Alhamdulillah, di dalam kesayuan meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat.... Ketibaan Syawal disambut seadanya. Dengan kemeriahan berkumpul adik beradik, sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim.
Tahun ini, giliran rumah saya. Dekat je pun, pagi raya memang akan jumpa kedua2 belah keluarga. Cuma tahun ini, abang saya menerima cahaya mata baru. Isteri dalam pantang rasa jauh pula nak balik ke Perak, jadi berkumpul di rumah mak juga lah sedangkan memang giliran rumah mertua dia.
Mak tak berapa sihat, dapat berpuasa 2 hari di hujung Ramadhan dah rasa sangat bersyukur. Mak cuma mengarahkan persediaan dan buat apa yang terdaya sahaja, perlaksanaan semua saya dan adik bongsu uruskan. Merasalah masak kuah kacang dan rendang tahun ni sendiri walaupun dipantau oleh mak. =) Ada hikmahnya....
Sepupu sebaya. SOFEA & AIMI
Pak Long dan anak-anak buah
Sesi bersalam-salaman
Di mulai dengan yang sulong.
Isteri si sulong =)
Suami si tengah
Si tengah
Suami si bongsu
Si bongsu
Cucu-cucu sulong dan seterusnya....
Si tengah dengan si sulong
Si bongsu dengan si sulong
Si bongsu dengan si tengah.
Kak, kena kurus lagi ni kak, tak sampai nak peluk...hahahaha.
Ai olls dapat duit raya tau!
Anak buah pulak...
Selamat Hari Raya, Ampun maaf dipinta suami....=p
Giliran anak-anak
Mari-mari!!! Makngah nak bagi duit raya ni!
Ko buat apa tu dik oi??
Keluarga kecil kami!!! Cukup lengkap
Keluarga Shamsul & Rashidah
Cucu perempuan 3, Cucu lelaki pun 3.
Dalam jam 11 pagi terus ke rumah mertua.
Bersalam-salaman.
Selfie nak??
Cucu sebelah mertua..
Keluarga kecil sebelah hubby, tak cukup seorang.
Melaram no 1!!
Petang raya pertama kami dah berangkat ke Melaka. Kampung mak saya. Melawat balu Pak Ngah di Sungai Rambai, dan terus bermalam di rumah makcik di Kg.Hulu. Pagi raya kedua bergerak ke sekitar Kg.Hulu, rumah sepupu dan anak-anak buah mak, terus ke rumah balu Pak Long di Klebang, sepupu di Peringgit, makcik dan Pak Uda di Bukit Baru, Pak Lang di Semabok, kawan merangkap saudara sebelah mak di Duyung dan yang terakhir anak makcik di Bukit Katil. Memang jalan sakan lah.
Tragedi kuah kari tumpah kat baju ni....Nasib dah tinggal sebuah rumah je, memang berbau kari!!!
Raya ke tiga, malam baru balik ke rumah mertua. Tak ke Rengit dan Mersing tahun ni sebab diorang dah gerak dulu. Jadi, duduk berehat di rumah mertua. Raya ke 6 dah bergerak balik ke Sepang.
p/s: Kita semua insan yang lemah, banyak buat salah dan silap.