Cerita bermula...
10 Disember 2011 - Sungkai ke CAMERON HIGHLAND
Tak bercadang pun nak pergi, tolong ofismate ni survey rumah kat area Sungkai. Ntah macam mana, awal pulak dapat rumah sewa yang agak ok. Maka panjang lah langkah. redah jek sebenarnya, dah pukul 3 lebih petang tapi naik jugak. Ada pasang niat jugak tu kalau dapat hotel ke apartment ke memang bermalam lah kat CH.
On da way, cari rumah sewa sambil santai-santai....
Terpanjang langkah sampai ke CH
Sejuk, hujan pulak....Nasib hujan kalau tak mendak bonet...
RnR Tapah - kakak-kakak menghunggis jagung...
On the way balik, malam tu jugak. Dah ler ada jalan runtuh bagai, gelap pulak tuh. Redah jeklah. Alhamdulillah selamat sampai KL dalam kul 12 lebih. Sampai rumah dah kul 2pg. =)
16-17 Disember 2011 - Hutan Kampung, Kedah
Ada kenduri kahwin. Kakak 3 menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...tinggal kakak 1 dan Kakak 2 je..Tdo kat homestay ni. Dekat jek dengan rumah pengantin. Cuma RM 150 semalam dan kemudahan sangat memuaskan. Kalau masuk 4 family pun boleh. Ada 4 bilik dan ruang tamu yang luas. Boleh masak kalau nak. Suasana pun bagus, ada ternakan dan sawah padi walaupun rumah ni kawasan taman.
Nak duk homestay boleh call nombor ni.
Sume mata kecik lawan cahaya matahari...=)
Lama sangat tunggu pengantin lelaki....
Sofea yang ambil gambar ni..
Semoga bahagia ke akhir hayat.
Gambar kenangan sebelum ke Pekan Rabu
Balik dari rumah pengantin singgah Pekan Rabu, borong ikan pekasam, toto dan kaftan. Nasib kena shopping dengan cepat, kalau tak...garu kepala ubby. Tu pun ada hajat nak ke Langkawi....sebab nampak signboard feri ke Langkawi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2012
Permulaan tahun baru sibuk dengan Sofea. Tahun ni dah masuk Darjah 1. Alhamdulillah,
being her yang suka belajar memang takde masalah. Tapi mungkin sebab saya terlalu risau dengan keadaan dia semasa di sekolah buatkan dia rasa manja sikit. Salah saya.
Hari pertama ke sekolah.
Perhimpunan sebelum ke kelas setiap pagi.
Belajar macam mana nak menyesuaikan diri semasa di kantin.
Buat masa ni, memang saya akan datang ke sekolah waktu makan tgh hari memandangkan masih minggu orientasi sampai sebelum CNY. Temankan dia solat Zuhur dan salin kain coklat untuk kelas KAFA di sekolah tu juga.
6 Januari 2012
Ofis ubby buat annual dinner kat Restoran Itali. Ramai staff Chinese..Melayu 2 kerat je. Bos besar turun...nak tak nak kena pergi jugak la...
Nak order kemain susah lagi nak pilih menu...
Appetizer n main course
Sofea n Syameel beramah mesra.
Weekend 7 Januari 2011
Pagi2 dah ke Stadium Kajang. nak test Sofea berminat tak nak belajar skate utk race. Ibu kena lah join sekali kan...Layan gambar...Birthday boy yang ambil gambar-gambar ni.
Warm up!
Baru kul 9 lebih bahang matahari sangat perit.
Basic, focus...
Dan malamnya, geng komplot telah membuat kejutan menyambut harijadi ubby. Kononnya diorang nak belanja makan steak kat Sri Serdang. Steak lum sampai, kek dan nyanyian lagu harijadi kitorang nyanyikan. Tanjat bobi...katanya....heheheh
Surprise!!!
Ahad pula ada jemputan majlis harijadi di kawasan rumah. Lepas makan-makan Sofea ambil angin...
**********************************************************************************
Selingan....
Suka kalau Syameel pakai jubah ni. Nenek jahitkan berdasarkan jubah yang MIL bawa dari Mekah. Sejuk perut ibu nak...Semoga jadi anak soleh yer...
p/s: Fuhh...akhirnya dapat gak update walaupun sedikit basi...hehehe