Monday, July 05, 2010

Buah-buahan tempatan

Hari Sabtu, kami anak beranak bersantai-santai jek melayan DVD, tengah hari dah lapar baru sibuk nak ke kedai membeli lauk. Menu hari ini adalah sambal ikan bawal , tumis air kentang,suhun dan telur dan salad serta timun buat ulam.

Lepas asar, baru jalan-jalan mencari durian....Jalan dekat jek, sebab teringat kat area Salak Tinggi Lama pernah nampak orang jual. Cari tempat jual yang kecik2 jek sebab dah pasti durian dari area tu jugak.... Makan 3 biji jek tapi sangat puas sebab isinya cantik2.....Kami ni jenis malas nak bawa balik ke rumah. Bukan apa....nanti kalau busuk ke, mentah ke, kan rugi. Jadi baik terus makan jek kat situ. Syameel bukan main suka lagi, Sofea jek macam cepat muak tapi nak jugak la makan.

Lepas makan durian, konon-konon nak main2 bola/badminton/helikopter kat taman. Ubby ajak pegi padang area surau dekat dengan rumah. Lecak sedikit tapi ok la. Tapi yang tak tahannya...nyamuk banyak giler....dengan helikopternya yang taknak naik, dengan Syameel yang buat projek POO dia....aduhai....sekejap jek kitorang kat situ, terus balik. Anak-anak bintat-bintat kene gigit nyamuk.

Ahad

Petang semalam, Pak Ngah ubby dari Batu Pahat call. Dia kata dia kat umah anak lelaki dia di Kelana Jaya. Nak jemput datang sebab ada buat makan-makan akikah cucu baru dia. Disebabkan Pak Ngah yang called, nak taknak kena la pegi jugak kan. Dia jemput makan pagi. Jadi awal pagi dah bangun, siap-siap dan terus keluar ke sana. Dalam kul 10pg jugak la baru sampai. Kami ingat ada kenduri ke apa, rupanya hanya jemput kaum kerabat datang makan jek. Makanan pun cuma roti, roti jala dan pulut di cicah dengan kuah kari kambing. Bagi yang tak makan kambing ada jugak kerutuk ayam.

Kami tunggu-tunggu jugak, sebab masa ni la nak jumpa sedara mara. Tapi tengok-tengok yang ramai belah keluarga isteri sepupu ubby tu jek datang, kami pun beredar lah. Dah pukul 11 lebih masa tu. Ubby ajak ke Wangsa Walk sebab saya belum pernah ke sana. Jalan-jalan cuci mata. Ok jugak tempatnya...santai jek.....

Balik dari Wangsa Walk ajak jalan-jalan ke Ulu Langat, sebab Jumaat lepas saya pergi melawat kawan bersalin kat Batu.18, tengok bukan main banyak gerai durian. Saya taknak makan durian sebab Isnin nak puasa, tujuan utama cuma nak cari mata kucing kampung yang kecil-kecil dan manis walaupun isinya nipis......macam dlm gambar tu (credit to mr.G). Puas meronda, tak jumpa pun gerai yang jual mata kucing, ada lah satu gerai ni masa nak pergi sebelah kiri, jadi bila patah balik kena lah lintas jalan. Saya gagahkan diri jugaklah melintas walaupun kete banyank, almaklumlah jalan area tuh memang kete tak putus-putus. Sampai-sampai jek, tengok macam longan biasa jek, tapi sebab dah bersusah payah, beli lah jugak 2 kg.......Ikut hati nak jek makan durian lagi....hehehe....

Sampai rumah dekat pukul 5.30ptg. Mandi2, solat asar dan terus lepak melayan DVD lagi. Cuti dua hari rasa macam tak cukup....adoyai....esok nak kerja.....




4 comments:

Nurul said...

saya juga puas makan durian...heheheh...lagi puas bila tak kuar duit pun :p

~adeQ~ said...

ajak ler hantu durian kat sini....hehehehe...buat umah terbuka durian....

tulip said...

akak pun baru lepas makan durian... haha.. selamba je aku nak bernak makan durian. nasib baik tak panas.

zalihar said...

za juga xmkn lagi...lepas ni harus kena cari jgk...hikhik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...