Saturday, October 29, 2011

Hari Graduasi Tadika/Taska VONAD

Sabtu petang, ada Hari Graduasi Tadika/Taska VONAD. Syameel terlibat dalam acara Nasyid dan Sofea takde apa-apa acara. Kami yang paling awal sampai. Acara bermula jam 2.30 petang. Pukul 1.45 saya dah samapi. Nak duduk depan....Biasalah, mak-mak memang mcm ni...eksited terlebih...

 Di barisan hadapan....keluarga Sofea&Syameel....hehehehe

Pengacara Majlis, Pembacaan Doa, Kata-kata Aluan Pegusaha Taska dan Welcome Text dari wakil 6 tahun.

 Macam-macam persembahan - Joget Pahang, Dikir Barat, Pakaian Beragam, Nasyid.

  Story Telling, Chicken Dance, Tarian Ngajat Tampi ada lagi Tarian Nobody...

 
 Dan akhirnya penganugerahan Sijil kanak-kanak 6 tahun dan Jamuan.

Semuanya PERCUMA yer....heheheh... Oleh sebab itu, balik dari majlis mari kita ke TF untuk menyejukkan tekak....

 Timbangan pertama tak ingat donia ubby - RM20 dan timbangan kedua saya RM10.60

 Seronoknya makan ice-cream!

Friday, October 28, 2011

Anak dara kicik!

Pagi-pagi sebelum sampai sekolah, ni lah aktiviti anak dara saya.Melaram sebelum ke sekolah, lip gloss takleh tinggal.

  Touch-up

 Siap! Ready to go!


Hai! Saya SOFEA NAFEESA.

Thursday, October 27, 2011

Majlis Kesyukuran

 Cuti Deepavali haritu PIL buat majlis kenduri kesyukuran sekali dengan cukur jambul Muhammad Aidil Syahmi, anak buah saya yang baru lahir raya ke-10 yang lepas. Oleh sebab tak dapat cuti Khamis dan Jumaat, kami balik malam tu jugak lepas kenduri.

 Mak Pantin ngan anak-anak dan anak-anak buah, gambar bawah ubby n abah dan atuk n cucu-cucu
 
 yang dirai..

 Cucu-cucu Haji Jaffar dan Hajah Juriah

 Jemaah Surau

 Selawat dan memeperkenalkan bayi

 Menu - Nasi putih, Asam pedas ikan, sayur campur, ikan masin, rojak 
Pencuci mulut - pulut dan serawa durian

Sesi mengemas...rajin anak buah Pakngah & orang kuat belakang tabir

p/s: takpat cuti sebab ada presentation kali ke3, nasib dapat present walaupun pada 2nd bos saja. Kalau tak sesia jek balik tengah malam sampai umah jam 4pg.

Pagi Rabu

 Santai di buaian 2 kali kena banjir...

 Sambil usha mangga bergayutan....

 dan...mencari mangsa menjolok mangga....

 sambil geram tengok cili api merah menyala...

 dan buah ceri merah yang sedap ni..

 juga mencuci mata dengan hijaunya tanaman mak saya..

 gembira dapat pusing kampung naik motor

dan akhirnya terpaksa pulang ke rumah PIL untuk menghulur bantuan kerahan tenaga....
bye...bye...maksu n nenek!

Cuti 2011

Berbunga2 hati bila cuti dah paras2 hidung..bertambah...

Monday, October 24, 2011

Weekend

Sebelum citer pasal weekend ni nak tunjuk setem baru. Tak payah gam-gam, jilat-jilat lagi. Dah macam sticker. Untuk surat macam tu kena guna setem RM0.60.



Sabtu lepas jalan-jalan kenduri kahwin di Melaka. Kenalan kerja ubby, tak pergi tak baik pulak. Kad undangan dan sms personal lagi dari tuan rumah.Kenduri kahwin sekejap jek, merayap jek yang lebih.

On the way balik ikut jalan lama, dari bandar Melaka menyusur ke Banda Hilir, tembus ke Klebang dan seterusnya ke Masjid Tanah. Semua tempat yang ada pantai kami masuk. Sofea dan Syameel seronok lah, tapi merungut sebab kaki tak basah pun...tak dapat jejak air laut. Bukan tak bagi, takut melarat je. Tu pun dah terbit idea-idea nak bermalam....


 Sofea yang suka posing..

 Syameel dah besar..tapi manja tak hengat!

 
 Kalau baik-baik macam ni lah...kalau gaduh....malas nak pikir...

 
 Seronok main pasir sambil tengok matahari terbenam.

Ahad pula tak ke mana-mana. Uruskan baju-baju dari basuh sampai ke lipat sampai ke gosok. Sental bilik air dan vakum rumah. Buat keje ofis lagi.....

Dah penat-penat kemas n marathon tengok tv sambil siapkan keje ofis, malas pulak nak masak. Jadi tapau ayam golek dara n nasi lemak je sebagai lunch merangkap dinner.....hehehehe....mana taknya, breakfast pun dah kul 11 pg.....

 p/s : weekend pun tak memasak...cemana nih????

Saturday, October 22, 2011

TQ ubby!

Ubby pernah kata saya nampak kurang ceria. Salah satu sebabnya blog kurang berupdate dan kamera rosak. Tapi xsangka pula secepat ini ubby nak belikan yang baru sebagai ganti. Dah 2 hari kamera di tangan tapi akibat kesibukan di ofis, masih belum sempat saya meneroka kamera ini sepenuhnya.

Apapun terima kasih ubby! :-)

Tuesday, October 04, 2011

Macam-macam ADA!!!

Emak dan ayah sudah pulang semalam pagi. Weekend yang lepas testing diorang balik umah kampung. Sunyi jek rumah. Mana taknya sebulan ceria sebab mak ngan ayah ada layan gelak tangis cucu-cucu dia.

Cerita Jumaat lepas,

Dah lama saya tak keluar dengan diorang ni, sebab mak ada kat rumah. Setiap Jumaat saya balik rumah temankan mak sementara ayah pergi solat Jumaat. Minggu lepas mak semakin sihat dan mak kata dia ok jek duk sorang kat rumah. Jadi saya pun tak balik.

Apa lagi, geng2 makan pun mula menjalankan operasi lah kan. Tempat yang dituju, Taman Seoul di IOI Puchong.

Layan gambar jek la, malas nak tulis lelebih...

 Sedapnya, memang kena lah dengan selera kitorang.
Shima (sebelah saya) yang makan memilih pun makan banyak...

 Partner in crime...heheheh

Cerita weekend pula,

Jumaat malam selepas kerja kami anak beranak dengan mak dan ayah balik ke Segamat. Sampai jam 12 malam terus tidur rumah mak saya dulu. Tengah hari Sabtu baru pergi rumah mak ubby dan tidur sana.
 
 Sofea n Syameel seronok layan baby dah 3 minggu

Petang Sabtu, mak ubby ajak masuk kebun nak bawa durian keluar sebab tukang jaga kebun kata banyak durian gugur. Cuaca mendung + hujan gerimis kat rumah. Tapi kat kebun lum hujan lagi, cuma angin kuat jek.

 Farhana baru 1st time masuk kebun. Main tanah tak hengat!

Hati gumbira...lalalala...

Gambar Syameel masa baru sampai umah PIL, awal-awal dah sound nenek-"cepatlah nak makan durian..."
Gambar kitorang kat kebun


Semalam,

Sudah upgrade sempena promotion RM150. Jadi sekarang takperlu risau lagi kalau balik lambat...heheheh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...