Thursday, February 13, 2014

Layan...

Minggu ni layan album Saleem... halwa telinga sambil busy ngan keje ofis. Sambil mengimbau kenangan lama...wah...
Tak lah, saya dibesarkan seiring dengan lagu-lagu ni. Dulu, dalam kereta ayah mesti akan pasang kaset Saleem. Jadi bila dengar lagu Saleem, ingat lah gi jalan-jalan ngan mak ayah. Ke Melaka, Muar, Johor, KL...

Seronoknya zaman kanak-kanak dan remaja.





p/s: dapat suami pun layan jugak lagu-lagu macam ni....UK's,Ella, ZZ, dan seangkatan....

Wednesday, February 12, 2014

Kenduri, Main layang-layang di Bagan Lalang

Cuti hujung minggu bersama keluarga memang dinantikan. Minggu ni, cukup korum. Mak,ayah, abang, adik, dan ipar duai semua ada. 

Hari Sabtu ke majlis kenduri di Bandar Seri Putra, kenalan rapat keluarga. Balik dari kenduri, singgah ke Bagan Lalang ambil angin petang kononya. Sempat lah anak-anak main layang-layang. Lepas penat main layang-layang, ke Mydin Seremban 2 pula, cuci mata. Kebetulan belum belanja dapur, memang terus membeli-belah sekali.

Layankan gambar je lah ya...

 Gambar tuan tanah

 
 Pengantin elok berarak, dia membuta pulak..

 Raja sehari , Nadia dan suami.

 Raja setiap hari, posing bawa kereta.

 Main layang-layang di Bagan Lalang





Kakak abang sibuk main layang-layang tapi budak kecik ni makan kuih bangkit dan main pasir...





Beria Syameel pegang tali layang-layang...

Disebabkan cuti di Johor dah tak sama dengan di sini, mak ayah kena lah balik hari Sabtu. Ahad pula, kami di rumah melepak, mengemas dan bersedia untuk minggu seterusnya.

Tuesday, February 04, 2014

CNY - MID VALLEY - URBAN PLAYZ

Walaupun cuti panjang, kami tak pulang ke kampung kali ni. Malas nak sesakkan lalulintas yang sedia sesak. Jadi, awal pagi kami dah bergerak ke Mid Valley. Tujuan utama cari baju kerja suami.

 Sarapan merangkap makan tengah hari.


Jalan-jalan cari baju semua sampai tengahhari. En.suami pergi solat Jumaat. Saya dengan anak-anak jalan-jalan cuci mata. Nasib baik ada pertunjukkan singa Tahun Baru Cina. Leka lah diorang sekejap.
Lepas solat Jumaat, lepak pulak di Food Junction sementara saya dan Sofea solat Zuhur. Cantik dan luas dah surau kat situ. Betul-betul dalam Food Junction. Kalau tak dulu surau kat basement tu selalu sesak.

Lepas solat semua nampak kedai ni, ada sukan ala-ala wall climbing. Sofea dengan Syameel terus nak cuba. Panjat 2 dinding free satu lagi panjat. Pilih je ada 3 pilihan dinding macam mana nak panjat. Jadi, kami layankan je lah dua beradik ni. Maklumlah zaman dulu boleh kita panjat pokok, zaman sekarang asyik duk berkurung jek dalam rumah....

 Pakai dulu abah-abah ni.






 Syameel kata macam seluar dalam...hahaha

 Ready, siap ozom bagai...


 Sofea panjat dulu...sangat bersemangat...






 Giliran Syameel, kaki pendek, tak sampai nak panjat, tapi abang yang jaga tu layankan je tolong tarik..

 Next, percuma satu kan...kita panjat dinidng macam ni pulak...




Petang baru balik rumah keletihan mengukur lantai Mid Valley. Anak-anak seronok, si ayah dapat apa yang dia nak.



p/s: Ahad,Isnin dan Selasa - semua berkumpul di rumah dengan mak ayah saya datang. Ahad masuk ofis olls...



Monday, February 03, 2014

GLA Complex Shaklee



Pagi ni ada kawan bertanya, lelaki boleh makan ke GLA ni..
Why not?
GLA mengandungi;

1. HERBA TRADISI YANG DIPERCAYAI
- Borage adalah herba kegemaran orang barat.. Ianya merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. MENGAWAL SELIA ESTROGEN & TESTOSTERON
- GLA membentuk prostaglandinuntuk mengawal selia hormon LELAKI dan WANITA, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, MOOD SWING, retensi air dan sakit payudara.

3. MELAMBATKAN MENOPAUS
- Memeperbaiki keadaan menopous spt HOT FLASHES, INSOMNIA, ketidakhadaman ,depresi.Pengambilan jangka panjang akan MELAMBATKAN PENUAAN, MENGETATKAN UTERUS, memberi tone kepada uterus untuk KULIT LEBIH MUDA.

4. PELANGSINGAN DAN MENGHALANG TAMBAH BERAT BADAN
- Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai berat badan cantik.

5. MEMPERBAIKI TEKSTUR RAMBUT
- Memperbaiki rambut kering dan rambut gugur.

6. MENENTANG KANSER
- GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

7. MEMPERBAIKI PROSTATOMEGALY
- GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

8. MEMPERBAIKI INFLAMASI KULIT
- Ianya mengurangkan inflamasi kulit ,eczema, allergi, kagatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap.
- Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yan terjadi dari RHEUMATISMA & ARTRITIS.

9. MENGHALANG KOMPLIKASI DIABETES
- Merendahkan kadar kandungan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.
- Meringan kan kebas dan kesakitan di sebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.

10. MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI

- Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti ARTERIOSKLEROSIS dan MYOCARDIAL INFARCTION....


Secara ringkasnya,
 
GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing. Kebaikan GLA COmplex Shaklee :

• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
• Meningkatkan kesuburan.
• Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
• Membantu dalam menangani menopause.
• Menguatkan kuku & rambut.
• Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
• Membantu menangani ekzema.
• Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
• Menguatkn immuniti badan.
• Mempelahankn process penuaan.
• Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
• Mengawal kencing manis
• Mengawal kolesterol.
• Bagus untuk saraf.


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.






Nak sihat dengan produk SHAKLEE??

Email :navygal842004@yahoo.com
Sms/whatsapp : 019-2469010.
ID shaklee: 968170

Penghantaran ke seluruh Malaysia

COD/Self Pick-up untuk anda yang berhampiran KLCC, Seri Kembangan, Balakong, Bandar Baru Bangi, Sungai Merab, Bandar Baru Salak Tinggi, Kota Warisan, Jenderam, Dengkil, Putrajaya,KLIA, Nilai dan Sepang

**Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...