Thursday, May 05, 2011

Tadika/Taska Baru

Bulan ni Syameel n Sofea berpindah ke Taska/Tadika VONAD. Disebabkan taska baru ini ada meneyediakan Tadika, maka saya mendaftarkan Syameel untuk turut sama ke kelas 4 tahun. Tiada paksaan kalau dia taknak belajar cuma nak bagi pendedahan sahaja. Manakala Sofea transit selepas balik dari Smart Reader. Sebab saya tengok Syameel ni agak manja dan kurang berdikari tak seperti Sofea.
Hari pertama, Selasa (3 Mei 2011) melalak bila kami keluar dari taska. Keraskan hati terus pergi hantar Sofea ke Smart Reader. Lepas tu baru datang balik mengendap ikut tingkap tengok dia dah tak nangis dan main-main permainan yang ada sambil di guide oleh teacher

Hari kedua, menagis lagi taknak masuk dalam taska, nak main kat playground kecil depan taska. Saya layankan, pujuk punya pujuk tak jalan jugak. Last-last Sofea buat-buat ajak dia masuk, bila dia masuk teacher kata kakak tengah buka kasut tu....Syameel masuk dulu. Pastu kitorang cabut gi kat kereta dan hantar Sofea. Tengah hari called teaher dia kata Syameel nangis sekejap jek. Pastu dah nak belajar dan mewarna.

Harini, Sofea masuk sekali ngan Syameel hantar beg transit sume, pastu bila Sofea nak keluar pakai kasut jek, Syameel dah start melalak. Teacher dia pantas terus dukung dan layan dia. Kitorang terus cabut hantar Sofea.

Saya tengok Syameel ni banyak bergantung pada Sofea kalau kami takde. jadi kalau boleh dia nak kakak dia ada bersama sebab sebelum ni taska diorang selang satu kedai je ngan Smart Reader. Jadi memang kalau hantar tu dua-dua naik sekali ke taska dulu, dekat 8.40 baru Sofea turun gi Smart Reader. Syameel masa tu dah leka main-main ngan kawan-kawan dah.

   Uniform untuk Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Hari Rabu ada baju sukan.


Oleh kerana teacher sudah tulis nama dengan marker senget-senget, maka tahap piawaian adalah failed di situ. Maka ibu Syameel telah membuat keras tangan menjahitkan nama Syameel di beg bagi menutupi tulisan marker itu.



Harap-harap seminggu ni jek Syameel buat perangai sebab nak sesuaikan diri. Minggu depan jadi good boy eh, taknak nangis-nangis lagi.....


p/s : bayar orang jaga/aktiviti anak-anak jek dah separuh gaji...

2 comments:

oren said...

ibu syameel kreatif...

anak no.2 memang lagu tu kut? si muhammad dulu, tak ingat dah..tapi akai dia, mmg tak mcm yg lain2..sampai skrg, asal nangis jek, mintak susu..awatif yg kecik pon, takde akai camtuh..

~adeQ~ said...

pagi tadi nangis gak....sebab kakak dia tak teman masuk sekali...

Ibu Syameel tak ler kreatif sangat....sebab cerewet+sakit mata tgk tulisan tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...