Tuesday, May 31, 2011

Himpunan sejuta Belia, Putrajaya

SABTU - 28 Mei

Ubby nak sangat ke Himpunan Sejuta Belia ni. Anak beranak bangun awal dan siap-siap ke Putrajaya. Seawal 9 pagi dah berjalan-jalan di Preint 2. Parking di Masjid Besi dan jalan kaki sehingga tapak di antara MOA ke MOF.

 Awal lagi, matahari lum berapa panas.

 Paksu kerja sambilan cari duit nak bayar bil telefon di Booth Seniman
Macam-macam ada....Live band, SASUKE, pameran motor, cuti-cuti Malaysia...

 Panas-panas main benda ni memang sakit kaki lah jawabnya...

 Peserta Ninja Warrior ni pun ada....pertandingan cheerleader pun ada....belon kena bayar ye adik-adik dari badut-badut...


Sehari suntuk berjalan. Petang cari baju basahan Sofea kat JJ Balakong. Seluar dia semua dah senteng-senteng. Ingat nak ke Uptown depan Mines tu, parking punyalah susah...last-last balik je.


AHAD - 29 Mei


Lepak di rumah sambil mencuba resepi muffin yogurt. Ubby n BIL kata ok sedap, tapi saya rasa mcm tak cukup masak n tak WOW. hehehehe...

Tapi habis jugak. Syameel kata dia buat kuih tu sebab dia dengan Sofea yang sibuk mengacau.

Sofea demam on n off. saya pun rasa tak sedap badan. Maybe lama sangat berjemur kat bawah matahari.



p/s: tengah gatal nak cuba resepi kek/kuih-muih

Monday, May 30, 2011

Muhammad Syameel Nuqman. Sangat manja dan mengada sekarang. Kalah kakak dia. Budak kecik lain takut makan ubat tapi dia, merengek, merayu siap buat aksi batuk-batuk lagi suh suap ubat pada dia.

Last week balik kampung, mintak atuk trim rambut dia, sekali tapak mesin rambut patah....apalagi...kasi tokak sume lah. Dengan atuk pun join sama....

 Jumaat lepas ada sambutan harijadi kat Taska/Tadika Vonad. Punyalah menangis tak nak masuk ke dalam. Last-last teacher dia dukung dan saya cepat-cepat lari. Bila lah nak ok....Teacher kata lepas saya pergi dia ok jek pulak...mengada betul...

Thursday, May 26, 2011

Kejohanan Perahu Naga 21-22 Mei 2011

Pertama kali saya menyertai sukan ini. Walaupun masa training baru nak belajar asas-asas dalam sukan ni, Alhamdulillah pencapaian sehingga ke semifinal. Dan beza 1 saat saja untuk ke final. Redha jek lah...dah buat sehabis boleh...sampai pitam-pitam...

 Tag

Baju dari jabatan

Senam seni kata nyer....



Team Campuran


Serius mak dengar taklimat...

 sejukkan badan - masa ni dapat tempat kedua saringan ke semi final.

Pelepasan masa semifinal, saya di tempat ke tiga kiri dari belakang

sempat lagi bergambar ngan Daim.

Hasil hari pertama , esok kena datang lagi...

Mari sejuk-sejukkan muka dan tangan...heheheheh

Seronok rupanya sukan ni, apa yang penting "KERJASAMA". Kalau ada peluang memang nak sertai lagi. TQ ubby sebab beri sokongan penuh. =)


p/s : ibu bersukan, anak-anak yang kena sunburn sampai lebam.

Monday, May 09, 2011

Row, row,row your boat!!


Sedang menyertai aktiviti ini untuk pertandingan pada 21 dan 22 Mei akan datang.



p/s: gambar dari Mr.G....

Thursday, May 05, 2011

Tadika/Taska Baru

Bulan ni Syameel n Sofea berpindah ke Taska/Tadika VONAD. Disebabkan taska baru ini ada meneyediakan Tadika, maka saya mendaftarkan Syameel untuk turut sama ke kelas 4 tahun. Tiada paksaan kalau dia taknak belajar cuma nak bagi pendedahan sahaja. Manakala Sofea transit selepas balik dari Smart Reader. Sebab saya tengok Syameel ni agak manja dan kurang berdikari tak seperti Sofea.
Hari pertama, Selasa (3 Mei 2011) melalak bila kami keluar dari taska. Keraskan hati terus pergi hantar Sofea ke Smart Reader. Lepas tu baru datang balik mengendap ikut tingkap tengok dia dah tak nangis dan main-main permainan yang ada sambil di guide oleh teacher

Hari kedua, menagis lagi taknak masuk dalam taska, nak main kat playground kecil depan taska. Saya layankan, pujuk punya pujuk tak jalan jugak. Last-last Sofea buat-buat ajak dia masuk, bila dia masuk teacher kata kakak tengah buka kasut tu....Syameel masuk dulu. Pastu kitorang cabut gi kat kereta dan hantar Sofea. Tengah hari called teaher dia kata Syameel nangis sekejap jek. Pastu dah nak belajar dan mewarna.

Harini, Sofea masuk sekali ngan Syameel hantar beg transit sume, pastu bila Sofea nak keluar pakai kasut jek, Syameel dah start melalak. Teacher dia pantas terus dukung dan layan dia. Kitorang terus cabut hantar Sofea.

Saya tengok Syameel ni banyak bergantung pada Sofea kalau kami takde. jadi kalau boleh dia nak kakak dia ada bersama sebab sebelum ni taska diorang selang satu kedai je ngan Smart Reader. Jadi memang kalau hantar tu dua-dua naik sekali ke taska dulu, dekat 8.40 baru Sofea turun gi Smart Reader. Syameel masa tu dah leka main-main ngan kawan-kawan dah.

   Uniform untuk Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Hari Rabu ada baju sukan.


Oleh kerana teacher sudah tulis nama dengan marker senget-senget, maka tahap piawaian adalah failed di situ. Maka ibu Syameel telah membuat keras tangan menjahitkan nama Syameel di beg bagi menutupi tulisan marker itu.



Harap-harap seminggu ni jek Syameel buat perangai sebab nak sesuaikan diri. Minggu depan jadi good boy eh, taknak nangis-nangis lagi.....


p/s : bayar orang jaga/aktiviti anak-anak jek dah separuh gaji...

Tuesday, May 03, 2011

Sebelum terlupa....

Memang saya nak buat-buat lupa....hahahahaha

??????







p/s : entry takde motif - hanya orang-orang tertentu je paham

Sunday, May 01, 2011

Mei

Bulan ni kopak. Bayar masuk Taska baru je dah 1K, mana taknya transit Sofea kena tambah bayaran naik van n Tadika untuk Syameel dengan baju, beg, buku lagi.....Tadika Sofea kena bayar permulaan untuk Semester II....

Waduh-waduh.....time tu ler hp asyik hang, hbag cam nak koyak, kasut cam buruk, baju tempah kat kampung dah siap, besday Sofea lagi nak sambut kat Tadika ngan kawan-kawan. Somput mak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...