Tuesday, March 22, 2011

Panazzzzzzz


Minah 'nongkrong' ni kadang-kadang memang membakar hati dan perasaan aku tau! Boleh pulak dia kata kat Kakak 2 yang aku buat keje senyap-senyap pastu simpan sendiri....Habis tuh, buatpe aku share fail dengan dia? Mangkuk hayun sungguh! Ni yang buat aku hangin dengan dia nih!!! Kalau tak tau aku buat pe, buat pe ngaku2 depan Bos 'kami' sedang buat ini...ini... hallo....kami itu adalah aku tau! Kau tau buatpe kat ceruk tu pun aku tak tau! Kerja print paper jek...

Ya Tuhanku sabarkan lah hatiku ini....jangan sampai aku buat drama pulak kat bahagian ni....

Dan baru sebentar tadi menerima panggilan dari Service Card Centre Prestige Platinum Vacation (M) Sdn. Bhd yang menawarkan Prestige Platinum VIP Card dengan Voucher dan macam2 lah kelebihan jika memiliki kad ini. Dan saya tidak dapat cara untuk mengatakan tidak ( di mana selepas itu call ubby dan ubby kata nape tak letak jek telefon) dan bersetuju untuk menerima kad itu dan tebanglah RM599 bagi mengaktifkan kad tersebut.

Walaupun RM599 tapi amat besar nilainya bagi saya buat masa ini, walaupun dengan memotongnya dari kredit kad tapi masih kena bayar juga. Ubby ampunkan daku kerana tak pandai nak menghandle  perkara ini. Walaupun kakak 1 dan kakak 2 sudah berkali-kali melambaikan tangannya mengatakan tidak. Tapi saya rasa kurang ajar untuk mematikan talian begitu sahaja.

Jadi untuk menyedapkan hati saya yang gundah gulana ini saya anggapkan ianya adalah sesuatu yang positif. Oleh kerana kad ini percuma seumur hidup mungkin nanti akan ada gunanya. manalah tahu nak makan angin ke obersee ke, nak gi umrah ke, ubby nak kena travel gi Switzerland ke...kan ubby kan....

p/s : kenapa lah semua benda ni nak jadi masa ni????

1 comment:

oren said...

akak selalu dpt call dr bank lah, hapalah, insuran dll..selalu akak cuma jawap hmm..hmm..kadang tu, mmg buat alasan tgh drive, tgh meeting, tgh berak lah..hahaha...

akak tau, ada sesetengah org mmg takleh nk kata 'tidak' pada tawaran yg nmpak sgt gah..

dan akak plak, mmg jenis susah nak percaya benda yg senang-dpt-tanpa-byk-usaha...so far, alhamdulillah, tak terjebak lah lagi..dan harapnya takkan terjebak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...