Monday, July 23, 2012

Ramadhan 1433 / 2012

Alhamdulillah...diberi peluang untuk melakukan ibadat puasa pada tahun ini. Tahun ni tahun ke 3 Sofea berpuasa, Syameel pulak saya cuba jek suruh dia berpuasa. Memanglah masih muda lagi, baru 4 tahun. Tapi tak salah kalau nak latih awal-awal kan.

Sahur hari petama saya masak ikan cencaru sambal dengan sayur bening jek. Anak-anak makan nasi berlaukkan ayam goreng dan kicap. Disebabkan saya yang suap diorang makan maka, sayur pun saya selitkan jugak. Ubby ke ofis hari tu, kena siapkan tender proposal. Saya lah yang melayan anak-anak kat rumah. Ubby balik pun dah lewat, maka dia lah yang singgah di Bazar Ramadhan beli apa yang patut. Menu berbuka haritu, nasi beriani daging untuk saya dan ubby, anak-anak pula makan nasi ayam.

Ada kejadian haru masa hari pertama Syameel berpuasa. Dia ni bukan jenis suka makan, jadi dia memang tak hairanlah pasal makan-makan ni. Sebelum zohor, saya masuk bilik air. Keluar jek tengok Syameel dah buka tudung saji pegang ayam goreng. Nasib baik dia tanya dulu, "Ibu, Syameel nak makan ayam ni."

Alamak!! terkejut saya. Pujuk dia baik-baik cakap Syameel kan puasa...mana boleh makan. Terus ajak basuh tangan. Dia ok jek, tapi petang dalam pukul 4 tu mulalah merengek nak makan ayam gorenglah, haus lah....Ayah dia tak balik lagi...Sabar jek melayan dia... Tu satu, lepas ayah dia balik, Syameel buka peti sejuk dan membebel-bebel sape habiskan air Yakult dia, saya ingat sampai situ je, rupanya dia dah ambil buah plum dan bawa ke depan. Nasib sempat gigit jek, ayah dia baru perasan. Berkejarlah kitorang suh dia keluarkan balik dan kumur mulut. Ishhh.....memang kesian tapi dah pukul 6 lebih, sayang sangat nak suh buka.

Akhirnya, berjaya jugak habiskan satu hari walaupun macam-macam ragam dia.

Hari kedua, bersahur dengan kari telur, timun dan anak-anak menu sama macam semalam. Sadisnya, masa nak panaskan lauk, gas habis! Baru cadang nak masak sayur kailan masak lemak. Tu yang potong timun je... Nasiblah ada microwave, kalau tak makan lauk sejuk lah pagi tu.

Hari ni Syameel dapat puasa dengan jayanya, cuma petang je masa gi Bazar tu dia nak beli macam-macam. Lepas tawaf dua kali, saya beli murtabak dengan akok, ubby beli mee bandung, Sofea pula beli roti bom dengan puding karamel. Sofea nak beli air asam boi, layankan jeklah...tekak orang puasa, budak pulak tu. Syameel kata nak makan sosej ibu masak cicah sos tomato dan mayonis. Ok, setel! Balik Bazar, beli gas dan sosej Syameel terus siapkan meja. 

Alhamdulilllah, dapatlah Syameel puasa 2 hari. =)

p/s: Cara didik ibu bapa lain-lain, mungkin orang kata saya menyeksa anak kecik, tapi kalau tak latih awal bila lagi nak lentur kan. Alhamduliilah Sofea mula puasa penuh seawal 5 tahun tanpa sebarang masalah.

Thursday, July 19, 2012

Sebulan dua je lagi...

 Lama tak update. Malas nak mengarang. Keje pun boleh tahan banyak. Balik umah dah nak malam. Lepas dinner badan sume dah letih. Ntah apa-apa kemas itu ini dah masuk tidur. Rasa takde masa berkualiti dengan anak-anak dan suami. 

Pagi-pagi dah ke ofis lagi, masa berlalu dengan pantas. Tidur malam tak lena sebab perut besar dan tak selesa. Kat ofis macam zombi sikit. Nasib sekarang ubby sentiasa mencari jalan supaya saya tak payah drive pergi keje. Dapatlah lelapkan mata on da way menghantar anak2 tu kan. Kadang-kadang tak perasan pun dah lepas dua perhentian (sekolah Sofea dan taska Syameel), tahu-tahu jek dah sampai kat lobi ofis.

