Thursday, December 17, 2015

HAIRAN

Hairankan bila,
masalah tu datang dari engkau,
lepastu engkau tak boleh nak selesai,
minta tolong orang,
orang dah tolong,
sampai korbankan masa bertahun-tahun,
lepastu engkau tak boleh nak hadap,
engkau babitkan orang lain,
lepastu engkau jadikan diri engkau pula mangsa,
dan orang yang tolong engkau tu pulak penindas.

Lepas tu pula,
bila semua orang dah cop orang yang tolong engkau penindas,
engkau pulak yang nak terasa itulah, inilah,
agaknya engkau ni tak perasan?
Semua masalah tu bermula daripada ENGKAU????

Engkau ingat orang tolong engkau tu takde masalah lain ke?

Hairan...hairan...hairan....

geleng...geleng...geleng....kepala!

Monday, December 14, 2015

DINNER OFIS 2015 - TRADISIONAL GLAM


Sambutan penutup tahun 2015 ofis saya diadakan di Kelab Tasik, Putrajaya. Tema Tradisional Glam. Tak tahu nak pakai baju apa, jadi bincang dengan ubby meh kita cuba baju nikah. Mujur muat!!

 

  Baju nikah 11 tahun yang lalu. Tarikh nikah 13.03.2014

Lepas kata-kata aluan, kita makan dulu!

 Persediaan untuk persembahan, kumpulan kami mula dulu.

 

 Persembahan tradisional - Dikir 'Berat'


 Sporting join peragakan pakaian. =p

Tak sangka ubby dapat anugerah Lelaki Bergaya.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Banyak dapat hadiah. Cabutan bertuah pun dapat. Semua orang enjoy. Cuma kali ni tak bawa anak-anak je rasa sunyi sikit. Orang lain sibuk kejar anak, kitorang buat-buat sibuk je. 



Monday, November 30, 2015

STATUS

Saya bukanlah insan sempurna, saya akui memang banyak melakukan kesilapan. Tapi proses kehidupan, kalau tak buat silap memang tak perasan. Ingatkan diri sendiri je betul!

Boleh je nak postkan status 'menganjing' di FB, saya dah pernah buat pun dan ada yang terasa hati. Saya tujukan pada orang lain, tapi orang lain yang sentap. Dan akhirnya saya padamkan saja.

Sekarang ada je yang buat juga tapi tak tahulah tujukan pada siapa, tapi statusnya sangat menepuk air di dulang..... Kalau saya tersentap, yang update status haruslah kena pada diri dia juga kan. Unless, dia tak sedar diri...hehehehe

Tuesday, November 24, 2015

CERITA AKHIR TAHUN - SEKOLAH ANAK

Lama benar tidak mencoretkan apa-apa di sini. Ketandusan idea walaupun banyak perkara nak diceritakan. Jadi sebelum masuk tahun yang baru, marilah kita update apa yang patut. Seperti biasa mak-mak mestilah nak cerita perihal anak-anak kan.

Alhamdulillah, sesi persekolahan 2015 telah melabuhkan tirai. Ibu pun dapat cuti memasak seawal pagi untuk bekalan anak-anak. Peperiksaan yang penuh cabaran kerana terpaksa ditunda disebabkan oleh cuaca yang berjerebu. 

SOFEA NAFEESA

Suka duka Sofea membiasakan diri di sekolah baru, akhirnya berakhir. Tahun depan dengan semangat baru dah jadi orang lama, dilantik memegang tanggungjawab sebagai pengawas sekolah pula. Semoga lebih berdisiplin dalam memegang amanah yang dipertanggungjawabkan dan tidak terleka dalam menumpukan perhatian terhadap pelajaran. 
 

 Kelas 4 Genius -2015
Tahun 2016 di kelas baru dan kawan-kawan baru. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat anak-anakku! 

 Anugerah tempat ke3 kelas KAFA 4 Imam As-Shafie

MUHAMMAD SYAMEEL NUQMAN

Syameel juga berjaya mengharungi pengalaman tahun pertama persekolahan dengan cemerlang di mata saya. Keputusan sekolah pagi dan sekolah KAFA, Alhamdulillah sangat memberangsangkan walaupun tidak ke pentas menerima anugerah.

 
 Kelas 1 Brilliant - 2015
 
=) 
KAFA 2015 - Kelas 1 Ibnu Rusyd

Persediaan 2016

Cuti sekolah macam biasa memang anak-anak SEMUA berkampung kat rumah atuk & nenek.

Apa? Malas jaga anak?

Bukan, masa ni lah nak duk kampung puas-puas. Atuk&nenek pun memang tak sabar nak rumah diorang bising-bising dengan cucu. Sofea dan Syameel dah besar, dah boleh urus diri dan boleh bantu atuk & nenek sedikit sebanyak. Alhamdulillah, keluarga saya dan mertua pun dekat-dekat dan kedua-dua belah pun masih sihat walafiat.

Ikutkan hati memang lah nak cuti bersama-sama anak-anak dan keluarga, tapi apakan daya....hujung tahun, cuti pun makin nipis. Jadi kita cuti yang patut-patut lah ya.

