Lama sudah tidak menulis entry. Rasanya agak busy sejak kebelakangan ini....Lagipun ada tulis satu entry haritu tapi takleh nak publish...so, mood terus down nak menulis lagi. Macam-macam benda nak kena buat sejak akhir-akhir ni. Dan dari hari ke hari aku jadi muak n mual tengok muka 'org tuh'. Ok lah...nanti terngumpat pulak di hari baik ini. So, now nak update pasal;
SOFEA
Nampaknya Sofea kena tukar Taska lagi. Kali ni saya hantar kat bangunan berdepan ngan ofis saya. Harap kali ni penjagaanya lebih teratur dan paling penting...BERSIH....Start semalam saya dah hantar di sana. Dan nampaknya emosi anak saya bakal terganggu lagi. Pagi ni hantar dia menangis taknak masuk ...almaklumlah..tempat baru. Masa taska yang dulu, dekat sebulan jugak baru dia ok. Dahlah 2 hari nih je hantar dia kat Taska baru.....lepas ni nenek2 dia akan jaga dia dlm tempoh sebulan ni sebab saya terpaksa pergi bertugas di Terengganu. Tapi kalau ngan nenek pun tak betah jugak, mungkin ubby akan ambil dan hantar dia ke taska baru seperti biasa. Dalam usia 3 tahun ni dah 4 kali bertukar pengasuh. Dari umur 2 bulan hingga setahun, kakak ipar saya yang jaga. Dari setahun ke 2 tahun 3 bulan, hantar ke taska berdekatan umah sewa di sg.merab. Start bulan 7 tahun ni, hantar pula di taska bawah ofis saya. Saya suka taska di ofis saya, tapi kepekaan pengasuh dan tahap kebersihan kurang memuaskan hati saya. Saya malas nak bising-bising...So, cara terbaik...saya hantar di tempat lain.
Di tempat baru nampaknya sedikit teratur, tapi saya tak berani lagi nak komen sebab masih baru. Kesian anak saya...tapi, saya inginkan yang terbaik buat dia. Harap lepas-lepas ni dia akan lebih gembira di taska baru.KERJA
Saya akan terlibat dengan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Per**anan di sini. Lebih kurang 10orang kakitangan di bahagian saya akan pergi bertugas di Pantai Timur dan Perlis bermula dari 5 hingga 23hb November ini dan 11 hingga 30hb November. Bagi Perlis dan Terengganu, kami akan bermula pada 10 hb nanti. Harap segalanya akan berjalan lancar dan saya tidak sakit atau badan meragam sepanjang tempoh kerja luar ini.
Dan sekarang saya bersama staff saya sedang bertungkus lumus menyiapkan buku tahunan sebelum kami ke Terengganu dan di bantu oleh 'orang tuh' yang memang amatlah over sekali kelakuannya membaiki dan menyemak buku itu...
MIL&FIL
Mil & Fil akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Penerbangan adalah di Senai pada 14 hb November ini. Dan saya sedih kerana tidak dapat turut serta menghantar mereka ke Lapangan Terbang. Minggu ini mereka akan datang ke rumah saya. SIL yang sedang memboyot dan bakal melahirkan pada 23 November ini juga akan turun ke KL untuk berjumpa ibunya. So, minggu ini saya harus memberi layanan sebaik mungkin supaya Fil & Mil gembira berada di rumah saya. Mereka juga akan membawa Sofea pulang ke kampung untuk memeriahkan suasana persiapan mereka. Hari-hari tertentu dan hari selepas mereka berangkat, Sofea akan dijaga oleh ibu saya. Semoga segala perancangan ini berjalan lancar.
Progress perut saya sekarang sudah menampakkan wajahnya. Agak besar mungkin sebab anak kedua, sudah banyak ruang yang boleh diteroka. Walaupun baru 18 minggu.....Selera saya sudah mula bertambah dan bila saya masak sendiri di rumah, saya pasti akan makan banyak sebab rasanya macam masakan saya itu sungguh enak sekali...(huhuhu..perasan). Tapi selsema saya semakin teruk dan setiap malam saya akan menggosok hidung saya tanpa sedar dan keesokkan harinya mula lah terasa pedih dan sentiasa tersumbat. Apa yang perlu saya lakukan? Takkan nak makan ubat selsema je. Nanti tak buka pulak mata saya ni asyik tidur saja...
Oklah, setakat ini dulu. Selamat berhujung minggu semua.....
8 comments:
'orang tuh' memang begitu. pekakkan telinga saja.
org pregnant senang dpt mc..
:)
jgn menci2 ngan org tuh..kang nnt takder sper dah nak check buku tuh..ehehehe..kakak dan adeq kena bermesra selalu..ahaks
kadang-kadang mood kita mcm hilang kan??
tulip,
buat pekak ler nih...
kak oren,
betul lah kak...hehehe...
kak nurul,
tu yang kontrol jek....org berbudi kite berbahsa...hehehe...dalam hati jek lah simpan...
sis tiara,
itulah pasal, bila takde mood tu mulalah nak cari pasal...tu yang tak pasal2....
Salam AdeQ
kak pB doakan semua urusan akan berjalan dengan lancar ...
MIL n FIL , kapal nak last last.
Salam Adeq..
Semoga selamat pergi dan selamat pulang yea...
Cian Sofea....
heheehhehe kene out station ke?
hhaha sabo2.. windu dendam la kat bb tu yer...
siapa plak ORG TU erk... muahahah
TASKA bawah tu pernah hantar hannah sehari.. sian anak ku cam kene dera aje duk kat bawah tu... kehjam...
Post a Comment