak siap, tu lah modal nak renovate apa yang patut....

Sekarang ni tgh prepare paper untuk presentation. Lantak ler Labu.....saya redah kan ajer. Seronok sepanjang di Terengganu tapi letih mental melayan emosi dan karenah pakcik2 staf di bawah saya. Tapi Alhamdulillah...semuanya selesai seperti yang dirancangkan.

gelek keropok...dushh...masuk dalam kawah!

ni ikan mentah yang sudah diproses jadi isi ikan sahaja...

mesin yang diguna untuk membancuh tepung dan ikan

jalan-jalan dan makan nasi kukus di Paka...24 hrs kedai ni tau

Sata lum bungkus


Himpunan sata-sata...nyum...

Posing ibu mengandung nak turun buat kajian.

Kambing ni buat kopok gak ke?? kambing Kuala Ibai...

Ni sedap...sotong,udang,ikan celup tepung. Makan banyak dibelanja oleh tuan kedai sebab saya dtg naik kete jabatan. Lokasi, Kg. Rhu 10, Setiu.

Peladang Agro Resort, Setiu

Diorang panggil kutu beruang...baunya kuat dan sangat banyak di kawasan tepi Kuala Besut.


Sofea sekarang langsung takleh berenggang dengan saya dan ubby. Hilang je salah sorang, mula lah dia mencari....sampai nangis2 kadang2 tu. Tahap manja dan 'berlemak' tu memang la maksimum. Biasanya dengan nenek selalu je dapat apa yang dia nak. Dengan ibu....sori la...perintah berkurung tau!

My SIL dah melahirkan baby gurl seberat 3.2kg pada 29 November yang lepas. Alhamdulillah....semuanya selamat. Sekarang dia dijaga oleh MIL dia di Pendang sebab mak dan abah ada di Mekah. Sedih gak sebab MIL dia tak biasa nak jaga org dalam pantang. Nasib saya dapat dtg dan tunjukkan apa yang patut. Nak mandikan baby pun MIL dia takut. Masa nak balik ke Putrajaya semula rasa macam kesian sgt. Kalau say tak kena gi Bangkok, memang dah apply cuti nak uruskan SIL tu.

Nur Ain Farhana


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...