Wednesday, February 29, 2012

Anak-anak

Biasalah mak-mak kan, mesti akan update pasal anak-anak. Pasal kerja memang tak sudah-sudah, nak cerita pun susah. Baik cerita pasal anak-anak, boleh kita sama-sama kongshare pengalaman kan..

SOFEA NAFEESA

Setiap hari van akan turunkan anak-anak dekat depan Taska. Sebelum tu perjalanan van dari Sekolah Sofea akan ke Sekolah Agama ABB dulu. Kat situ, van akan berhenti menunggu anak-anak lain.

Van sampai selalunya kalau saya awal saya akan sambut dengan tolong buka pintu van dan perhatikan semua tak berkeliaran atas jalan raya. Tapi semalam, van sampai anak-anak dalam van kata Sofea menangis. Saya kata kenapa? Diorang kata Sofea jatuh longkang. OMG...

Lepas turun van dan ke tepi taska saya tanya kenapa?

Sofea kata jatuh masa nak beli aiskrim. Menyirap darah saya. Kan ibu dah pesan pertama sekali jangan turun dari van selagi belum sampai destinasi!!! Kedua, kenapa beli aiskrim kat tepi jalan????

Melalak lagi kuat, saya tak peduli ada ibu lain kat situ. Saya suruh dia tinggal jek kat situ, saya taknak bawa dia balik sebab dia tak dengar kata. Tapi dia ikut juga saya sampai ke kereta. 

"Tuhan tu Maha Adil kan, bagi balasan tunai sebab Sofea langgar cakap ibu. Ibu nak call ayah sekarang."

Lagilah dia menjerit . Dah dalam kereta waktu tu. saya call ayah dia suruh dia bagitahu sendiri kat ayah dia. Tak berhenti-henti dia menangis kata dia yang salah. Dalam perjalanan balik saya senyap jek. 

Sampai rumah, masa dinner pun saya tak cakap apa-apa pun dengan dia. Saya buat tak layan jek. Ayah dia balik lewat sket semalam, takdelah tempat dia nak mengadu. Tak pasti lah ayah dia dah slow talk dengan dia ke tidak malam tadi sebab saya tertidur jam 9mlm dan terjaga tengok anak-anak semua dah tidur.

Emosi saya sedikit terganggu dari semalam. Mood pun tak berapa elok. Nasib jatuh sikit jek, buat lah luka berdarah ke apa ke... Ya Tuhanku....peliharalah keselamatan anakku...

MUHAMMAD SYAMEEL NUQMAN

April ni dah masuk 4 tahun, tapi malam masih lagi kencing dalam diapers. Dulu Sofea seawal 3 tahun dah ok dah.  Diapers dah habis Ahad lepas, tapi saya tak beli pun lagi. Haritu saya dah beli 2 CD dari Kak Oren. So, sekarang memang guna CD jek lah. Dah 2 malam ni, memang kencing je. Agaknya budak lelaki memang macam tu eh? Lambat sikit nak tuned tak kencing malam??


**************************************

Jumaat ni apply cuti sebab ada MGTT dan kena periksa gigi kat Klinik. Bantuan RM100 kat sekolah tu pun Jumaat ni dapat. Macam terkejar-kejar pulak, maybe suh ubby yang pergi ambil kat sekolah kot.

Friday, February 24, 2012

Sofea Nafeesa

2 bulan Sofea masuk sekolah. Baju putih toksah cakaplah kan. Pakai dari pagi sampai petang, tengah hari tukar kain biru ke kain coklat untuk ke kelas KAFA di sekolah yang sama. Nak ikutkan pencapaian dalam sehari kotoran tu adalah yang paling ringan lah...just kotor-kotor hitam kat siku dan kat belah depan bawah baju. Tudung pun sikit-sikit kotoran dia, cuma daki kat leher tu yang buat kena basuh tiap hari.

Kalau bab belanja harian tuh, awal Januari sebelum mabuk2 tu memang masakkan dia sarapan dan lunch. Tapi sekarang tak berapa nak larat bangun awal, so sempat buat sandwich simple untuk sarapan jam 10pg dan bagi RM3 sampai petang. Ada kalanya kalau tak buat sarapan saya tambah RM1.

Hari-hari tanya beli apa - jawapan dia keropok lekor, sosej...nasi-nasi semua tak nak beli. Geram saya tengok. Dah gongak macam tu pun rajin nak hunggis keropok lekor. Tu tak nampak kalau-kalau ada beli aiskrim ke, ais blended ke...air kaler sejuk ke...Selalu tanya kata tak beli...Saya psiko dia, orang cakap bohong berdosa, masuk api neraka...lagi-lagi kalau bohong pada ibu...

