Minggu ni tak ke mana-mana. Jumaat malam dah ke Dataran Putrajaya ambil basikal untuk Syameel, beli dari bff masa UiTM dulu. Budak-budak sempat lah 'pau' ayah dia main rollerblade sebab tak bawa sendiri punya. Main bubble la, makan ais krim la... balik rumah terbongkang!
Sabtu - Masak sup tulang, basuh baju putih sekolah Sofea, basuh baju, sental bilik air, lipat baju. Petang tu konon nak main basikal kat Dataran Nilai, dah berangkut semua tapi hujan lebatnya...Syukur Alhamadulillah. Sejuk tidur malam. Terus ke tesco beli barang dapur......
Ahad - Sofea request labu masak lemak. Lepas Zuhur di buat loomband, dah terkial-kial panggillah ibu dia ni tolong. Akhirnya siaplah gelang ni dan easter egg.
Tangan kita kan besar, punya lah nak adjust tapak dia ni sampai
terpatah. Nasib dah siap, pasni gunalah tapak yang lama. Tapak yang lama
tu tertinggal kat kampung masa cuti sekolah haritu. Raya ni lah baru
ambil.
Petang tu bagilah diorang main-main kat luar rumah, main badminton dengan ayah dia. Seronok lah diorang dapat main-main kat luar, kalau tak memerap je dalam rumah. Kalau tiap-tiap minggu dapat buat aktiviti macam ni kan bagus. Sihat sikit anak-anak...=)
p/s: bukan taknak bagi main kat luar, masing-masing malas nak jaga lebih-lebih lagi dak kecik tuh...