Perancangan dari bulan Januari lagi. Tahun ni mesti pergi, cari masa dan berdua-duaan. Kebetulan pula tahun ni adalah ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Cari lah tempat yang dekat, supaya anak-anak boleh lepak di kampung.Bincang punya bincang, akhirnya kami pilih ke Melaka. Jumaat petang lepas kerja balik ke Segamat dulu hantar anak-anak dan pagi Sabtu kami terus ke Melaka. Mak dan ayah memang suka kalau cucunda ramai-ramai di rumah.
Kami duduk 2 hari 1 malam saja di Hotel Swan Garden. Sebenarnya, kalau kat Melaka ni, pakcik makcik merata. Ni bermalam di hotel pun tak canang kat sesapa. Mau kena marah nanti.
Hiasan dalaman bilik kami. Memang berbulan madu sungguh. Tapi kan.....bila dah ada anak-anak ni, bila keluar berdua memang seronok tapi rasa sunyi pulak. Mati kutu tak tahu nak buat apa.
Sampai di Melaka pagi Sabtu 15 Mac 2014, terus ke Dataran Pahlawan. Cuci mata, pergi tengok wayang. Cerita 'Need for Speed', duduk couple seat lagi.Layankan je lah. Kata berbulan madu....=P
Lepas check in hotel, lunch di Pantai Kelebang, berehat sekejap, malam tu pergi merayap lagi.Naik Menara Taming Sari, jalan-jalan naik beca, cuci mata di pasar karat.
Saya naik kali kedua ni.
Seronok yer ubby!
Semoga jodoh kita hingga ke hujung nyawa...AMIN!!
Pemandangan dari atas Menara
Layankan je lah...
Penat pengayuh beca ni...muatan berat...
Jadilah buat kenangan...
Dah penat jalan, perut lapar pulak. Tak tahu nak makan apa, tengok kat dalam ada Johnny's.
143
143 toooo
Hari Ahad, lepas check out terus balik Segamat ambil anak-anak dan balik semula ke BBST.
Walaupun singkat, tapi sangat bermakna.....=)
p/s: Sesekali memang kena buat aktiviti mcm ni bagi mengeratkan lagi hubungan.