Kadang-kadang kasihan jugak pada dia, orang lain bawak duit banyak-banyak. Dia pulak macam kena catu. Tapi saya taknak dia belanja yang bukan-bukan kat sekolah. Baru-baru ni dompet dia hilang. Saya suruh cari dan esoknya saya bawakan dompet lain. Petang tu, dompet lama tak jumpa, dompet baru bawak pun lesap jugak...Mana tak hangin...Nasib lah bila malam tu saya kurang tenaga...kalau tak tak tahulah cemana.

Semalam, saya tak bagi duit langsung. Saya bawakan roti sandwich dengan roti coklat 60sen tu. Pengajaran untuk dompet hilang. Pesan pagi ruh, jangan minta duit kawan dan habiskan roti2 ni semua. bagi duit pun bukan nak makan nasi. Petang, roti semua habis. Tanya kot-kot ada minta duit kawan tak, dia kata tak.

Harini nasib baik Jumaat. Malam tadi terajin buat kek buah oren yang blend tu, pagi tadi tanya nak bawak kek tak? Dia kata ok. So, rehat pukul 10pg punya makan dah settle. Tiap-tiap tengah hari Jumaat memang saya akan temankan dia kat surau. Tapi pagi tadi kesian, bagi juga RM2 kat tangan, tapi pesan jangan beli selagi kek tak habis makan. Kejam kan saya...

Baru anak sorang sekolah dah kecoh macam-macam. Esok-esok Syameel pulak cemana agaknya...

Thursday, February 23, 2012

Update!

Ha amik! dah sebulan blog bersawang tak berupdate. Macam2 benda nak citer sebenarnya tapi sekarang ni tengah melayan mood yang swing tak tentu hala dan badan yang tak larat.

Pegi Penang masa CNY haritu memang macam-macam lah. Masa tu baru perasan nape saya ni dah 2 minggu tak period2. Tak sedap hati, maka belilah PTK kat farmasi.

Pagi Isnin masa CNY tu buatlah test sebelum solat Subuh. Alamak! memang 2 line....tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Gembira, sedih, terkejut...semua ada...rasa nak nangis pun ada....bercampur-baur. Saya rasa sangat-sangat tak bersedia. Dengan berat badan yang agak berat kalau pregnant ni mesti lagi berat. Ingatkan nak turunkan beberapa kilo dulu sebelum pregnant.

Keluar toilet, bagtau kat ubby. Dia suka jek, Alhamdulillah, tapi saya sedih sebab terkejut. Ubby kata rezeki kita tu....Seharian juga perasaan ni macam bercampur-baur. Tapi lepas tu saya ok. Saya redha dan bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk merasai alam kehamilan.

Dah selamat buat buku pink dah pun Selasa lepas. Doakan saya kuat dan tabah melalui kehamilan kali ini.

Saya mula tak larat dalam awal Februari haritu. Lepas balik keje je memang flat. Takleh nak buat apa pun. Sekarang weekend ubby lah yang ambl alih tugas gosok baju untuk seminggu merangkumi baju dia, Sofea, Syameel dan baju saya sekali. TQ ubby...

Kadang-kadang rasa ok, bertenaga, kadang-kadang kepala pening, tekak mual jek....Perut pun rasa berangin jek. Sekarang ni dah kurang cuma rasa loya dan sakit kepala tu masih lagi. Malam kadang-kadang ok, kadang-kadang KO....tapi Sofea dan Syameel memang sangat 2 excited bila tahu ada adik dalam perut. masa 1st scan haritu memang diorang tengok sekali.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya dah berjaya buat Red Velvet Cake. Dengan bantuan beberapa orang pembantu tak lain tak bukan Kakak1,2 dan 3 la...=)

Sofea pun tolong sekali. Seronok bila menjadi. Buat adunan ke dua dalam loyang dan bawak gi ofis Isnin lepas. Sedap, tapi sayang ada macam bau pewarna sket. Dah mcm bau ubat. Ada yang kata takde pun bau tu. ntah le...nanti nak buat lagi lah...

 Ramai pembantu..

 Sofea lah paling seronok!


 Sofea pun nak buat jugak..


 Baru keluar oven

 Topping dah ready...tunggu kek sejuk dulu.


Ni adunan ke dua, buat dalam loyang. Bawak gi ofis. Kedekut topping sebab malas nak salut semua


p/s: Cik Tulip, I dah update tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...