 Barang-barang baby semua dah complete. Tinggal nak cari pum susu & aksesori dan bra menyusu je nanti. Kali ni InsyaAllah nak bagi susu ibu semaksima mungkin. Dari awal lagi dah tetapkan azam dan ubby pun sokong. Doakan saya berjaya.=). Raya ni memang tengah sarat benar, masa tu saya dah 36 minggu. Tapi kalau ikut sejarah 2 anak yang lepas, semuanya lahir 40 minggu ++. Cadangnya nak ambil cuti awal seminggu je dari tarikh jangka bersalin. Borang pun dah hantar, tinggal tunggu maklum balas je. Saya nak cuti 90 hari. Jadi, lepas raya saya akan naik kerja dalam 2 minggu lagi baru cuti terus.

Selalu baca blog ibu-ibu yang full BF sebagai pembakar semangat dan panduan. Masa pantang nanti kalau tak cukup barang boleh beli online je sekarang. Saya dah pesan mak awal-awal suruh kosongkan peti sejuk beku, jangan beli lauk banyak-banyak, sebab nanti nak simpan stok susu. Mak saya ok je. 

Boring sungguh entry ni, takde gambar-gambar nak upload sebab selalu ambil gambar guna hp ubby je. Kamera bawa tapi bateri asyik lupa nak caj.

Doakan perjalanan kehamilan saya kali ni berjalan lancar dan dipermudahkan semasa melalui proses melahirkan nanti..... 
 



Monday, July 02, 2012

Jalan-jalan, Kenduri-kendara

Minggu lepas (24/6/2012) kami ke Penang. Balik kerja terus bertolak ke sana. Berhenti berkali-kali, kul 3pagi baru sampai rumah SIL. Sempat lagi layan bola sebelum tidur.

Sabtu kami ke Sunway Carnival, melayan budak-budak nak main dalam kandang ni ha.... sebelum tu lunch dulu kat Kedai Bawah Pokok dekat dengan UiTM Seberang Prai. Kat situ memang wajib pergi sebab banyak lauk dan harga sangat berpatutan.

  Seronok diorang sampai 3 jam dalam tempat ni.

 Mak-mak tunggu kat luar je ye..

**********************************************


Khamis malam Jumaat (28/6/2012) pula saya ambil cuti pulang ke kampung. Mak nak buat kenduri doa selamat sebab dia sudah semakin sihat dan keputusan angiogram yang lepas takde apa-apa masalah. Jadi, alang-alang nak buat kenduri tu saya tumpang sekaki buat kenduri doa selamat memandangkan saya pun dah melepasi 7 bulan kandungan.

 Syameel follow Atuk..

 Juadah - Kari daging + Ikan masin + sayur campur + sambal belacan + timun + kuih muih orang bagi + buah belimbing dan tembikai susu.


 Bacaan doa selesai....orang kuat tengah angkat hidangan =)

***********************************************************************

 Jumaat - lepas kemas-kemas semua ke rumah PIL pula. Anak-anak saya jakun sket tengok motor aislrim dengan lagu ni...tengah tido sanggup bangun nak kejar orang ni...=)

 Layan kan yer ubby, beli MAGNUM ALMOND satu untuk mak yong!

******************************************************

Sabtu - ada jemputan Majlis Pertunangan di Muar. Majlis Kakak 1. Majlis jam 11.30 pagi. Kami sampai ngam-ngam 11 lebih tapi pihak lelaki lambat sikit sampai. Dalam jam 2.45ptg baru kami bertolak balik BBST.

 Kena kepit ngan Mak Yongs..


Ubby ada hal di KL, jadi alang-alang dah jejak Kl tu terus ke Mid Valley. Shopping barang baby terus.

 Macam ada pameran Mickey...Mickey di sana-sini kat tingkat atas ni...=)

********************************************************
Ahad - apa lagi, mendobi lah kerjanya. Panas pun cantik jer, terus basuh sekali baju-baju baby. Sampai tak muat ampai. Letihnya....Tuhan je yang tahu...tapi Alhamdulillah, dah selesai dilipat dan disusun. Beg jer belum ready nak letak dalam kereta.






p/s: semua barang dah ready tinggal nak bersalin je September ni. Sangat pantas...=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...