Wednesday, February 29, 2012

Anak-anak

Biasalah mak-mak kan, mesti akan update pasal anak-anak. Pasal kerja memang tak sudah-sudah, nak cerita pun susah. Baik cerita pasal anak-anak, boleh kita sama-sama kongshare pengalaman kan..

SOFEA NAFEESA

Setiap hari van akan turunkan anak-anak dekat depan Taska. Sebelum tu perjalanan van dari Sekolah Sofea akan ke Sekolah Agama ABB dulu. Kat situ, van akan berhenti menunggu anak-anak lain.

Van sampai selalunya kalau saya awal saya akan sambut dengan tolong buka pintu van dan perhatikan semua tak berkeliaran atas jalan raya. Tapi semalam, van sampai anak-anak dalam van kata Sofea menangis. Saya kata kenapa? Diorang kata Sofea jatuh longkang. OMG...

Lepas turun van dan ke tepi taska saya tanya kenapa?

Sofea kata jatuh masa nak beli aiskrim. Menyirap darah saya. Kan ibu dah pesan pertama sekali jangan turun dari van selagi belum sampai destinasi!!! Kedua, kenapa beli aiskrim kat tepi jalan????

Melalak lagi kuat, saya tak peduli ada ibu lain kat situ. Saya suruh dia tinggal jek kat situ, saya taknak bawa dia balik sebab dia tak dengar kata. Tapi dia ikut juga saya sampai ke kereta. 

"Tuhan tu Maha Adil kan, bagi balasan tunai sebab Sofea langgar cakap ibu. Ibu nak call ayah sekarang."

Lagilah dia menjerit . Dah dalam kereta waktu tu. saya call ayah dia suruh dia bagitahu sendiri kat ayah dia. Tak berhenti-henti dia menangis kata dia yang salah. Dalam perjalanan balik saya senyap jek. 

Sampai rumah, masa dinner pun saya tak cakap apa-apa pun dengan dia. Saya buat tak layan jek. Ayah dia balik lewat sket semalam, takdelah tempat dia nak mengadu. Tak pasti lah ayah dia dah slow talk dengan dia ke tidak malam tadi sebab saya tertidur jam 9mlm dan terjaga tengok anak-anak semua dah tidur.

Emosi saya sedikit terganggu dari semalam. Mood pun tak berapa elok. Nasib jatuh sikit jek, buat lah luka berdarah ke apa ke... Ya Tuhanku....peliharalah keselamatan anakku...

MUHAMMAD SYAMEEL NUQMAN

April ni dah masuk 4 tahun, tapi malam masih lagi kencing dalam diapers. Dulu Sofea seawal 3 tahun dah ok dah.  Diapers dah habis Ahad lepas, tapi saya tak beli pun lagi. Haritu saya dah beli 2 CD dari Kak Oren. So, sekarang memang guna CD jek lah. Dah 2 malam ni, memang kencing je. Agaknya budak lelaki memang macam tu eh? Lambat sikit nak tuned tak kencing malam??


**************************************

Jumaat ni apply cuti sebab ada MGTT dan kena periksa gigi kat Klinik. Bantuan RM100 kat sekolah tu pun Jumaat ni dapat. Macam terkejar-kejar pulak, maybe suh ubby yang pergi ambil kat sekolah kot.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...