Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi tanggungjawab dalam membesarkan dan mendidik amanah yang diberikan kepada kami. 13 Disember 2014, Muhammad Syameel Nuqman selamat dikhatankan di Segamat oleh doktor yang pernah mengkhatankan Pak Long Syameel 23 tahun yang lalu.
Memang risau juga nak menghadapi apa akan terjadi lepas proses berkhatan tu, tapi kuatkan hati juga. Kalau tidak, ayah dia lagi lah tak berani. Bab-bab luka berdarah ni memang ubby seriau sikit.
Jumaat sebelum tu bawa ke ofis, siap main kereta control lagi satu ofis..
8.00 pagi : 13 Disember 2014 mencatat sejarah......
Mula-mula, selawat, baca Al-Fatihah dan syahadah.
Doktor Neng, pengamal perubatan homeopati
Atas katil rawatan, periksa apa yang patut dulu.
Masa ni Syameel masih bertenang lagi...=)
Masa disuntik ubat bius tu memang meraung la....sampai atuk kena pegang kaki juga.
Masa proses berkhatan dijalankan dah tak rasa apa-apa dah. Masa ni dah bertenang.... Syukur sangat!
Bergambar kenangan sebelum balik. Dr.Neng kata Syameel untung, ibu, ayah dan datuk datang temankan.
Atuk hantar cucu kesayangan naik kereta.
Sebelum bius menghilangkan kesannya, boleh peace bagai....
Lepas je bius habis, menangis juga sakit beberapa kali. Bagi makan ubat yang dibekalkan, Syameel bertenang sekejap. Lepas tu menangis lagi, sampai lah dekat jam 12tgh baru bertenang.
Makan minum semua Alhamdulillah takde masalah. Cuma petang juga baru nak buang air kecil. Masa ni saya pun cuak. Alamak, sakit ke dia nanti? Tapi, jangan risau ye ibu-ibu di luar sana, takde masalah pun. Buang air kecil macam biasa cuma masa nak lapkan tu dia ngeri sikit orang usik 'bebird' dia.
Dua hari juga guna playgym sebagai khemah. Hari ketiga, saya dah gunakan bakul sayur ni buat perisai. masukkan tali celah lubang tu dan ikat di pinggang. Lepas tu pakai kain. Mudah bergerak, tak payah pegang kain. Hehehehehe
Ubby terpaksa balik ke KL hari Isnin pagi, saya tinggal lagi di kampung sampai hari Rabu. Petang Rabu baru saya balik ke KL naik bas. Terpaksa balik sebab cuti memang paras hidung saja. Petang ni selepas habis kerja baru balik semula ke kampung.
Cuti sekolah kali ni rasa cepat betul. Banyak benda nak buat, anak sekolah dah 2 orang, lagi bertambah persediaannya. dalam kepala ni dah beratur dah keje nak buat. Nak cuci baju baru, nak kapur kasut baru, nak kemas dan balut lagi buku-buku teks dan buku latihan. Fuuuuhhhhhh!!!!