Alhamdulillah, dah masuk 10 malam akhir di bulan Ramadhan. Sedih jugak hati ni, ntah tahun depan dapat jumpa lagi Ramadhan ke tidak....
15 Ramadhan / 4 Ogos 2012 yang lepas, Geng Kakak buat makan-makan berbuka sama-sama. Tempat kat rumah Kakak 3 (pasni dah takleh panggil kakak, kena panggil makcik). Saya dari rumah sempat lah mencuba resepi Pavlova untuk dijadikan dessert, buat muffin kismis juga. Kakak 2 pulak bawak tembikai manis. Kakak 3 pula masak hidangan utama - nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar darat. Sedap....
Dalam pada makan ramai-ramai tu teringat juga kat Kakak 1 yang jauh di Sungkai. Kalau dia ada lagi meriah. Nampaknya tahun depan Geng Kakak akan tukar jadi Geng Makcik&Pakcik sebab 2 memang dah berkeluarga, 2 lagi bakal melansungkan majlis hujung tahun ni.
Hidangan utama
Dessert
Kaum bapa, bakal bapa(kain pelikat) dan bakal suami(baju merah)...
Mak Yongs sibuk siapkan hidangan, masa ni dah buka dah. Kakak 2 tuangkan air.
Dari kiri - Ibu, bakal ibu dan bakal isteri
* Gambar goyang sebab tukang ambil tak basuh tangan, guna tangan kiri pastu gigil-gigil.
Selasa lepas, hantar Kakak 1 ke KL Sentral. Nak balik Sungkai naik ETS. Lepas kerja terus gerak ke KL. Sampai je memang dah dekat waktu berbuka. Kami berbuka di Lilies @ Sooka Central. Ada set buffet tapi kami order ala-carte je. Lepas solat maghrib baru ke KL Sentral, train jam 9.00 mlm jadi tak lah rushing sangat.
Sebelum waktu berbuka. Sofea sekarang kalau amik gambar kena ikut mood dia. Syameel pulak suka buat muka pelik-pelik...
Kakak 1 ngan Mak Yong. =)
Lauk dah ready....tunggu waktu je...
Kawan-kawan semua dah bayar zakat fitrah? jangan lambat-lambat sangat tau, takut terlupa pulak nanti. Semalam kami keluar makan di McD Nilai, sebelum tu singgah Giant dulu cuci mata. Dapatlah baju raya saya ngan Sofea sedondon anak beranak. Jubah yang sama pattern ibu dan anak. Jalan-jalan nampak kaunter zakat fitrah ada kat dalam Giant, terus lah ubby gi bayar takut terlupa. Alhamdulillah, dah selesai apa yang patut.
Sekarang ni tinggal nak beli baju Melayu ubby ngan Syameel dan baju t-shirt n jeans diorang. Saya sepasang pun jadilah. Misi bakal diteruskan Sabtu nanti...sebab petang tu ada Majlis Berbuka dengan kawan-kawan satu batch Palapes NAVY masa kat UiTM dulu.