Awal Disember ni dah mula nak persiapkan segala keperluan sekolah. Perancangannya keperluan seperti ini;

SOFEA
Baju kemeja biru muda - 1 helai
Kain A lipat belakang - 1 helai
Vest biru tua - 1 helai
Tali leher biru tua - 1 helai
Tudung biru muda - 4 helai
Baju kurung biru muda - 4 helai
Kain biasa susun tepi biru tua - 1 helai (ada baki 4 helai tahun ni masih elok)
Kasut hitam - 2 pasang
Stokin hitam - 5 pasang

SYAMEEL
Baju kemeja putih - 3 helai
Seluar biru tua - 3 pasang
Seluar track - 1 pasang
Kaut putih - 3 pasang
Stokin - 3 pasang

Kelengkapan lebih kepada pakaian, sebab buku-buku akan beli di koperasi. Alatulis masih elok dan banyak dapat hadiah dari dulu pun tak habis guna lagi. Beg sekolah pun tengok keperluan.

SYAZWAN NASREE

Asyik cerita pasal abang dan kakak je. Syazwan? In sha Allah, Syazwan akan mula masuk tadika tahun depan. Masih di bawah tempat asuhan yang sama.

4 tahun? Masuk tadika?

Bukan nak suruh belajar sungguh-sungguh macam orang besar. Cuma nak bagi dia persekitaran baru. Banyak aktiviti yang boleh buat bukan hanya bertumpu kepada bidang akademik sahaja. Selagi mampu saya akan berikan yang terbaik untuk amanah yang telah diberikan. Wang ringgit boleh dicari tapi pengalaman..... sangat berharga. Kelas cuma di sebelah pagi, sebelah petang transit di tempat yang sama. Semoga anak-anak kita dapat berdikari dan mengenal erti kehidupan di persekitaran yang sihat dan ceria.




Thursday, July 23, 2015

SYAWAL 1436H - 2015

Alhamdulillah, di dalam kesayuan meninggalkan Ramadhan yang penuh berkat.... Ketibaan Syawal disambut seadanya. Dengan kemeriahan berkumpul adik beradik, sanak saudara dan mengeratkan silaturrahim.

Tahun ini, giliran rumah saya. Dekat je pun, pagi raya memang akan jumpa kedua2 belah keluarga. Cuma tahun ini, abang saya menerima cahaya mata baru. Isteri dalam pantang rasa jauh pula nak balik ke Perak, jadi berkumpul di rumah mak juga lah sedangkan memang giliran rumah mertua dia.

Mak tak berapa sihat, dapat berpuasa 2 hari di hujung Ramadhan dah rasa sangat bersyukur. Mak cuma mengarahkan persediaan dan buat apa yang terdaya sahaja,  perlaksanaan semua saya dan adik bongsu uruskan. Merasalah masak kuah kacang dan rendang tahun ni sendiri walaupun dipantau oleh mak. =) Ada hikmahnya....


 Sepupu sebaya. SOFEA & AIMI

 Pak Long dan anak-anak buah

 Sesi bersalam-salaman


 Di mulai dengan yang sulong.
 

 Isteri si sulong =)
 
 Suami si tengah
 


 Si tengah
 

 


 Suami si bongsu
 
Si bongsu

 
 Cucu-cucu sulong dan seterusnya....
 



 

 


 Si tengah dengan si sulong
 

 Si bongsu dengan si sulong
 




 Si bongsu dengan si tengah.
 
 Kak, kena kurus lagi ni kak, tak sampai nak peluk...hahahaha.
 
 Ai olls dapat duit raya tau!

 
 


 Anak buah pulak...

 

Selamat Hari Raya, Ampun maaf dipinta suami....=p
 
 
 

 Giliran anak-anak 
 

 Mari-mari!!! Makngah nak bagi duit raya ni!

 Ko buat apa tu dik oi??

 Keluarga kecil kami!!! Cukup lengkap
 

 Keluarga Shamsul & Rashidah

 Cucu perempuan 3, Cucu lelaki pun 3.


 Dalam jam 11 pagi terus ke rumah mertua.
 
 Bersalam-salaman.

 Selfie nak??
 
 Cucu sebelah mertua..
 
 Keluarga kecil sebelah hubby, tak cukup seorang.
 
 Melaram no 1!!


Petang raya pertama kami dah berangkat ke Melaka. Kampung mak saya. Melawat balu Pak Ngah di Sungai Rambai, dan terus bermalam di rumah makcik di Kg.Hulu. Pagi raya kedua bergerak ke sekitar Kg.Hulu, rumah sepupu dan anak-anak buah mak, terus ke rumah balu Pak Long di Klebang, sepupu di Peringgit, makcik dan Pak Uda di Bukit Baru, Pak Lang di Semabok, kawan merangkap saudara sebelah mak di Duyung dan yang terakhir anak makcik di Bukit Katil. Memang jalan sakan lah. 


Tragedi kuah kari tumpah kat baju ni....Nasib dah tinggal sebuah rumah je, memang berbau kari!!!

Raya ke tiga, malam baru balik ke rumah mertua. Tak ke Rengit dan Mersing tahun ni sebab diorang dah gerak dulu. Jadi, duduk berehat di rumah mertua. Raya ke 6 dah bergerak balik ke Sepang.




p/s: Kita semua insan yang lemah, banyak buat salah dan silap. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...