Wednesday, October 14, 2020

PKPB di SElangor, WP KL dan WP Putrajaya

PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam tadi. PKPB akan dilakukan selama 2 minggu iaitu sehingga 27 Oktober nanti. Selepas pengumuman dibuat kelmarin, ada juga segelintir yang panik dan mula beratur membeli bekalan. Mungkin mereka risaukan bekalan buat anak-anak yang bakal tinggal di rumah kerana sekolah akan ditutup selama 2 minggu. 


Temujanji & rawatan

Bulan Oktober ni penuh dengan temujanji di hospital. Temujanji ayah dan diri saya sendiri. Ayah dijadualkan untuk membuat pembedahan membuang pterygium di mata. Saya pula akan menjalankan prosedur suntikan steroid bagi masalah slip disc. 

Kami kena buat swab test Covid, ayah kena buat ujian darah, ECG, x-Ray dan penerangan dari doktor bius. Pengalaman buat swab test tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Tiada sebarang rasa sakit pun semasa sampel di ambil. Mungkin bila semua dah fikir ujian tu sakit, maka sakitlah jadinya.

Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga, saya nak sihat seperti biasa supaya dapat khidmat mak, ayah dan mertua dengan lebih baik.


Kerja sekolah anak

Mesti ibu bapa mula tertekan dengan pesanan kerja rumah anak-anak. Kasihan juga guru-guru yang perlu membuat kelas secara dalam talian. Bagi saya, saya akan cuba sehabis baik memberikan kerjasama bagi memenuhi keperluan guru dan anak-anak. Banyak cabaran bila berada di rumah. Masa tu lah nak makan, nak main, nak tidur, nak mandi dan sebagainya. Bagi ibubapa yang bekerja dari rumah, dapatlah memantau anak-anak. Bagi yang perlu hadir ke pejabat, berbakul-bakul pesanan sebelum meninggalkan anak-anak di rumah.

Bagi keluarga yang tidak ada kemudahan internet/laptop/hp di rumah, kita buatlah apa yang termampu supaya anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ibu bapa kena pastikan anak-anak tidak terleka dengan menonoton televisyen di rumah sepanjang hari. Pastikan anak-anak solat di awal waktu dan membuat latihan bagi subjek-subjek matapelajaran.

Apapun, kita perlu harungi pengalaman ini bersama-sama. Berfikir positif, insyaAllah dipermudahkan urusan kita semua.






Monday, October 12, 2020

I'm not PERFECT

Menjadi seorang anak, isteri, ibu, kawan, pekerja dan sebagainya bukan perkara yang mudah. Terlalu banyak watak yang perlu dimainkan dalam waktu yang sama. Kadangkala ianya amat membebankan.

Jangan menilai kehidupan orang lain, tetapi seringkali apa yang dibaca ditunjukkan di media sosial seringkali menghambat emosi kita.

Teknologi adalah satu kelebihan yang boleh digunakan sebaiknya. Cara saya, kalau jiwa dan fikiran kacau, saya jauhkan diri dari media sosial. Kalau masa aman dan tenang boleh lah kita tengok. 😅😅😅😅

Kita hanya hamba yang serba kekurangan, mengeluh kesah, mengenang nasib dan menangis adalah perkara biasa kita buat. Cari lah kawan yang dipercayai untuk berkongsi rasa. Jangan pendam dan simpan seorang diri.


Luangkan masa untuk buat apa yang kita suka. Tetapi, jangan ambil kesempatan dengan peluang 'me time' yang kita dapat.

Sentiasa ingatkan diri kita apa yang kita lakukan kerana Allah. 




Saya tulis apa yang saya lalui, boleh jadikan pedoman pada yang terbaca blog ini.

Semoga kalian semua dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang terbaik dan dipermudahkan urusan perjalanan hidup yang sementara ini. 💗

Thursday, October 08, 2020

IKUT-IKUTAN?

Orang beli EO,

Awak nak beli EO,

Orang beli basikal,

Awak nak beli basikal,

Orang isi borang asrama,

Awak nak isi borang asrama,

Orang pakai baju tak payah gosok,

Awak nak pakai baju tak payah gosok,

Orang tidur atas tilam bayar bulan-bulan,

Awak tidur atas tilam bayar bulan-bulan,


Lagi apa?

Sudahnya?

Boleh baca, boleh tengok, boleh fikir.

Tepuk dada, tanya selera, eh tanya poket juga!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...