Cerita Jumaat lepas,
Dah lama saya tak keluar dengan diorang ni, sebab mak ada kat rumah. Setiap Jumaat saya balik rumah temankan mak sementara ayah pergi solat Jumaat. Minggu lepas mak semakin sihat dan mak kata dia ok jek duk sorang kat rumah. Jadi saya pun tak balik.
Apa lagi, geng2 makan pun mula menjalankan operasi lah kan. Tempat yang dituju, Taman Seoul di IOI Puchong.
Layan gambar jek la, malas nak tulis lelebih...
Sedapnya, memang kena lah dengan selera kitorang.
Shima (sebelah saya) yang makan memilih pun makan banyak...
Partner in crime...heheheh
Cerita weekend pula,
Jumaat malam selepas kerja kami anak beranak dengan mak dan ayah balik ke Segamat. Sampai jam 12 malam terus tidur rumah mak saya dulu. Tengah hari Sabtu baru pergi rumah mak ubby dan tidur sana.
Sofea n Syameel seronok layan baby dah 3 minggu
Petang Sabtu, mak ubby ajak masuk kebun nak bawa durian keluar sebab tukang jaga kebun kata banyak durian gugur. Cuaca mendung + hujan gerimis kat rumah. Tapi kat kebun lum hujan lagi, cuma angin kuat jek.
Farhana baru 1st time masuk kebun. Main tanah tak hengat!
Hati gumbira...lalalala...
Gambar Syameel masa baru sampai umah PIL, awal-awal dah sound nenek-"cepatlah nak makan durian..."
Gambar kitorang kat kebun
Semalam,
Sudah upgrade sempena promotion RM150. Jadi sekarang takperlu risau lagi kalau balik lambat...heheheh...
2 comments:
pasang astro beyond ye....
kalau pergi taman seoul boleh makan sampai pengsan, selalunya kalau akak pi makan dapat privilege, tak yah beratur panjang sebab bawa anak kecik, kat juru kena beratur sebelum boleh masuk sebabnya selalu full house :)
Beyond dah lama, ni upgrade ke PVR...=)
Banyak jugak pilihan buffet dia kan kak...puas hati la...
Post a Comment