Wednesday, October 14, 2020

PKPB di SElangor, WP KL dan WP Putrajaya

PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam tadi. PKPB akan dilakukan selama 2 minggu iaitu sehingga 27 Oktober nanti. Selepas pengumuman dibuat kelmarin, ada juga segelintir yang panik dan mula beratur membeli bekalan. Mungkin mereka risaukan bekalan buat anak-anak yang bakal tinggal di rumah kerana sekolah akan ditutup selama 2 minggu. 


Temujanji & rawatan

Bulan Oktober ni penuh dengan temujanji di hospital. Temujanji ayah dan diri saya sendiri. Ayah dijadualkan untuk membuat pembedahan membuang pterygium di mata. Saya pula akan menjalankan prosedur suntikan steroid bagi masalah slip disc. 

Kami kena buat swab test Covid, ayah kena buat ujian darah, ECG, x-Ray dan penerangan dari doktor bius. Pengalaman buat swab test tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Tiada sebarang rasa sakit pun semasa sampel di ambil. Mungkin bila semua dah fikir ujian tu sakit, maka sakitlah jadinya.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga, saya nak sihat seperti biasa supaya dapat khidmat mak, ayah dan mertua dengan lebih baik.


Kerja sekolah anak

Mesti ibu bapa mula tertekan dengan pesanan kerja rumah anak-anak. Kasihan juga guru-guru yang perlu membuat kelas secara dalam talian. Bagi saya, saya akan cuba sehabis baik memberikan kerjasama bagi memenuhi keperluan guru dan anak-anak. Banyak cabaran bila berada di rumah. Masa tu lah nak makan, nak main, nak tidur, nak mandi dan sebagainya. Bagi ibubapa yang bekerja dari rumah, dapatlah memantau anak-anak. Bagi yang perlu hadir ke pejabat, berbakul-bakul pesanan sebelum meninggalkan anak-anak di rumah.

Bagi keluarga yang tidak ada kemudahan internet/laptop/hp di rumah, kita buatlah apa yang termampu supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ibu bapa kena pastikan anak-anak tidak terleka dengan menonoton televisyen di rumah sepanjang hari. Pastikan anak-anak solat di awal waktu dan membuat latihan bagi subjek-subjek matapelajaran.

Apapun, kita perlu harungi pengalaman ini bersama-sama. Berfikir positif, insyaAllah dipermudahkan urusan kita semua.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...