Friday, September 28, 2007

Thursday, September 27, 2007

Welcome!

Pagi ni amatlah tidak stabilnya keadaan diriku ini. Loya, pening dan tidak sedap badan. Saya gagahkan jua ke tempat kerja. Tapi, tak dapat menyambut kedatangan Agung yang melawat ke Kementerian ini. Jadi untuk melawan penyakit2 bawakan budak ini, saya telah mengupdate blog ini.
Hari ini saya ingin memperkenalkan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil saya,

taraa.....


Ini adalah kamera terbaru saya menggantikan kamera Kodak yang sudah hilang keupayaan untuk berkhidmat. Jangan tak tau, saya telah menggunakan ayat2 canggih yang penuh hasutan kepada ubby untuk membeli kamera ini....heheheh....kopak jugak kad kredit saya sebab ubby akan bayar kemudian nanti.....

Ok lah, nak tgk lebih lanjut sila lah ke laman ini -->http://www.sony.com.my/sonystyle/product/productinfo_cybershot.asp?Subcategoryid=11<--

Sekarang cerita bergambar;

inila anak yang baik...tapi tak main lah baca muqaddam...nak baca Al-Quran terus

Bismillah.....

Style tdo baru....tanpa bantal....

berat agaknya pipi dia nih...

nak kontrol cun lagik...

Sekian untuk hari ini....nak kena landing jap nih....kepala dah berat sangat nih...

Wednesday, September 26, 2007

Weekend

Sabtu tak ke mana pun, lepak2 di rumah saja. Petang keluar berbuka di luar. Hari Ahad pulak, pukul 12 tgh kami dah berada di One Utama. Kononnya nak shopping raya...tapi yang dapat Sofea punya jek. Ubby punya T-shirt tak beli lagi....Petang berbuka di Ani Sup Utara, Bangi.

MC

Semalam saya gi buka buku merah di Klinik Putrajaya. Seawal 7.50 pun dah ramai orang. Bayangkan jam 9 pagi baru selesai mendaftar. Lepas daftar terus ke makmal untuk pemeriksaan air kencing dan pengambilan darah. Tu sekejap jek dalam 15 minit macam tu. Lepas tu tunggu lagi depan bilik 28 pulak untuk pemeriksaan. Tak lama sangat tunggu. Tapi dalam bilik tu lama gak sebab nak timbang berat, ukur tinggi, cek leher, b**h d*d* dan perut. Cuba nak dengar degupan jantung tapi tak berjaya sebab mungkin baby kecik lagi. Lepas tu saya kena jumpa doktor pulak di bilik 9 sebab morning sickness yang teruk. Lagipun ni kali pertama pemeriksaan. Bab menunggu doktor ni memang mencabar kesabaran....Lama tunggu...sampai dekat pukul 11 baru dapat jumpa. Yang bestnya doktor siap tanya nak gi keje tak petang nanti. Dan saya tanya dia balik, kalau tak pegi boleh tak doktor? hehehe...terpaksa lah nurse kat sebelah tulis mc lpeas doktor dah bagi signal....

Petang semalam berbuka di rumah abang sebab saya teringin nak makan nasi lemak SIL. Dulu dia ada buat jual, dan saya selalu order untuk bagi sedekah kat ofis. Memang sedap, dia pandai masak sambalnya. Teringin bukan main, makan seciput aje. SIL tapaukan suh bawak balik umah. Dan sahur pagi ni tu yang saya makan, ubby pulak saya dah masakkan sambal udang kegemaran dia.

Pagi ni tak muntah sangat, tapi loya tekak tu memang lah sangat tak selesa. Sabar...dugaan tu...


Sofea

Sekarang bukan main lai ragamnya.....hari isnin lepas, masa nak berbuka di RASA, Alamanda....dia menangis2 sebab nak makan aiskrim sampai muntah. Mula2 tu muntah sikit jek, masih dapat saya tampung dengan tisu, tak lama lepas tu dia muntah dengan banyaknya. Abis baju dia n baju saya kena muntah dia. Saya apalagi, memang lah geram yang amat terus jerit panggil ubby dan ajak balik. Benggang gak ubby sebab saya buat macam tuh....tapi nak buat macam mana....saya kan garang....Dah naik kete tak pasal2 saya yang kena marah ngan ubby sebab marah dia depan orang ramai. Mana lah saya marah dia. Sampai umah, saya protes, tak berbuka pun, berkurung dalam bilik solat n tdo. Lantak lah apa jadi kat luar. Ada gak ubby ketuk sekali dua suruh buka pintu, tapi saya buat tak tau jek. PROTES!

Tapi hari semalam dah ok dah...sekejap jek..Biasalah tu kan...

Ok lah selamat bekoje sume! Puasa-puasa ni jangan malas-malas pulak.

Friday, September 21, 2007

Lama sudah tidak mengupdate. Kalau nak ikutkan memang tak larat nak gi keje pun. Sejak 2 bulan ni jek berlambak2 MC dan EL saya. Semalam, dah terbarai gak puasa saya satu hari sebab muntah2 yang teruk. Sampai terbit urat darah kat muka ni (agaknya lah) sebab muka saya merah2 dan beralur2 kat pipi. Memang teruk rasanya nak terkeluar anak tekak ni. Petang semalam, beli brg dapur sket di Alamanda dan temankan ubby berbuka ala kadar. Lepas solat maghrib baru lah kitorg gi makan kat 'Aawae'.Tomyam kat sini sedap tau!

Sofea pulak ragamnya memanglah menghakis kesabaran di bulan puasa ni. Makin menjadi2 sampai kadang2 tak larat nak layan. Ada je yang tak kena, kalau tgk VCD tu, abis sume ditukar2nya. Agaknya kalau vcd player tu boleh cakap, memang dah mintak ampun agaknya. Kalau angin baik, saya dicium2, dipeluk2 pastu diusap2nya perut ni sambil tanya adik buatpe tu? cium2 perut saya lah berkali2....adui anak ni memang mencabar betul....Kebanyakkan karenah dia ubby yang akan layan sebab rasanya tak terdaya saya nak buat semua. Sekarang pun basuh baju, sidai dan angkat baju dah jadi rutin ubby. Saya cuma melipat jek tu pun kalau rajin, kalau tak saya diamkan aje sampaikan tinggi membukit.hahaha...teruknya saya.

Ni baru lepas membeli buah tembikai sebelah, pisang sesikat dan jambu takde biji 4 biji. Selera tgh menurun ni, makan buah jek lah nampaknya...
Esok dah weekend lagi. Ujung2 tahun ni keje kat sini memang lah melambak2. Q aja lah satu2 n nak kena submit ikut due date. Ok lah, selamat berhujung minggu....dan selamat beramal ibadah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...